Halaman

Khamis, Jun 11, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(057)

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(057)

disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

8. Ahli Kitab tidak sayang kepada orang-orang Islam, orang-orang Islam pula sebaliknya sayang kepada mereka.

Aali-Imran 3:119

هَٰٓأَنتُمْ أُو۟لَآءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِٱلْكِتَٰبِ كُلِّهِۦ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوٓا۟ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوْا۟ عَضُّوا۟ عَلَيْكُمُ ٱلْأَنَامِلَ مِنَ ٱلْغَيْظِۚ قُلْ مُوتُوا۟ بِغَيْظِكُمْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ 

119. Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi .apabila mereka berkumpul
sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

9. Ahli Kitab bergembira dengan kerugian yang dialami orang-orang Islam, mereka sedih apabila dapat tahu tentang kejayaan orang-orang Islam.
Aali-Imran 3:120

إِن تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ وَإِن تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَفْرَحُوا۟ بِهَاۖ وَإِن تَصْبِرُوا۟ وَتَتَّقُوا۟ لَا يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْـًٔاۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ 

120. Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian)menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, merekabergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu
sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.

10. Wahai orang-orang Islam, orang-orang Yahudi dan Kristian tidak akan puas hati dengan kamuselagi kamu tidak ikut cara mereka. (Surah al-Baqarah: 120).

11. Orang-orang kafr mahu orang-orang Islam mengikut mereka dan berpaling tadah supaya mereka juga menjadi orang-orang yang malang.
Aali-Imran 3:149
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن تُطِيعُوا۟ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ يَرُدُّوكُمْ عَلَىٰٓ أَعْقَٰبِكُمْ فَتَنقَلِبُوا۟ خَٰسِرِينَ 
149. Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu ta'atkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran" lalu menjadilah kamu orang-orane yang


57

Tiada ulasan:

Catat Ulasan