Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(063)
itu ke tempat mati masing-masing". Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
2.Orang-orang munafiq menghasut dengan berkata: "Jika kami berkuasa tentu ahli keluarga dan sanak saudara kamu tidak mati dalam peperangan Uhud" (Ayat 154).
3.Pada pandangan orang-orang munafiq, diri sendiri lebih penting daripada Islam (Ayat 154).
4.Allah mahu menguji orang-orang munafiq, mereka selalu mengucapkan apa yang tidak ada didalam hati mereka.
Aali-Imran 3:167
وَلِيَعْلَمَ ٱلَّذِينَ نَافَقُوا۟ۚ وَقِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا۟ قَٰتِلُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَوِ ٱدْفَعُوا۟ۖ قَالُوا۟ لَوْ نَعْلَمُ قِتَالًا لَّٱتَّبَعْنَٰكُمْۗ هُمْ لِلْكُفْرِ يَوْمَئِذٍ أَقْرَبُ مِنْهُمْ لِلْإِيمَٰنِۚ يَقُولُونَ بِأَفْوَٰهِهِم مَّا لَيْسَ فِى قُلُوبِهِمْۗ وَٱللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يَكْتُمُونَ
167.Dan juga dengan tujuan Ia hendak melahirkan dengan nyata akan dikatakan kepada mereka:Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga dan harta benda kamu)". Mereka menjawab: "Kalaulah kami faham ada peperangan (dengansebenar-benarnya), tentulah kami mengikut kamu (turut berperang)". Mereka ketika (mengeluarkan perkataan) itu lebih dekat kepada.kufur dari dekatnya kepada iman. Mereka selalu menyebut dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan apa yangmereka sembunyikan.
5. Ketua-ketua orang-orang munafiq berkata: ooKalau
diikuti cakap kami, tentulah mereka ini tidak
terbunuh".
Aali-Imran 3:168
ٱلَّذِينَ قَالُوا۟ لِإِخْوَٰنِهِمْ وَقَعَدُوا۟ لَوْ أَطَاعُونَا مَا قُتِلُوا۟ۗ قُلْ فَٱدْرَءُوا۟ عَنْ أَنفُسِكُمُ ٱلْمَوْتَ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ
168. Merekalah juga yang mengatakan tentang hal saudara-saudaranya (yang telah terbunuh di
medan perang Uhud), sedang mereka sendiri tidak turut berperang: "Kalaulah mereka ta'atkan
kami (turut menarik diril tentulah mereka tidak terbunuh". Katakanlah (wahai Muhammad):
"Jika demikian, hindarkanlah maut dari diri kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar".
6. Untuk orang-orang munafiq disediakan azab yang dahsyat, mereka gembira dengan sikap-sikap
buruk mereka. Orang-orang munafiq juga mahu kerja-kerja mereka dipuji padahal tidak ada apa
pun yang mereka lakukan.
Aali-Imran 3:188
لَا تَحْسَبَنَّ ٱلَّذِينَ يَفْرَحُونَ بِمَآ أَتَوا۟ وَّيُحِبُّونَ أَن يُحْمَدُوا۟ بِمَا لَمْ يَفْعَلُوا۟ فَلَا تَحْسَبَنَّهُم بِمَفَازَةٍ مِّنَ ٱلْعَذَابِۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
63
Tiada ulasan:
Catat Ulasan