Halaman

Khamis, Mac 05, 2020

Tafsir nota 5(82)

Tafsir nota 5(82)

menciptakanmu dan bunuhlah sendiri orang-orang yang bersalah dari kamu.108 Tindakan itu lebih baik kepadamu di sisi Allah Pencipta kamu. Lalu Allah menerima taubatmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Penerima taubat lagiMaha Mengasihani."[54]
Dan (kenangilah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (denganmata kepala kami)." Maka kamu disambar petir, sedang kamu sendiri melihat(peristiwa itu)[55]

________________________________________________________

Demikianlah kami membalas orang-orang yang mengada-adakan perkara yang tidak benar.
(al-A'raaf: I 52).

¹⁰⁸ Firman Allah   فا قتلوا أنفسكم  bukan bererti bunuhlah dirimu sendiri, tetapi ia berertibunuhlah sendiri orang-orang yang bersalah dari kamu atau hendaklah sebahagiandari kamu membunuh sebahagian yang lain. Penggunaan perkataan   أنفسكم dengan erti seperti ini ada digunakan pada tempat lain di dalam Al-Qur'an.
Sila lihat firman Allah berikut sebagai contohnya 

Al-Baqarah 2:84

وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَٰقَكُمْ لَا تَسْفِكُونَ دِمَآءَكُمْ وَلَا تُخْرِجُونَ أَنفُسَكُم مِّن دِيَٰرِكُمْ ثُمَّ أَقْرَرْتُمْ وَأَنتُمْ تَشْهَدُونَ

Bermaksud: Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian dengan kamu, iaitukamu tidak boleh menumpahkan darah sesama kamu (membunuh orang), dan kamu tidak boleh mengusir satu sama lain dari kampung halamanmu, kemudian kamuberikrar (akan mematuhinya) dan kamu sendiri menjadi saksi.
(al-Baqarah:84).

¹⁰⁹ Sebahagian daripada Bani Israil yang bersalah menyesali perbuatan mereka, lalu mereka bertaubat dengan sungguh-sungguh dan Allah menerima taubat mereka.Allah berfirman:

Al-A'raf 7:149

وَلَمَّا سُقِطَ فِىٓ أَيْدِيهِمْ وَرَأَوْا۟ أَنَّهُمْ قَدْ ضَلُّوا۟ قَالُوا۟ لَئِن لَّمْ يَرْحَمْنَا رَبُّنَا وَيَغْفِرْ لَنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ

Bermaksud: Dan setelah mereka menyesali (apa yang mereka lakukan) danmengetahui bahawa mereka telah sesat, berkatalah mereka: Sesungguhnya jika Tuhankami tidak memberi rahmat kepada kami dan mengampunkan kami, nescayamenjadilah kami orang-orang yang rugi.
(al-A'raaf: 149).

¹¹⁰ Peristiwa ini disebutkan juga pada firman Allah di dalam Surah an-Nisaa' ayat153. Berdasarkan ayat itu dapat difahami bahawa penyembahan berhala oleh mereka berlaku lama setelah peristiwa mereka mencabar Musa supaya menunjukkan Allah kepada mereka secara terang-terangan, sehingga mereka dapat melihatNya dengan mata kepala. Dari itu dapat disimpulkan bahawa apa yang tersebut di dalam Surah al-Baqarah ini bukan menggambarkan tertib sebenar. Ia hanya sekadar menyebutkan ni'mat-ni'mat Allah kepada mereka semata-mata. Lihat ayat berkenaan di bawah ini:

82

Tiada ulasan:

Catat Ulasan