Tafsir asas quran nota baca 2(025-041)(s1)
USUL KE 8 Memahami Al-Qur’an Berdasarkan Tertib Turun Ayat Dan Surah فهم القرآن على ضوء الترتيب النزولي
Al quran boleh difahami dengan 2 cara tertib:
(i) Memahaminya berdasarkan tertib turun ayat-ayat dan surah-surah Al-Qur’an
(ii) Memahaminya berdasarkan tertib yang terdapat di dalam mushaf (al-Qur’an) yang ada di hadapan kita sekarang ini.
Memahami al-Quran berdasarkan tertib turun ayat-ayatnya merupakan usul kelapan bagi tafsir al-Qur’an yang baik.
Untuk mengetahui tertib turun ayat-ayat al-Qur’an dan surah-surahnya, anda tidak dapat tidak mestilah mengetahui sebab-sebab turunnya terlebih dahulu.
Dan ia dapat dipastikan apabila anda betul-betul mahir tentang sirah Nabi s.a.w.
Semua peristiwa yang berlaku kepada Nabi s.a.w semasa baginda berada di Mekah perlu diketahui dan dipastikan kesahihannya.
Demikian juga dengan peristiwa yang berlaku kepada Baginda s.a.w semasa di Madinah.
Anda perlu sedar bahawa al-Qur’an baru turun ke dunia setelah nabi Muhammad s.a.w dilantik menjadi rasul ketika berumur 40 tahun.
Al-Qur’an turun kepada baginda secara beransur-ansur.
Ia turun sejajar dengan perjalanan hidup baginda.
Oleh itu, orang yang cuba memahami al-Qur’an tanpa pengetahuan tentang sirah (perjalanan hidup) Nabi s.a.w , bukan sahaja akan kecundang, malah akan tersasul jauh dari kebenaran. Bukan dia sahaja akan tersesat jalan, malah akan menyesatkan pula orang-orang lain.
Dengan berpandukan riwayat-riwayat sahih berhubung dengan sebab-sebab turun ayat-ayat atau surah-surah, akan mudahlah kepada anda memahami al-Qur’an.
(a)Surah-surah Makiyyah dan Madaniyyah.
Para pelajar mestilah terlebih dahulu mengetahui dan memahami tentang tertib surah-surah Makiyyah, kemudian tertib surah-surah Madaniyyah.
Apa yang dimaksudkan dengan surah-surah Makiyyah ialah surah-surah yang diturunkan kepada Nabi s.a.w sebelum baginda berhijrah ke Madinah.
Samada ia diturunkan di Mekah atau tempat-tempat lain.
Dan yang dimaksudkan dengan surah-surah Madaniyyah pula ialah surah-surah yang diturunkan kepada baginda selepas berhijrah ke Madinah.
Sama ada ia memang diturunkan di Madinah atau di luar Madinah.
Surah yang paling akhir diturunkan dengan lengkap kepada Rasulullah s.a.w ialah surah al-Nashr(سورة النصر).Ia diturunkan kepada Nabi s.a.w di Mina dalam peristiwa haji wadaa’ yang berlaku pada tahun ke sepuluh hijrah.
Satu perkara penting yang perlu sekali diketahui anda sekarang ialah riwayat Ibnu Dhurais yang dikaitkan dengan Ibnu ‘Abbaas tentang tertib surah-surah sama sekali tidak boleh dipegang,kerana ia adalah munqathi’.
Sanad riwayat yang dikemukakan oleh as-Suyuthi tentang tertib surah-surah juga bermasalah. Ia juga tidak harus dijadikan pegangan.
Peristiwa2 yang berlaku kepada Nabi s.a.w :
1.sebelum hijrah.
2.selepas hijrah.
1.Sebelum hijrah.Bilangan Surah-surahnya 90.
PERINGKAT PERTAMA
1)Bermula dari masa Baginda s.a.w dilantik menjadi nabi hingga tahun ketiga kenabian.
2)Dakwah Rasulullah s.a.w diperingkat ini berlangsung secara sulit dan ia berterusan selama tiga tahun.
3)Dalam masa ini 13 surah diturunkan kepada Baginda saw
Perinciannya seperti berikut:
1.Surah ke 96 - Al-'Alaq
5 ayat di permulaan Surah al-'Alaq merupakan wahyu
yang mula-mula sekali diturunkan kepada nabi kita
Muhammad s.a.w.
