Halaman

Rabu, Jun 10, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(040)

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(040)

mutasyabihaat dan ayat-ayat muhkamaat. Salah satu punca manusia menjadi sesat ialah kerana mereka
suka sangat bermain-main dengan ayat-ayat mutasyabihaat.Lautan ta'wil diharungi untuk menimbulkan
fitnah. Padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilan sebenarnya melainkan Allah. Oleh itu umat Islam
hendaklah berwaspada terhadap ayat-ayat mutasyabihaat, jangan sampai mereka juga jadi sesat kerananya seperti Ahli Kitab sebelum mereka.(Ayat: 7).

Umat Islam sebaliknya diajar supaya selalu berdoa begini:
Aali-Imran 3:8
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةًۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْوَهَّابُ 
8. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

(7) Melalui firmanNya  تُؤْتِى ٱلْمُلْكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلْمُلْكَ مِمَّن تَشَآءُ    mengisyaratkan kepada rahsia disebalik penukaran sesebuah kerajaan dan pemerintahan. Bani Israil dahulu pernah dikurniakan kerajaan dan pemerintahan. Mereka bahkan pernah dimahkotai sebagai pemimpin sekalian alam.وَأَنِّى فَضَّلْتُكُمْ عَلَى ٱلْعَٰلَمِينَ . Tetapi kerana kesalahan dan jenayah yang dilakukan oleh mereka, akhirnya mahkota di atas kepala mereka ditanggalkan lalu ia dipakaikan di kepala umat Islam yang mendapat penghormatan dan
gelaran sebagai umat terpilih امة وسطا (Ayat:26).

(8) Di dalam Surah ini Allah menyatakan sifat-sifat orang-orang yang ber'aqal menggunakan lafaz أولو الألباب dan أولو الأبصار. Siapakah mereka?
(a) Mereka ialah orang-orang yang tidak menta'wil ayat-ayat mutasyabihaat, sebaliknya mereka mengikut dengan patuh ayat-ayat muhkamaat.(Ayat: 8).
(b) Mereka adalah orang-orang yang selalu mengingati Allah, sentiasa berfikir dan merenungi kejadian
Allah, baik di langit mahupun di bumi, lalu memilih akidah tauhid. Untuk terhindar dari azab neraka mereka berdoa kepada Allah.(Ayat: 190).
(c) أولو الأبصار(orang-orang yang berfikiran dan celik mata hatinya) diseru supaya mengambil i'tibar dan pengajaran daripada peperangan Badar, bahawa bagaimana Allah telah memenangkan golongan yang kecil terhadap golongan yang besar. (Ayat: 13).
(9) Di dalam Surah Aali 'Imraan beberapa kali selepas menyebut tentang Nabi Ibrahim, Ahli Kitab

40

Tiada ulasan:

Catat Ulasan