Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(049)
Ayat terakhir Surah Aali 'Imraan ini, iaitu Firman Allah:
Aali-Imran 3:200
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱصْبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
200. Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
Ayat ke-200 ini sebenarnya merupakan jawapan kepada doa yang terdapat di akhir Surah al-Baqarah.
Empat perkara yang tersebut di akhir surah inilah yang menjamin kemenangan orang-orang Islam dalam
menghadapi orang-orang kafir.
Mesej Utama Surah
Dengan mengamalkan empat langkah yang tersebut di akhir surah ini, orang-orang Islam dapat mengalahkan orang-orang kafir, khususnya Ahli Kitab dan doa yang dipinta mereka di akhir Surah al-Baqarah akan menjadi kenyataan.
1. Ahli Kitab hendaklah diseru supaya memeluk agama Islam. Perlu diadakan dialog, diskusi,perdebatan bahkan jika perlu, sampai ke peringkat bermubahalah dengan mereka.
2. Kebaikan yang terdapat pada Ahli Kitab perlu diketahui dan ia perlu digunakan untuk kepentingan Islam.
3. Keburukan yang ada pada Ahli Kitab juga perlu diketahui, ia perlu dijauhi dan sedapat mungkin mengelak diri daripadanya.
4. Umat Islam perlu disatupadukan, asas pergerakan mereka hendaklah ditegakkan di atas ketaqwaan.
Dengan mempastikan sebab-sebab kekalahan orang-orang Islam dalam peperangan Uhud, umat Islam hendaklah memeriksa kelemahan-kelemahan dalaman mereka khususnya sifat nifaq.
49
Tiada ulasan:
Catat Ulasan