2.Surah ke 74 -Al Muddatstsir
Selepas itu turun pula 5 ayat di permulaan Surah al Muddatstsir.
3.Surah ke 73 -Al-Muzzammll
8 ayat dipermulaannya diturunkan.
4.Surah 1 Al fatihah Ia mengandungi 7 ayat dan diturunkan lengkap sebagai satu surah.
5.Surah ke 93 - Ad-Dhuha
Surah ini mengandungi 11 ayat. Ia diturunkan
selengkapnya selepas tempoh senggang turun
wahyu قرة الوحي untuk menghiburkan hati Nabi s.a.w.
6.Surah ke 91- Alinsyiraah
Surah ini juga diturunkan selepas tempoh senggang turun
wahyu (قرة الوحي) untuk menghiburkan hati Nabi saw.
Sebahagian besar kandungan surah ini menggambarkan.
7.Surah ke 81 - At-Takwiir
Sebahagian besar kandungan surah ini menggambarkan
keadaan dan suasana di hari kiamat. Manusia diberi
peringatan tentangnya.
8.Surah 82 Alinfithar surah ini mengambarkan perihal hari kiamat.Manusia diberi peringatan tentangnya.
9.Surah 97 Al Qadr
Surah ini menyatakan kelebihan dan nilai wahyu Allah berupa alquran yg diturunkan kepada Nabi Muhamad saw.
10.Surah ke 99 Az zilzaal
la menggambarkan perihal hari kiamat dan mengingatkan
Manusia tentangnya.
11.Surah ke 100 Al Aadiyaat
Selain menceritakan tentang kehidupan selepas kematian surah ini juga menceritakan tentang beberapa sifat keji manusia.
12.Surah ke 101-al-Qaari’ah
Surah ini menceritakan tentang hari kiamat dan beberapa perkara yang akan nyata di hari itu.
13.Surah ke 103 – al-Ashr -Rahsia yang membuatkan seseorang manusia tidak kerugian dalam kehidupan dunia diberitahu Allah melalui surah ini.
PERINGKAT KEDUA
1) Bermula dari tahun keempat hingga tahun kelima kenabian.
2) Ia berlangsung dalam masa dua tahun. Dalam masa ini dakwah mula disampaikan oleh Rasulullah s.a.w kepada umum secara terbuka.
3) Dalam masa ini sebanyak 42 surah diturunkan kepada Nabi s.a.w
Senarai Surah-surah Yang Diturunkan Di Peringkat Kedua Kenabian seperti berikut:
Kira-kira
23 surah daripadanya diturunkan selepas baginda s.a.w memulakan dakwah kepada umum secara terbuka.
Ia bermula pada tahun ke 4 kenabian bersamaan 613 masihi.
7 daripadanya diturunkan sebelum berlakunya hijrah para sahabat ke Habsyah.
Dan 12 daripadanya pula diturunkan selepas hijrah mereka ke Habasyah.
Perincian 23 surah yang diturunkan selepas baginda s.a.w memulakan dakwah kepada umum secara terbuka dapat anda lihat di dalam carta berikut:
1.Surah ke 112 – al-Ikhlas
Melalui surah ini Nabi s.a.w diperintahkan supaya menyampaikan ‘aqidah dan konsep tauhid zat (pengesaan Zat Allah s.w.t)
2.Surah ke 95 –at-Tiin -Ia diturunkan di zaman (di peringkat) pendustaan oleh orang-orang kafir terhadap Nabi s.a.w
3.Surah ke 55 – ar-Rahman -Ia diturunkan di zaman (di peringkat) pendustaan oleh orang-orang kafir terhadap Nabi s.a.w.
4.Surah ke 77 –al-Mursalat -Ia juga diturunkan di zaman (di peringkat) pendustaan oleh orang-orang kafir terhadap Nabi s.a.w.
5.Surah ke 75 – al-Qiyaamah -Peringatan daripada Allah agar tidak diikuti pimpinan yang menolak kewujudan hari akhirat.
