Sabtu, Mac 21, 2020

Makna surah 002:001-055

Makna surah 002:00-052

Alif laam miim [1]

Kitab (Al-Qur'an) ini tidak ada sebarang keraguan padanya¹³ [1]

Petunjuk¹⁴ bagi mereka yang bertaqwa¹⁵[2]

Iaitu orang-orang yang beriman (percaya)kepada perkara ghaib¹⁶ dan mendirikan shalat¹⁷ serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian rezeki yang Kami berikan  kepada mereka¹⁸ [3]

Dan juga orang-orang yang beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu(Wahai Muhammad berupa al-Qur'an)¹⁹ dan apa yang diturunkan sebelummu 20 serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya)²¹[4]

Mereka²² itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya²³ [5]

Sesungguhnya (ada) orang-orang kafir, sama sahaja kepada mereka, engkau beri peringatan kepadanya atau tidak engkau beri peringatan, mereka tetap tidak akan beriman²⁴ [6]

Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada selaput (penutup). Dan untuk mereka (pula disediakan) azab siksa yang amat besar²⁵ [7]

Di antara manusia ada yang berkata: "Kami beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian," padahal mereka sebenarnya tidak beriman²⁶ [8]

Mereka hendak menipu Allah²⁷ dan orang-orang yang beriman, sedangkan mereka tidak menipu melainkan diri mereka sendiri²⁸ tetapi mereka tidak sedar²⁹ [9]

Di dalam hati mereka ada penyakit³⁰ lalu ditambah Allah penyakitnya³¹ dan untuk mereka (disediakan) azab yang amat pedih, disebabkan mereka berdust³² [10]

Dan apabila mereka dinasihatkan "Janganlah kamu melakukan kerosakan dibumi". Mereka menjawab: "sesungguhnya kami orang-orang yang hanya berbuat kebaikan."[11]

Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang sebenar-benarnya melakukan kerosakan, tetapi mereka tidak sedar' [12]

Dan apabila dikatakan kepada mereka berimanlah kamu  sebagaimana orang itu telah berimannya³³ mereka menjawab "Patutkah kami ini beriman sebagaimana orang yg bodoh itu?³⁴ ketahuilah! Sesungguhnya merekalah sebenarnya orang-orang yang bodoh³⁵ tetapi mereka tidak mengetahui  (hakikat yang sebenarnya)³⁶ [13].

Apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata:Kami (juga) telah beriman", dan apabila mereka pergi secara rahsia kepada syaitan-syaitan mereka³⁷ mereka berkata pula: "sesungguhnya kami tetap bersama kamu, kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman) sahaja.[14]
Allah (membalas) memperolok-olok mereka³⁸ dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka³⁹ [15]

Mereka itulah orang-orang yang membeli (menukar) kesesatan dengan hidayah, maka tiadalah beruntung perniagaan⁴⁰ mereka dan tidak pula mereka mendapat petunjuk⁴¹ [16]

Perumpamaan (keadaan) mereka (golongan munafiq itu) adalah seperti orang yang menyalakan api, apabila api itu menerangi sekelilingnya⁴²,(tiba-tiba)Allah padamkan api (yang menerangi) mereka, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat (suatu apa pun)⁴³ [17]

Mereka pekak, bisu dan buta⁴⁴  dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali(kepada kebenaran)⁴⁵ [18]

Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit⁴⁶ disertai gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jari-jari mereka ke dalam telinga masing-masing disebabkan bunyi petir,kerana takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan)Allah meliputi orang-orang yang kafir itu⁴⁷[19]

Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; setiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apablla gelap menyelubungi mereka,berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya)⁴⁸. Jika Allah menghendaki, niscaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka;sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.[20]

Wahai sekalian manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang terdahulu daripadamu⁴⁹ supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. [21]

Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit(serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit⁵⁰ lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan sebagai rezeki untukmu; maka janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah⁵¹ padahal kamu semua mengetahui(bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa⁵⁴ [22]

Dan jika kamu masih dalam keraguan tentang Al-Qur'an yang telah Kami turunkan kepada hamba Kami⁵⁵ maka bawalah satu surah yang sebanding dengannya⁵⁴ panggillah saksi-saksi kamu selain dari Allah, jika kamu memang orang-orang yang benar⁵⁵ [23]

Jika kamu tidak dapat membuat(nya) dan tentu kamu tidak akan dapat membuat(nya) maka peliharalah dirimu dari api neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu-batu⁵⁶  ia (neraka itu) telah disediakan untuk orang-orang kafir[24].

Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yarng beriman dan mengerjakan amalan yang shaleh, bahawa untuk mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya.⁵⁷  Setiap kali mereka dihidangkan rezeki (berupa) buah-buahan di dalam syurga-syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang pernah dikurniakan sebagai rezeki kepada kita dahulu"⁵⁸.  Mereka diberi buah-buahan yang serupa (pada zahirnya dengan buah-buahan didunia), dan untuk mereka disediakan di dalamnya isteri-isteri yang suci⁵⁹,  disanalah mereka tinggal kekal abadi.[25]

Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perbandingan dengan apa sahaja dengan nyamuk atau dengan (serangga dan lain-lain) yang lebih kecil darinya⁶⁰.  Adapun orang-orang yang beriman, mereka yakin bahawa perbandingan itu adalah benar dari Tuhan mereka, tetapi orang-orang kafir,mereka bertanya: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan ini?" Dengan perbandingan itu ramai orang yang disesatkan Allah dan ramai pula orang yang diberikan hidayah. Dan Allah tidak menyesatkan dengan perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasiq⁶¹. [26]

(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diikatkannya dengan teguh⁶² dan memutuskan apa yang disuruh Allah supaya disambungkan⁶³ dan mereka pula melakukan kerosakan dan bencana di bumi.64 Mereka itulah orang-orang yang  rugi⁶⁵. [27]

Bagaimana kamu tergamak kufur terhadap Allah, padahal kamu dahulunya mati (belum lahir),⁶⁶  kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan pula kamu (pada hari akhirat);akhimya kamu dikembalikan kepadaNya⁶⁷ [28].

Dialah (Allah) yang menjadikan untuk (kebaikan dan kemaslahatan) kamu segala apa yang ada di bumi,68 kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna 69 dan Dialah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.[29]

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:"sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah 70 di bumi."Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): 'Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang-orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (sebagai khalifah),71  padahal kami sentiasa bertasbih memujiMu dan mentaqdiskan Mu?"72 Jawab Allah: "sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak diketahui olehmu.73 [30].

Dan Dia (Allah) mengajarkan kepada (Nabi) Adam segala nama (benda-benda dan gunanya), kemudian mengemukakannya kepada para malaikat 74 lalu berfirman: "Ceritakanlah kepadaKu nama benda-benda ini jika kamu memang golongan yang benar.75 [31]

Jawab mereka: Maha sucilah Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.[32]

Allah berfirman: "'Wahai Adam! Beritahulah nama benda-benda ini kepada  mereka." 76  Maka setelah Adam memberitahu nama benda-benda itu kepada mereka, Allah pun berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepadamu,bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan 77 [33]

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Tunduk dan beri hormatlah kamu kepada (Nabi) Adam".78 Lalu mereka tunduk memberi hormat melainkan Iblis;79 ia enggan dan berlagak sombong. Dengan itu termasuklah ia dalam golongan orang-orang yang kafir.80 [34]
Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga, 81 dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri (makan) pokok ini; jika kamu menghampirinya) nanti akibatnya kamu berdua termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. [35].

Kemudian Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari Syurga itu,82 menyebabkan mereka dikeluarkan dari ni'mat yang mereka telah berada didalamnya, dan Kami berfirman: Turunlah kamu (dari syurga ini ke bumi di  mana) sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain 83 dan di bumi disediakan untuk kamu tempat kediaman dan kesenangan sehingga kepada satu waktu yang ditentukan. [36].

Setelah itu, (Nabi) Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah(bertaubat),84 lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.[37].

Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang kepadamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu niscaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.85 [38].

Orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami (pula),mereka itulah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.86  [39].

Wahai Bani Israil,87 kenangilah ni'matKu yang telah Aku kumiakan kepadamu 88  penuhilah janjimu kepadaKu,89 niscaya Aku penuhi janjiKu kepadamu;90  dan takutlah kepadaKu saja.91 [40]

Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah Aku turunkan (Al-Quran), yang membenarkan apa yang ada padamu (Taurat),92 dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya, dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayatKu dengan harga yang rendah,93  dan bertaqwalah kepadaku sahaja. [41].

Dan janganlah kamu campur adukkan (kelirukan) yang benar dengan yang batil, dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahui.94 [42].

Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat serta ruku'lah bersama-sama orang-orang yang ruku'.95[43].

Patutkah kamu menyuruh orang lain berbuat kebaikan sedangkan kamu lupakan dirimu sendiri; padahal kamu membaca Kitab (Taurat), apakah kamu tidak berfikir?96 [44]

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu.97 Sesungguhnya shalat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu'; [45].

(Iaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya,dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.98 [46].

Bermaksud: Wahai Bani Israil, kenangilah ni'matKu yang telah Aku kurniakan  kepadamu,99 dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang lain (yang ada pada zamannya).[47].

Dan peliharalah dirimu dan (azab sengsara) hari (akhirat), yang seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab),tidak diterima syafaat daripadanya 100  dan tidak pula diambil daripadanya  sebarang tebusan dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.101 [48].

Dan (ingatlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Fir'aun dan kuncu-kuncunya; mereka menimpakan kepadamu siksaan yang seberat-beratnya,mereka menyembelih anak-anak lelakimu dan membiarkan hidup anak-anak perempuanmu. Dan pada yang demikian itu terdapat cobaan yang besar dari Tuhanmu.102 [49]

Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu 103 dan Kami tenggelamkan (Fir'aun) dan kuncu-kuncunya sedang kamu sendiri menyaksikan (peristiwa itu).104 [50].

Dan (ingatlah) ketika kami berjanji kepada (Nabi) Musa empat puluh malam(untuk memberikan Kitab Taurat).105 Kemudian, setelah ia pergi (ke Thursina),kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).[51].
Kemudian sesudah itu Kami maafkan kesalahanmu agar kamu bersyukur. [52].


Tiada ulasan:

Catat Ulasan