Halaman

Khamis, Jun 11, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(062)

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(062)

Sebab-Sebab Dan Faktor-Faktor Yang Membawa Kepada Kekalahan Sementara Orang-Orang Islam Pada Peperangan Uhud.
1. Kerana kelemahan تَفْشَلَا(Ayat 122) فَشِلْتُمْ (Ayat152).
2. Berselisih pendapat dan bertelagah تَنَازَ عْتُمْ(Ayat 152).
3. Mahukan harta ghanimah dengan melanggar perintah Rasulullah عَصَيْتُمْ(ayat 152).
4. Ada di antara kamu mahukan dunia مِنْكُمْ مِنْ يُرِيْدُ الدُّنْيَا 
(Ayat 152).
5. Beberapa kelemahan dalaman orang-orang Islam sendiri هُوَ مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِكُمْ (Ayat 165).

Peranan Orang-Orang Munafiq Dalam Perang Uhud
1. Orang-orang munafiq itu gila kuasa.
Aali-Imran 3:154

ثُمَّ أَنزَلَ عَلَيْكُم مِّنۢ بَعْدِ ٱلْغَمِّ أَمَنَةً نُّعَاسًا يَغْشَىٰ طَآئِفَةً مِّنكُمْۖ وَطَآئِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِٱللَّهِ غَيْرَ ٱلْحَقِّ ظَنَّ ٱلْجَٰهِلِيَّةِۖ يَقُولُونَ هَل لَّنَا مِنَ ٱلْأَمْرِ مِن شَىْءٍۗ قُلْ إِنَّ ٱلْأَمْرَ كُلَّهُۥ لِلَّهِۗ يُخْفُونَ فِىٓ أَنفُسِهِم مَّا لَا يُبْدُونَ لَكَۖ يَقُولُونَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ ٱلْأَمْرِ شَىْءٌ مَّا قُتِلْنَا هَٰهُنَاۗ قُل لَّوْ كُنتُمْ فِى بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ ٱلَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ ٱلْقَتْلُ إِلَىٰ مَضَاجِعِهِمْۖ وَلِيَبْتَلِىَ ٱللَّهُ مَا فِى صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحِّصَ مَا فِى قُلُوبِكُمْۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ 
154. Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. Mereka berkata: "Adakah bahagian kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang diianjikan itu?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya)". Mereka sembunyikan dalam hati
mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): "Kalaulah
ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang drjanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?" katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh.

62

Tiada ulasan:

Catat Ulasan