6.Surah ke 76 – ad-Dahr atau al-Insaan -Jalan yang benar telah pun diberikan oleh Allah kepada manusia (dan jin), maka mereka tidak patut lagi mengkufuriNya.
7.Surah ke 78 – an-Naba -Perbandingan keadaan golongan (at-Thaghiin) atau golongan yang tidak percayakan hari akhirat dengan orang-orang yang bertaqwa (al-muttaqiin) di akhirat nanti.
8.Surah ke 79 – an-Naaziaat -Perbandingan di antara orang-orang yang menjalani kehidupan dunia dengan penuh kesedaran dan keyakinan tentang akan adanya hari kiamat dan hari pembalasan dan orang-orang yang tidak mempercayainya di samping menjalani kehidupan dunia dengan melampaui batas hukum tuhan.
9.Surah ke 83 – al-Muthaffifin -Penyelewengan dalam pengurusan harta benda di kalangan masyarakat yang mengejek dan menghina perjuangan dakwah nabi s.a.w. 10.Surah ke 84 – al-Insyiqaq -Ia diturunkan ketika masyarakat sedang mengejek dan menghina ajaran yang dikemukakan oleh Rasulullah s.a.w
11.Surah ke 80 –‘Abasa -Tatasusila dakwah dalam masyarakat yang menghina dan mencemuh ajaran islam.
12.Surah ke 87 – Al-A’la -Diturunkan ketika nabi Muhammad s.a.w sibuk memberi peringatan kepada masyarakat tentang hari kemudian.
13.Surah ke 88 – al-Ghasyiyah -Surah ini juga diturunkan ketika nabi s.a.w sibuk memberi peringatan kepada masyarakat tentang hari kemudian.
14.Surah ke 102 – at-Takaatsur -Faham kebendaan yang sangat menebal di kalangan pimpinan Quraisy Mekah didedahkan. Akibat buruk yang akan diterima mereka di hari kemudian juga didedahkan di dalam surah ini.
15.Surah ke 104 – al-Humazah -Akhlak buruk dan sifat bakhil pimpinan Quraisy
16.Surah ke 105 – al-Fiil -Peringatan kepada kaum Quraisy, khususnya pimpinan mereka bahawa Ka’abah akan dijaga Allah.
17.Surah ke 106 – Quraisy -Perintah kepada pimpinan Quraisy agar menyembah ampunya rumah Allah.
18.Surah ke 107- al-Ma’un -Pendedahan akibat yang akan menimpa pimpinan Qquraisy kerana mendustakan hari akhirat.
19,Surah ke 108 – al-Kautsar -Ramalan kebinasaan yang akan dialami pimpinan Quraisy
20.Surah ke 109 al-Kafirun -Berbicara terus-terang dengan pimpinan Quraisy
21.Surah ke 111 – al-Masad -Ramalan kebinasaan yang akan dialami pemimpin tertinggi Quraisy dan isterinya
22.Surah ke 113 – al-falaq -Perintah mengisyhtiharkan tauhid rububiyyah kepada umum.
23.Surah ke 114 - an-Naas -Perintah mengishyiharkan tauhid uluhiyyah dan kekuasaan mutlak adalah hak Allah semata-mata.
Peringatan: Diperingkat nabi s.a.w didustakan, turun surah al-Falaq dan ayat-ayat berbaki daripada surah al-Muddatstsir dan al-Muzammil.
Surah-surah yang diturunkan sebelum sahabat berhijrah ke Habasyah.
Selepas peringkat kedua tadi, bermulalah zaman penentangan kaum Quraisy terhadap Nabi s.a.w. ia menjadi semakin memuncak sehingga akhirnya mendorong sesetengah sahabat memilih untuk berhijrah ke Habasyah.
7 surah berikut diturunkan sebelum mereka berhijrah ke sana:
1.Surah ke 29 – Al-Ankabut: -di dalamnya ada isyarat kepada hijrah ke Habasyah
2.Surah ke 30 – ar-Ruum -di dalamnya terdapat berita gembira bahawa orang-orang Islam akan mendapat kejayaan setelah diuji
3.Surah ke 31 – Luqmaan -larangan mengikut kedua ibu bapa dalam ‘aqidah syiriknya
4.Surah ke 39 – az-Zumar -di dalamnya juga terdapat isyarat kepada hijrah ke Habasyah
5.Surah ke 18 – al-Kahfi -adab-adab penyampaian agama kepada penganut-penganut agama Kristian di Habasyah. 6.Surah ke 19 – Maryam -penyampaian aqidah tauhid kepada penganut-penganut agama Kristian dan penolakan terhadap ajaran tiga tuhan yang dibawa mereka.
