Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(044)
berdusta, la'nat Allah akan menimpanya. Akhir sekali, diulangi seruan kepada tauhid.
(4) Ayat 64 hingga 101 merupakan paragraf keempat Surah Aali 'Imraan. Umat Islam didedahkan dengan keburukan-keburukan Ahli Ahli Kitab diseru supaya berdialog (Ayat: 64). Nabi Ibrahim adalah seorang Muslim yang hanif. Orang-orang Yahudi dan Kristian hendaklah mengikut jejak langkah moyang mereka (Nabi Ibrahim).
Diterangkan keburukan dan kebaikan Ahli Kitab. Mereka menganggap harta orang-orang bukan Yahudi harus diambil dengan cara yang tidak benar, di kalangan mereka ada juga orang-orang baik dan jujur. Didalamnya didedahkan penyelewengan yang dibuat oleh 'ulama-ulama' Yahudi terhadap kitab suci mereka. Mereka dengan lunak meyakinkan orang ramai bahawa itu ialah hukum Taurat, sedangkan hukum seperti itu tidak ada di dalam Taurat.
Di dalamnya juga ditolak sikap fanatik kekeluargaan orang-orang Yahudi, mereka hanya dapat percaya
kepada rasul-rasul daripada keluarga dan keturunan mereka. Sedangkan orang-orang Islam tidak bersikap begitu, mereka percaya kepada nabi-nabi daripada kedua-dua keluarga anak Ibrahim.Dinyatakan dengan terang kepada Ahli Kitab bahawa tidak diterima agama lain dari mereka selain Islam.
Aali-Imran 3:85
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ ٱلْإِسْلَٰمِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى ٱلْءَاخِرَةِ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ
85. Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam. maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia
pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
AhIi Kitab diperintah supaya memilih agama tauhid yang tulen seperti moyang mereka Nabi Ibrahim.
Mereka juga diperintah supaya mengikuti agamaNabi Ibrahim.
Aali-Imran 3:95
قُلْ صَدَقَ ٱللَّهُۗ فَٱتَّبِعُوا۟ مِلَّةَ إِبْرَٰهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ
95. Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan ugama Nabi Ibrahim yane ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik.
Ahli Kitab diseru kepada Islam dengan cara berdiskusi dan berdialog dengan mereka.
(5) Ayat 102-120: Merupakan paraqraf kelima Surah Aali 'Imraan. Di dalamnya orane-orang lslam.
44
Tiada ulasan:
Catat Ulasan