Tafsir nota 5(86)
Dan (kenangilah) ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke negeri ini(Baitul Maqdis), kemudian makanlah di sana apa sahaja makanan yang kamu suka dengan mewah dan masuklah melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri)¹¹³ dan berdoalah (dengan) berkata: "Ya Allah ampunilah kesalahan .
________________________________________________________
Firman Allah di hujung ayat ke-57 iaitu "dan tidaklah mereka menganiaya Kami(dengan mengkufuri ni'mat itu), tetapi sebenamya mereka menganiaya diri sendiri",mengisyaratkan kepada apayang tersebut di dalam ayat ke-61 akan datang.Lihat ayat berkenaan terlebih dahulu
Al-Baqarah 2:61
وَإِذْ قُلْتُمْ يَٰمُوسَىٰ لَن نَّصْبِرَ عَلَىٰ طَعَامٍ وَٰحِدٍ فَٱدْعُ لَنَا رَبَّكَ يُخْرِجْ لَنَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلْأَرْضُ مِنۢ بَقْلِهَا وَقِثَّآئِهَا وَفُومِهَا وَعَدَسِهَا وَبَصَلِهَاۖ قَالَ أَتَسْتَبْدِلُونَ ٱلَّذِى هُوَ أَدْنَىٰ بِٱلَّذِى هُوَ خَيْرٌۚ ٱهْبِطُوا۟ مِصْرًا فَإِنَّ لَكُم مَّا سَأَلْتُمْۗ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلْمَسْكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٍ مِّنَ ٱللَّهِۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا۟ يَكْفُرُونَ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقْتُلُونَ ٱلنَّبِيِّۦنَ بِغَيْرِ ٱلْحَقِّۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا۟ وَّكَانُوا۟ يَعْتَدُونَ
Bermaksud: Dan (kenangilah) ketika kamu berkata: Wahai Musa, kami tidak tahanlagi makan sejenis makanan sahaja; kerana itu pohonlah kepada Tuhanmu untukkami, agar Dia mengeluarkan untuk kami tumbuh-tumbuhan bumi berupa sayur-sayurannya, mentimunnya, gandumnya, kacang dalnya dan bawangnya." JawabMusa: Adakah kamu mahu menukarkan kehidupan yang hina dengan kehidupan yanglebih baik? Pergilah ke mana-mana negeri, kerana di sana kamu boleh dapati apayangkamu minta itu." Mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan dan sudahsepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Balasan itu ialah kerana merekamengingkari ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mu'jizat-mujizat yangmembukiikan kebesaranNya); dan membunuh nabi-nabi dengan tidak ada alasan yangbenar. Balasan itu ialah kerana mereka menderhaka dan sentiasa melakukanpencerobohan.
(al-Baqarah: 6I).
Dengan mengkufuri ni'mat itu dan bersikap biadab terhadap Allah dan RasulNya Nabi Musa a.s. apabila mereka berkata, "pohonlah kepada Tuhanmu untuk kami...".Seolah-olah Allah itu Tuhan Musa sahaja, bukan Tuhan mereka juga! Itulahpenganiayaan mereka terhadap diri sendiri. Maka Allah berfirman: "tidaklah merekamenganiaya Kami, tetapi sebenarnya mereka menganiaya diri sendiri".
Itu sememangnya merupakan suatu ketetapan Allah, suatu Sunnatullah. Allah berfirman menyatakan SunnahNya itu di tempat lain begini:
Fushshilat 41:46
مَّنْ عَمِلَ صَٰلِحًا فَلِنَفْسِهِۦۖ وَمَنْ أَسَآءَ فَعَلَيْهَاۗ وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّٰمٍ لِّلْعَبِيدِ
Bermaksud: Sesiapa yang mengerjakan amal shaleh maka faedahnya akan terpulangkepada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akanmenimpa dirinya sendiri dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.(Fusshilat:46).
¹¹³ dengan tunduk (merendah diri)" itu adalah terjemahan bagi perkataal سججدا Ia sama sekali tidak bererti dalam keadaan sujud seperti sujud dalam shalat. Perkataan
86
Tiada ulasan:
Catat Ulasan