7.Surah ke 20 – Thaaha -seruan tauhid kepada penganut-penganut agama Kristian.
Hijrah Pertama Dan Kedua Ke Habasyah
Hijrah pertama ke Habasyah telah berlaku pada 5 Rajab tahun ke 5 kenabian (selepas Rasulullah s.a.w dilantik sebagai nabi dan rasul) bersamaan dengan 614 Masehi. Pada kali ini seramai 12 orang laki-laki muslim dan 4 orang muslimah telah berhijrah ke Habasyah di bawah pimpinan Saiyyidina ‘Utsman r.a.
Dalam hijrah kedua pula seramai 82 orang laki-laki muslim dan 18 orang muslimah telah berhijrah ke sana.
Surah-surah Yang Diturunkan Selepas Para Sahabat Berhijrah Ke Habasyah.
Selepas sekumpulan para sahabat berhijrah ke Habasyah, sejumlah 12 surah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w diperingkat ini.Baginda s.a.w dituduh dengan pelbagai tuduhan. Bukan sekadar itu sahaja, malah ajaran yang dibawa Baginda juga didustakan.
Di bawah ini menunjukkan senarai 12 surah berkenaan: 1.Surah ke 32 – as-Sajdah -Rasulullah s.a.w dituduh sebagai pereka al-Qur’an dan penimbul fitnah
2.Surah ke 56 – al-Waaqi’ah -
surah ini diturunkan di zaman (di peringkat) Nabi s.a.w didustakan.
3.Surah ke 50 – Qaaf -mengandungi perintah Allah kepada Rasulullah s.a.w agar terus memberikan peringatan walaupun didustakan.
4.Surah ke 51 – ad-Dzaariyaat -Rasulullah s.a.w dituduh sebagai gila dan tukang sihir
5.Surah ke 52 – at-Thuur -Rasulullah s.a.w dituduh dengan pelbagai tuduhan, seperti penyair, gila, tukang tenung dan mereka-reka sendiri al-Qur’an ,penyair, gila, tukang tenung dan mereka-reka sendiri al-Qur’an.
6.Surah ke 67 – al-Mulk -nabi s.a.w dituduh sesat
7.Surah ke 68 al-Qalam -baginda dituduh gila dan dirasuk. 8.Surah ke 69 – al-Haaqqah -Rasulullah dituduh penyair gila dan telah mengada-adakan al-Qur’an.
9.Surah ke 70 – al-Maarij -ancaman kebinasaan terhadap pimpinan Quraisy yang begitu materialistik dan mata duitan.
10.Surah ke 71 – Nuuh -etika da’wah dan ancaman kebinasaan kepada orang-orang yang Ingkar seperti telah berlaku kepada kaum Nabi Nuuh a.s yang terdahulu.
11.Surah ke 91 – as-Syams -ia turun ketika (di peringkat) Nabi s.a.w didustakan. Akibat pendustaan, bangsa mana pun mungkin dimusnahkan se[erti kaum Tsamud.
12.Surah ke 92 – al-Lail -diturunkan di zaman pendustaan orang-orang kafir terhadap Nabi s.a.w
Peringatan: Ayat-ayat terakhir di dalam
surah an-Najm juga turun di peringkat ini. Sementara beberapa ayat di permulaannya pula diturunkan pada tahun ke 12 kenabian semperna berlakunya peristiwa Israa’ dan Mi’raj.
PERINGKAT KETIGA
1) Bermula dari tahun keenam hingga tahun kesepuluh kenabian.
