Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(048)
Kedudukan sebenar Rasulullah s.a.w. didedahkan kepada orang-orang munafiq bahawa Baginda adalah guru, rasul dan juga .مزكي (pembimbing jiwa dan kerohanian). Dengan mengutuskan Rasulullah, Allah telah memberikan satu ni'mat yang sangat besar kepada orang-orang mu'min. Setelah itu dinyatakan beberapa sifat orang-orang munafiq dan diperkuatkan semangat orang-orang Islam. Orang-orang Islam diingatkan supaya tidak gerun dan gentar dengan segala usaha dan perancangan jahat orang-orang kafir.Mereka diarahkan supaya tidak bakhil dan bermurah hati. Dalam menghadapi Ahli Kitab pula, mereka
hendaklah bersikap sabar dan bertaqwa terhadap keburukan dan gangguan-gangguan Ahli Kitab. Ahli Kitab adalah golongan yang tidak boleh dipegang janji mereka dan mereka termasuk dalam golongan yang derhaka, kerana itu mereka berhak dihukum.
(a) Orang-orang yang ber'aqal hendaklah sentiasa merenungi rahsia kejadian alam ciptaan Tuhan.
Mereka dianjurkan supaya mengeratkan lagi hubungan dengan Allah.
(b) Menyahut seruan orang yang menyeru bagi pihak Rasulullah s.a.w.
(c) Orang-orang yang berhijrah, membelanjakan harta benda dijalan Allah, berjihad dan teguh pendirian
dalam menghadapi ujian Allah akan dikumiakan syurga sebagai balasan.
(d) Orang-orang Islam jangan sekali-kali terpedaya dengan pelbagai propaganda orang-orang kafir diserata negeri, mereka seharusnya ingat bahawa kuasa Allah mengatasi segala kuasa yang lain.
Aali-Imran 3:196
لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فِى ٱلْبِلَٰدِ
196. Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang
kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).
(e) Dinyatakan sifat-sifat Ahli Kitab yang memeluk agama Islam (Ayat: 199).
(f)Di dalam ayat terakhir sebagai khulasah, diberikan empat panduan untuk umat Islam mencapai
kemenangan dalam menghadapi orang-orang kafir:
(1) Sabar
(2) Saling menyabarkan satu sama lain
(3)Sentiasa bersiap sedia menghadapi musuh
(4) Bertaqwa, iaitu dengan takut kepada Allah dan menjaga
batas-batas dan ketentuan Allah.
48
Tiada ulasan:
Catat Ulasan