Halaman

Rabu, Jun 10, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(043)

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(043)

Ahli Kitab dan orang-orang musyrikin diajak memeluk agama Islam dengan pertanyaan أأسلمتم (apakah
kamu hendak memeluk Islam?).(Ayat: 20). 
Dikatakan kepada mereka, "Kalau kamu betul-betul
cintakan Allah seperti da'waanmu, maka ikutlah aku, niscaya Allah akan membalas kasih dan cintamu."
(Ayat: 31).Mereka juga diseru supaya ta'at kepada Allah dan RasulNya yang terakhir. (Ayat:32).
(3) Ayat 33 hingga 63 membentuk paragraf ketiganya.Di dalamnya terdapat penolakan terhadap akidah
tritunggal (Triniti) menerusi kisah benar Maryam dan Zakaria.Nenek Nabi'Isa a.s. iaitu ibu Maryam a.s. pernah bernazar bahawa beliau akan mewaqafkan anak dalam
kandungannya untuk berkhidmat di Baitul Maqdis. Setelah Maryam dilahirkan, maka untuk penjagaannya dia diserahkan kepada Nabi Zakariya. Maryam beribadat di Baitul Maqdis dan beliau sering mendapat rezeki secara luar biasa. Zakaiya kehairanan melihat keajaiban yang berlaku kepada Maryam. Beliau tidak mempunyai anak dan pada ketika itu beliau sudah terlalu tua, menurut adat beliau tidak mungkin akan dapat anak lagi pada umur setua itu, namun timbul juga keinginan untuk mendapat anak di dalam dirinya setelah melihat keajaiban pada Maryam. Maka berdoalah Zakaiya kepada Allah agar Allah mengurniakan kepadanya seorang anak. Allah menerima doanya lalu mengumiakan kepada Zakariya seorang anak lelaki sebagai mu'jizat pada dirinya. Melalui peristiwa itu dibuktikan Nabi 'Isa bukan anak Allah. Ia bahkan dilahirkan tanpa bapa sebagai mu'jizat daripada Allah untuknya.
Sebagaimana kelahiran Nabi Yahya merupakan mu'jizat daripada Allah untuk Zakaiya dan anaknya Yahya, maka begitulah juga dengan Nabi 'Isa a.s.Setelah mengemukakan beberapa mu'jizat Nabi'Isa, Allah menukilkan kata-kata'Isa sendiri yang mengakui Allah sebagai Tuhannya. Beliau bahkan menyuruh orang ramai menyembah
 Allahوربكم فاعبدو هذا صراط مستقيم. Pengikut-pengikut setia Nabi 'Isa juga mengaku mereka Muslim. Pada ketika itu telah pun diramalkan bahawa pada suatu hari nanti orang-orang yang percaya kepada beliau akan lebih ramai jumlahnya daipada orang-orang yang tidak percaya kepadanya.Untuk menolak akidah tritunggal juga kisah kejadian Adam dikemukakan. Adam diciptakan bukan
sahaja tanpa bapa tetapi juga tanpa ibu sebagai mu'jizat untuknya.
Cabaran Bermubahalah: Setelah mengemukakan semua dalil-dalil tersebut, jika orang-orang Kristian tidak mahu menerima seruan Islam, maka bolehlah mereka diajak bermubahalah. Kita bawa anak isteri kita dan mereka pula bawa anak isteri mereka bersama, kemudian masing-masing bersumpah jika ia

43

Tiada ulasan:

Catat Ulasan