2) Ia berlangsung dalam lima tahun
3) Dalam masa ini sebanyak 22 surah diturunkan kepada Nabi s.a.w
Surah2 yg diturunkan Diperingkat ke 3 kehidupan rasullah saw diMekah seperti berikut :
Sejumlah kira-kira
22 surah diturunkan kepada baginda.Mula-mula turun
9 surah pasca kemarau yg berlaku di Mekah.Dipermulaan peringkat ketiga Saidina Hamzah telah memeluk agama islam.Tiga hari kemudian Umar Alkhattab pula memeluk islam.Peristiwa ini berlaku pd bulan zulhijjah tahun ke6 kenabian bersamaan 615 masehi .Pada th ke 7 kenabian bersamaan 616 masehi ,telah berlaku kemarau yg dasyat di Mekah,
9 surah yg diturunkan pasca kemarau yg berlaku pada tahun ke 7 kenabian seperti berikut:
1.Surah ke 21 Al anbiya ayat 5
Rasullah dituduh sbg penyair dan seorg yg dirasuk .
2.Surah ke 23 al-mukminun
Dituduh gila.
3.Surah ke 25 alfurqan
Ayat 4,5,8
Dituduh seorang yg terkena sihir dan seorang yg mengada2kan dgn mereka alquran.
4.Surah ke 26 syu'ara.
Ayat 27
Rasullah saw diragui dan dituduh gila.
5.Surah ke 27 an naml.
Ayat 66-68
Diragui dan dituduh tukang sihir.
6.Surah ke 28 al qasas.
Nabi saw tidak berkuasa memberi hidayat kepada Abu talib.
7.Surah ke 44 ad dukhan.
Ayat 14
Baginda dituduh gila dan diajar oleh orang lain.
8.Surah ke 45 al jaatsiyah.
Ayat 23-25
Ancaman kepada pemimpin2 materialis dan atheis.
9.Surah ke 54 al-qamar.
Ayat 1-3
Turun dizaman pendustaan orang kafir terhadap nabi saw
Diperingkat ini nabi dipulau oleh kaum quraisy selama 3tahun.Dalam masa tiga tahun nabi saw dan keluarga serta pengikut2nya dibenarkan bebas hanya dikawasan Syi'bi Hasyim atau Syi'bi Abi Talib shj.Peristiwa ini bermula pada tahun ke 7 kenabian bersamaan 616 m.
Surah2 Yg dturunkan Ketika Penindasan dan Kekejaman Penguasa2 Kafir Quraisy Terhadap Para Sahabat Berada Dikemuncaknya.
Diperingkat ini turun kepada rasullah saw kira2
11 surah.Nabi saw pada ketika itu bukan sj dituduh malah ketegangan kadang2 sampai kepada pakatan jahat mereka untuk membunuh baginda saw. Dipenghujung peringkat inilah turun kepada baginda saw dua surah daripada surah hawaaamin.
Dibawah ini dikemukakan 11 surah yg diturunkan pada peringkat ini:
1.Surah ke 34 Saba.
Ayat 7-8
Rasullah saw dituduh tukang sihir,gila, dan pereka alquran.
2.Surah ke 35 fatir.
Ayat 10
Pakatan jahat terhadap Rasullah saw.
3.Surah ke 36 Yassin.
Ayat 69
Pakatan jahat terhadap Rasullah saw.
Sifat Jalal Allah juga dinyatakan didalamnya.
4.Surah ke 37 As shaffat
Ayat 13-15,&36
Rasullah saw dituduh sebagai tukang sihir dan gila.
5.Surah ke 38 shaad.
Ayat 4,5
Rasullah saw dituduh tukang sihir dan pendusta besar.
6.Surah ke 85 al-buruj
Ancaman kebinasaan kepada kaum kafir quraisy kerana penindasan dan kekejaman mereka yg melampaui batas keatas umat Islam.
7.Surah ke 86 at tariq.
Ayat 13-28.
Turun dizaman berlakunya konspirasi ,komplot dan pakatan jahat membunuh nabi saw.
8.Surah ke 89 al-fajr.
Firman allah:إن ربك لبالمر صاد yg bermaksud "sesungguhnya tuhan mu benar2 mengawasi" ,merupakan ancaman kebinasaan drp allah kepada penguasa2 yg zalim.
9.Surah ke 90 albalad.
Kezaliman terhadap baginda dianggap halal.
Sedang darah binatang pun haram ditumpahkan
10.Surah ke 40 hammin almu'min.
Ancaman kebinasaan seperti yg telah berlaku kepada firaun.
11.Surah ke 41 haamin.
Ancaman kebinasaan seperti kebinasaan seperti yg telah berlaku kepada kaum aad dan tsamud.
Peringkat kehidupan rasullah saw ini berakhir dgn baginda dan para pengikut dibebaskan drp kepungan di Syi'bi Bani Hasyim .Diperingkat ini lah juga Abu talib dan Khadijah meninggal dunia kemudiannya Rasullah saw berkahwin dgn Saudah dan pergi pula ke Thaif untuk berdakwah.
Perincian adalah seperti berikut.
a)Abu Talib meninggal dunia pada bulan rejab tahun 10 kenabian bersamaan 619 masehi
b)2 bulan selepas itu Saidatina Khadijah pula meninggal dunia iaitu bulan ramadan tahun ke 10 kenabian.
c)Nabi saw berkahwin dgn Saudah pada bulan syawal tahun ke 10 kenabian bersamaan 619 masehi
d)Pergi berdakwah ke Thaaif pada tahun ke10 kenabian bersamaan Jun 619 masehi.pada ketika itulah dipercayai turun Al Ahkaf dab Al Jin kepada baginda.
.Surah ke 46 Al Ahkaf
Al quran diperdengarkan kepada kumpulan jin.
.Surah ke 72 Al jin.
Selepas mendengar al quran kumpulan jin itu memeluk agama islam dan menjadi pendakwah.
PERINGKAT KE EMPAT
1) Bermula dari tahun kesebelas kenabian hingga ke tahun berhijrah ke Madinah.
2) Ia berlangsung dalam masa tiga tahun.
3) Dalam masa ini sebanyak 13 surah diturunkan kepada Nabi s.a.w. -
Jumlah tahun ialah 13 tahun.
Jumlah kesemua sekali surah-surah Makiyyah ialah 90 surah.
Surah2 Yg Diturunkan Pada Tiga Tahun Terakhir Kehidupan Rasullah saw di Mekah
Beberapa peristiwa penting yg berlaku pada tahun2 yg merupakan peringkat ke 4 kehidupan Rasullah saw di Mekah.
a)Berkahwin dgn Aisyah.Ia berlangsung bulan syawal pd tahun ke 11 kenabian bersamaan 620 masihi. Bgmnpun kehidupan sbg suami isteri mereka bermula setelah hijrah ke Madinah.
b)6 orang drp puak Khazraj dtg dr Madinah ke Mekah lalu memeluk Islam.Peristiwa ini berlaku pd bulan zulhijjah tahun ke11 kenabian bersamaan 620 masehi.
c)Berlakunya peristiwa Israk Mikraj dan keferduan solat 5 waktu .berlaku pada 27 Rejab tahun ke 12 kenabian bersamaan 621 masehi.
Selepas peristiwa mikraj ,sebhg drp permulaan Surah An Najm diturunkan dan diturunkan juga Surah Bani Israil atau Surah Al-Israa'.
d)Berlakunya baiah Aqobah pertama .
Perjanjian aqobah adalah asas/persediaan hijrah keMadinah.
12 orang Ansaar dtg dari Madinah ke Mekah lalu memeluk Islam .10 orang drp mereka adalah puak Khazraj dan 2 orang dari puak Aus.Peristiwa ini berlaku pada bulan Zulhijjah tahun ke 12 kenabian bersamaan 621 masehi.
e)Berlaku baiah aqobah ke 2 .Pada kali seramai 72 orang Madinah datang kepada nabi saw lalu memeluk agama Islam.Peristiwa ini berlaku pada bulan zulhijjah tahun 13 kenabian bersamaan 622 Masehi.
Diperingkat ke 4 yg merupakan peringkat terakhir kehidupan Rasullah saw di Mekah turun kira2 13 surah turun ketika ini
Dibawah ini dikemukakan perinciannya.
1.Surah ke 10 Yunus .
Ayat 2
Ayat 15-17.
Ayat 37-41.
Ayat 94-95.
Ayat104-106
Dizaman keraguan dan pelbagai tuduhan terhadap nabi saw seperti tukang sihir ,pereka alquran dsbnya
2.Surah ke 11 Huud.
Ayat 12-14
Ayat 18
Ayat 35
Ayat 112
Ayat 113
Juga diturunkan dizaman keraguan dan pelbagai tuduhan terhadap nabi saw seperti tukang sihir ,pereka alquran dan sebagainya.
3.Surah ke 12 yusuf
Perancangan sedang dibuat untuk menghalau Rasullah saw dari buminMekah.
4.Surah ke 13 ar rad
Ayat 31
Ayat 32
Ayat 33
Pelbagai komplot dan pakatan jahat dirancang terhadap rasullah saw
5.Surah ke 14 Ibrahim
Ayat 13
Ayat 14
Ada unsur2 pelbagai komplot dan pakatan jahat dirancang terhadap rasullah saw.
6.Surah ke 15 al hijr
Ayat 6-13
Diturunkan dlm suasana ejekan dan tuduhan2 liar terhadap nabi saw
7.Surah ke 16 an nahl.
Didlmnya terdapat isyarat hijrah ke Madinah
Pada tahun ke 12 kenabian berlaku peristiwa Mikraj kepada Nabi .Pada tahun itu dipercayai turun 2 surah kepada baginda saw.Didlm nya ada tersebut peristiwa itu.
Didlm surah Israa diajarkan kepada nabi saw doa hijrah.
Dlm perjlnan rasullah saw dari Mekah ke Palestin untuk mikraj ke langit itu ditayang kepada Rasullah saw dari Mekah ke Palestin untuk mikraj ke langit itu ditayang kepada Rasullah saw Madinah jadi tempat penghijrahan baginda
2 surah berkenaan ialah:
8.Surah ke 17 Al Isra atau Bani Israil.
Ayat 33
Ayat 47
Ayat 60
Ayat 191-103
Selain tersebut apa yg berlaku pada malam Mikraj itu terdapat juga isyarat tentang penubuhan negara Islam Madinah.
9.Surah ke 53 an najm
Peristiwa di mlm Mikraj dikemukakan dipermulaan surah ini
Ayat ,73-77
4 surah yg dikemukakan nanti dipercayai telah turun pada tahun 13 kenabian,beberapa ketika sebelum nabi saw berhijrah ke Madinah.
10.Surah ke 42 haamin asy syura
Penjelasan tentang kemasyarakatan islam.
11.Surah ke 43 haamin azzukhruf.
Penyempurnaan hujjah terhadap kaum kafir Quraisy dan amaran terakhir kepada mereka.
12.Surah ke 6 al an'am.
Ayat 19-21
Ayat 122-123
Penyempurnaan hujjah terhadap kaum kafir Quraisy dan amaran terakhir kepada mereka.
13.Surah ke 7 al a'raf.
Ayat 59-64
Ayat 88-90
Ayat 96-99
Penyempurnaan hujjah terhadap kaum kafir quraisy dan amaran terakhir kepada mereka.
2.selepas hijrah
Hijrah ke Madinah.
Pada 27safar tahun ke14 kenabian ,Rasullah saw berhijrah ke Madinah bersama Abu Bakar.
24 surah telah diturunkan setelah Rasullah saw berhijrah ke Madinah.Dibawah ini menunjukan tertib turun ayat2 dan surah2 semasa Nabi saw berada di Madinah.
Setengah orang berpendapat, surah-surah ar-Ra’ad, ar-Rahman, ad-Dahr dan al-Zilzaal adalah surah-surah Madaniyyah. Sedangkan yang sebetulnya, keempat-empat surah itu adalah Makiyyah
Nama surah
Zaman turun
Isi kandungan utamanya
1.Surah ke 62 Al Jumaah(3 ayat terakhir)
Turun pada 1Hijrah
Solat Jumaat pertama didirikan di Quba dan Khutbah Jumaat serta hukum hakam solat jumaat.
2.Surah ke 22 Al haj (ayat 39-41)
Zaman turun pada 1H
Isi kandungan utamanya :kebenaran berperang demi mempertahankan diri.
3.Surah ke 64 at taghabun.
Zaman turun pada 1H
Isi kandungan utamanya :pendahuluan ajaran jihad dan infaq dijalan Allah.
4.Surah ke 2 al baqarah (ayat 142-144)
Turun tahun ke 2 hijrah .
Sebelum perang badar
Isi kandungan utama nya perubahan arah kiblat dan kepimpinan serta hukum hakam syariat baharu.
5.Surah ke 65 at-thalaaq.
Zaman turun tahun ke2 hijrah.sebelum perang Badar.
Isi kandungan utamanya:penggunaan hukum thalaq dan azab menimpa umat dahulu
6.surah muhamad
Zaman turun tahun ke 2 hijrah sebelum perang badar.
Isi kandungan utamanya:Etika perang dan galakan berinfaaq
7.surah anfal
Zaman turun: tahun 2 hijrah selepas perang badar
Isi kandungan utamanya :Etika perang dan hukum hakam harta rampasan perang.
8.surah as shaaf
Zaman turun tahun ke 3 hijrah .
Isi kandungan utamanya :kamu akan beroleh kemenangan jika kamu membela agama allah
9.surah ali imraan
Zaman turun tahun 3hijrah
Isi kandungan utamanya :usaha2 untuk memenangkan agama islam.
10.surah al hasry
Zaman turun :bulan rabiul awal tahun ke 4 hijrah.
Isi kandungan utamanya rawatan penyakit nifaq dengan sifat2 allah.
11.surah an nisa
Zaman turun tahun 4 hijrah.
Isi kandungan utama:sistem masyarakat yg kukuh bermula drp kekeluargaan hingga kenegaraan.
12.Surah ke 57 al hadiid
Zaman turun :tahun ke 4 hijrah.
Isi kandungan utamanya :tegaknya keadilan dan kesaksamaan.
13.Surah ke 33 al ahzab.
Zaman turun:tahun ke 4 dan ke 5 hijrah
Isi kandungan utamanya:Hukum2 kekeluargaan ,ketenteraan dan kemasyarakatan.
14.Surah ke 58 al mujadilah.
Zaman turun:tahun ke 5 hijrah
Hukum-hakam zihar dan lain-lain.
15.Surah Munafikun(63)
Zaman turun :tahun ke 6 hijrah.Pada tahun ini juga berlaku perang dgn bani mustaliq.
Isi kandugan utamanya:jgn jadi munafik
Sebaliknya berbelanja dijln allah
16.Surah an nur (24)
Zaman turun:tahunke 6 hijrah
Isi kandungan utamanya:hukum-hakam kekeluargaan dan kemasyarakatan.
17.surah fath(48)
Turun tahun ke 6 hijrah.kembali dari suluh hudaibiyah
Isi kandungan utamanya :berita gembira akan menakluk farsi dan afrika
Surah kemenangan dan kejayaan
18.surah al jumaah(62)dari ayat 1-8
Zaman turun selepas penaklukan khaibar pada bulan muharram tahun ke 7 hijrah.
Isi kandungan utamanya :jawatan kerasulan dan penyucian jiwa.
19.surah al maidah (5)
Zaman turun tahun ke 7 hijrah
Isi kandungan utamanya :undang2 islam dan sekularisma
Soal aqad dan makan ada dl surah ini.
20.surah at tahrim(66)
Zaman turun :tahun 8 hijrah
Isi kandungannya:kehidupan kekeluargaan dan peranan wanita dlm keluarga.
21.Nama surah :surah al mumtahanah
Zaman turun :tahun ke 8hijrah
Isi kandungan utamanya :kewarganegaraan wanita dan perananya dlm pengintipan.
22.nama surah :surah al hujurat
Zaman turun :tahun ke 9 hijrah
Isi kandungan utamanya:hak2 allah ,rasu dan orang2 islam.
23.nama surah :surah at taubah
Zaman turun :pada bulan rajab tahun ke9 .sama ada sebelum atau selepas perang tabuk
Isi kandungan utama :orang2 musyrikin ,yahudi dan nashara
24.nama surah :surah albayyinah
Zaman turun:tahun ke 10 hijrah.
Isi kandungan utamanya:orang2 yg tidak percaya kepada nabi muhamad sebagai nabi terakhir adalah ahli neraka.
25.nama surah:surah al nashr
Zaman turun:pada bulan zulhijjah tahun ke 10 hijrah di Mina.
Isikandungan utamanya :pemberitahuan tentang kewafatan baginda saw.
Rasullah saw wafat pada human rabiul awal tahun ke11hijrah.
💥💥💥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan