Khamis, Jun 11, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-200)nota baca 3

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-200)nota baca 3

Surah Ali Imran
Tertib dlm quran surah yg ke 3
Bilangan ayat 200
Bilangan rukuk 20
Surah Madiniyah 
Tertib turun adalah surah 89
Bilangan paragraf 7.

Surah Aali Imran boleh dibahagi 2
Bahagian pertama.Ayat 1-101 Berkenaan dengan ahlil kitab.
Bahagian kedua.Ayat 102-200 Berkenaan dengan orang Islam
Paragraf 1 ayat 1-9 Pendahuluan 
Paragraf 2 ayat 10-32 Menyeru ahli kitab kepada Islam
Paragraf 3 ayat 33-63 kisah Mariam dan Zakaria untuk membatalkan aqidah 3 tuhan.
Paragraf 4 ayat 64-101perincian tentang keburukan ahlil kitab.
Paragraf 5 ayat 102-120 arahan untuk memperkukuhkan pergerakan Islam dgn menjadi sebagai sebaik2 umat
Paragraf 6 ayat 121-189 kekalahan dlm peperangan Uhud dan ulasan tentang sifat nifaq.
Paragraf 7 ayat 190-200 Penutup 

Mesej utama surah ini ialah:
4 langkah perlu diambil untuk kemenangan  islam 
1.Dakwah kepada ahlil kitab.
2.Mengambil manfaat  drp kebaikan  yg ada pada ahlilkitab.
3.Menjauhi keburukan  yg ada pada ahlil kitab .
4.Kesatuan dan kesepakatan umat Islam disamping  mereka  diikat  dgn  pergerakan yg tersusun kukuh.

Zaman Diturunkan
(1) Secara umumnya bolehlah dikatakan Surah Aali 'lmran itu diturunkan pada tahun ke-3 Hijrah, selepas perang Uhud. Ketika itu telah pun nyata kesan dan akibat daripada kesyahidan sekian ramai sahabat di medan peperangan Uhud, di mana sudah mula terdapat agak ramai isteri yang menjanda dan anak-anak kecil yang menjadi yatim. Semua itu telah menimbulkan masalah masyarakat yang memerlukan penyelesaian.
(2)Ayat ke-33 hingga ke-70 bagaimanapun dipercayai diturunkan pada tahun ke-9 Hijrah, ketika mana rombongan orang-orang Kristian Najran datang ke Madinah dan perdebatan di antara mereka dengan Rasulullah s.a.w. berlaku, sehingga membawa kepada cabaran Rasulullah terhadap mereka untuk bermubahalah. Tetapi mereka tidak berani menyahut cabaran Rasulullah s.a.w. itu.

Kelebihan Dan Fadhilah Surah Aali'lmraan
Hadis Bermaksud: Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Bacalah kamu al-Qur'an, kerana ia akan datang pada hari kiamat nanti sebagai pemberi syafa'at kepada orang-orang yang
membacanya. Bacalah dua surah yang gilang-gemilang, (Surah) al-Baqarah dan Surah Aali 'Imraan, kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat nanti sebagai dua kumpulan awan atau sebagai dua payung besar atau sebagai dua kumpulan burung yang terbang berbaris-baris dengan tujuan membela pembaca-pembacanya. Bacalah
surah al-Baqarah. Kerana membacanya membawa keberkatan, meninggalkannya(tidak membacanya) menyebabkan penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan) oleh tukang-tukang sihir.
(Hadits riwayat Muslim, at-Thabaraani, Abu
'Awaanah, Ibnu Hibbaan dan lain-lain).

Perkaitan Dan Kesinambungan Surah Aali'Imraan Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

(1) Di akhir Surah al-Fatihah tersebut dua perkataan 
ini: المغضوب عليهم (orang-orang yang dimurkai) dan الضالين(orang-orang yang sesat). Siapakah المغضوب عليهم? 
Mereka adalah orang-orang Yahudi. Merekalah yang dipilih Allah sebagai contoh  المغضوب عليهم   . Cerita orang-orang Yahudi itu telah pun diberikan dengan terperinci sekali di dalam Surah al-Baqarah. Sekarang tiba pula masa untuk menceritakan secara terperinci sekali di dalam Surah al-Baqarah. Sekarang tiba pula masa untuk menceritakan secara terperinci tentang   الضالين  (orang-orang yang sesat). Siapa pula mereka? Mereka adalah orang-orang Kristian. Merekalah yang dipilih Allah sebagai contoh golongan الضالين(orang-orang yang sesat). Perincian cerita mereka dibentangkan dengan seluas-luasnya di dalam Surah Aali 'Imraan sebagai pengajaran dan i'tibar buat orang-orang Islam.
(2) Di akhir Surah al-Baqarah Allah mengajar satu doa kepada orang-orang Islam, iaitu  فانصرنا على القو الكافرين (tolonglah kami dalam menghadapi orang-orang kafir).
Maka di dalam Surah Aali 'Imraan ini Allah mengajarkan empat cara untuk mengalahkan mereka. Punca kecundang tentera Islam ketika menghadapi orang-orang kafir telah dijadikan sebagai contoh untuk menyatakan betapa pentingnya kesetiaan,kesatuan dan penyusunan yang rapi dalam sesuatu perjuangan. Orang-orang kafir,baik dari kalangan Ahli Kitab mahupun musyrikin boleh dikalahkan apabila umat Islam menjadikan empat cara yang disebut Allah di dalam Surah ini sebagai senjata dan persiapan mereka.
(3) Sebagaimana al-Kitab yang disebutkan pada ayat kedua Surah al-Baqarah bahawa ia merupakan petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa, begitulah juga dengan
Kitab Taurat dan Injil yang disebutkan di dalam ayat ke-3 dan ke-4 Surah Aali'Imraan. Kedua-duanya pernah menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa sebelum kedatangan al-Kitab (al-Qur'an) ini. Semua kitab-kitab suci itu diturunkan oleh Allah. Cuma setelah kedua-dua kitab suci itu diselewengkan dan ia telah bercampur-baur antara yang benar dan yang batil, sehingga tidak dapat dipasti dan diyakini lagi mana yang betul dan mana yang karut daripadanya, maka Allah menurunkan pula al-Kitab yang juga bernama al-Furqan. Ia tidak lain daripada al-Qur'an jua. Sebabnya ia dinamakan al-Furqan ialah kerana sifatnya membezakan antara yang betul dan yang salah di dalam kitab-kitab sebelumnya, Taurat dan Injil.
(4) Di permulaan Surah al-Baqarah (lihat ayat ke-26) ada tersebut bahawa manusia juga kadang-kadang boleh sesat meskipun ia menggunakan petunjuk dari Allah.Keadaan itu berlaku apabila ia menyalahgunakannya. Di dalam ayat ke-7 Surah Aali'Imraan Allah menyatakan salah satu bentuk penyalahgunaan kitab suci yang diturunkan oleh Allah, iaitu apabila manusia meninggalkan ayat-ayat yang muhkamaat dan suka sangat mengharungi ayat-ayat mutasyabihaat.
(5) Di dalam Surah al-Baqarah disebut tentang Adam yang dijadikan Allah sebagai khalifah di bumi. Adam dijadikanNya tanpa ibu dan bapa. Di dalam Surah Aali
'Imraan ini Allah menyebutkan pula tentang 'Isa. Dia dijadikanNya tanpa bapa juga,tetapi ada ibunya. Di dalam Surah an-Nisaa' selepas ini pula Allah menyatakan kejadian kebanyakan anak cucu Adam. Mereka dijadikanNya berbapa dan beribu.Dengan cara itulah manusia bertaburan di muka bumi ini dengan begitu ramai hingga kehari kiamat.

(6) Surah al-Baqarah lebih banyak berbicara tentang Yahudi. Surah Aali 'Imraan ini pula lebih banyak berbicara tentang orang-orang Kristian. Kepada orang-orang Yahudi diberikan Taurat. Kepada orang-orang Kristian pula diberikan Injil. Orang-orang Yahudi muncul sebelum daripada orang-orang Kristian. Dengan sendirinya dapat disimpulkan bahawa Taurat diturunkan lebih dahulu daripada Injil. Maka wajar
sekalilah kalau kisah golongan Yahudi didahulukan di dalam Surah al-Baqarah dan ia disusuli dengan kisah golongan Kristian di dalam Surah Aali 'Imraan.

(7) Di permulaan Surah al-Baqarah telah tersebut secara umum bahawa ada kitab yang diturunkan sebelum al-Qur'an. Semua kitab-kitab yang diturunkan dari Allah
dipercayai oleh orang-orang yang beriman. Di permualaan Surah Aali 'Imraan ini pula dinyatakan secara jelas nama-nama kitab yang diturunkan sebelum al-Qur'an. Ia
adalah Taurat dan Injil.

(8) Di dalam Surah al-Baqarah perang disebutkan secara borong sahaja menerusi firman Allah: وقاتلو في سبيل الله
(berperanglah kamu di jalan Allah).
(Lihat ayat 190 dan 244).
Dan firman Allah:  كتب عليكم القتال
(Lihat ayat 216).

Di dalam Surah Aali'Imraan ini kisah perang Uhud disebutkan dengan agak terperinci.(Lihat ayat 152-158).

(9) Di dalam Surah al-Baqarah Allah menceritakan bahawa Dialah yang memberi kuasa memerintah kepada sesiapa yang dikehendakiNya secara borong saja menerusi
firmanNya:والله يوتى ملكه من يشاء
 (Lihat ayat 247).

Di dalam Surah Aali 'Imraan ini pula
Ayat 26
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

26. Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau
kehendaki dan Engkauiah yang rnenghina scsiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(10) Di dalam Surah al-Baqarah Allah menceritakan bagaimana lafaz doa Nabi Ibrahim a.s. untuk Nabi kita Muhammad s.a.w. Firman Allah:

رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

129. Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka,yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada
mereka al-Kitab (al-Qur'an) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka.Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana .

Di dalam Surah Aali 'Imraan ini pula lihat bagaimana doa Nabi Ibrahim itu menjadi kenyataan. Dan Allah menyebut kebangkitan Rasulullah s.a.w. sebagai kurnia dan anugerahNya untuk orang-orang mu' min:

Ayat 164
لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ 
وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

164. Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah(kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya) dan membersihkan mereka (dari i'tiqad yaog sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

Ciri-Ciri Yang Dikongsi Bersama Oleh Surah Al-Baqarah Dan Surah Aali'Imraan
(1) Di dalam bahagian kedua Surah al-Baqarah telah dikemukakan sekian banyak kesalahan dan jenayah
golongan Yahudi. Di dalam bahagian pertama Surah Aali 'Imraan ini pula dikemukakan kesalahan-kesalahan dan jenayah-jenayah yang dilakukan oleh golongan Kristian.
Di dalam Surah al-Baqarah terdapat perincian tentang المغضوب عليهم(orang-orang yang dimurkai Allah).
Di dalam Surah Aali 'Imraan ini pula terdapat perincian tentang  الضالين (orang-orang yang sesat).

(2) Di dalam Surah al-Baqarah pada ayat 143,
gelaran أمة وسطا(umat terpilih dan seimbang) telah
dikurniakan kepada umat Islam. Di dalam Surah Aali 'Imraan ini pula pada ayat 110 mereka diberi pula
gelaran خير أمة (sebaik-baik umat).

(3) Di dalam Surah al-Baqarah Ahli Kitab diseru supaya menerima Islam dengan kata: أمنوا بما أنزلت مصدقا لما معكم (Ayat: 41). Di dalam Surah Aali 'Imraan ini pula mereka diseru kepada Islam dengan kata أأسلمتم؟
(Apakah kamu mahu masuk Islam?). (Ayat: 20).
(4) Kedua-dua surah disudahi dengan doa yang lengkap yang menunjukkan betapa pentingnya umat Islam mempunyai perhubungan yang rapat dengan Allah untuk kemenangan Islam.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Penting Di Dalam Surah Aali'Imraan
(1) Berkali-kali di dalam Surah Aali 'Imraan ditegaskan bahawa, tiada إله (tuhan yang layak disembah)
melainkan Allah. (Ayat: 2,6,18,63 dan 64).
(2) Bukti-bukti kebenaran agama Islam dikemukakan di dalam Surah Aali 'Imraan, lalu manusia khususnya Ahli Kitab diseru supaya menerimanya.
(a) Dinyatakan kepada Ahli Kitab dengan terang bahawa agama yang diterima di sisi Allah hanyalah 
Islam. إن الدين عند الله الإسلام(Ayat: 19).
(b) Secara tidak langsung juga dikatakan, orang yang memilih agama selain Islam tidak akan sekali-kali diterima   daripadanya agama itu. ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه
(Ayat: 85).
(c) Umat Islam percaya dan berkata, "Kami tidak membeza-bezakan antara rasul-rasul Allah", sama ada
dia dari keluarga Israil atau Ismail. Kami hanya orang-orang yang tunduk patuh kepada Allah مسلمون(Ayat:84).
(d) Allah tidak menyuruh sesiapa pun menjadi kafir setelah ia menerima Islam. (Ayat: 80).
(e) Orang-orang Islam diperintah supaya tidak mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.(Ayat:102).
(f) Semua pengikut-pengikut setia Nabi 'Isa a.s. telah bersaksi bahawa mereka Muslim. (Ayat: 52).
(g) Orang-orang Islam diperintah berbincang dan berdialog dengan Ahli Kitab dalam usaha menyeru mereka kepada Islam. Jika mereka berpaling (tidak mahu menerima), maka orang Islam yang terlibat hendaklah bersaksi bahawa kami adalah Muslim.(Ayat: 64).
(h) Kepada Allah jualah tunduk ta'at (Islam) sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada
dengan sukarela ataupun terpaksa.(Ayat: 83).
(i) Nabi Ibrahim a.s. tidak Yahudi dan tidak Kristian, tidak juga Baginda musyrik. Bahkan Nabi Ibrahim a.s. adalah seorang Muslim yang hanif. (Ayat: 67).
(j) Nabi s.a.w. dan pengikut-pengikutnya telah menyeru Bani Israil (Yahudi dan Nashara) dan Bani Ismail kedua-duanya sekali kepada Islam. Bani Ismail itu lebih dikenali di kalangan Ahli Kitab sebagai"Ummiyyin", mereka ialah orang-orang musyrikin Mekah.(Ayat: 20).

(3) Ayat-ayat Aali 'Imraan di bawah ini menceritakan sifat, sikap dan gelagat Ahli Kitab secara terperinci. Dicelah-celahnya juga terdapat sekian banyak arahan, pengajaran dan panduan.
Ayat: 19,20,23, 61, 64, 65, 66, 69,70,71,72, 74, 98, 99, 100, 110, 113, 186, 187 dan 199.

(4) Perkataan "Ummiyyin" telah dipakai dengan ma'nanya yang khusus dan tersendiri di dalam Surah Aali 'Imraan. Ia dipakai dengan erti Bani Ismail dan orang-orang musyrikin 'Arab, terutamanya penduduk Mekah.
(a) Bani Israil telah sekian lama mengidap penyakit gila keturunan dan terlalu melampau-lampau dalam melebihkan bangsa mereka. Di dalam Surah Aali 'Imraan Allah merakamkan kata-kata mereka terhadap 
Bani Ismail: ليس علينا في الأميين سبيل(tidak ada dosa bagi kami terhadap orang-orang ummi). Mereka dengan itu menganggap tidak salah mengambil harta Bani Ismail dengan cara yang tidak betul. (Ayat:75).
(b) Nabi s.a.w. diperintah supaya menyeru Bani Israil dan juga Bani Ismail (الأميين)kepada agama Islam.
(Ayat:20).

(5) Di dalam Surah ini, al-Qur'an telah disebut dengan nama al-Furqan. Al-Furqan bererti pembeza atau sesuatu yang membezakan di antara yang betul dan yang salah. Al-Qur'an dinamakan begitu kerana ia membezakan di antara yang betul dan yang salah di dalam kitab Taurat dan Injil.
(Ayat:4).

(6) Di dalam Surah ini Allah menyatakan semua kitab yang diturunkanNya mengandungi ayat-ayat mutasyabihaat dan ayat-ayat muhkamaat. Salah satu punca manusia menjadi sesat ialah kerana mereka suka sangat bermain-main dengan ayat-ayat mutasyabihaat.Lautan ta'wil diharungi untuk menimbulkan fitnah. Padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilan sebenarnya melainkan Allah. Oleh itu umat Islam hendaklah berwaspada terhadap ayat-ayat mutasyabihaat, jangan sampai mereka juga jadi sesat kerananya seperti Ahli Kitab sebelum mereka.(Ayat: 7).

Umat Islam sebaliknya diajar supaya selalu berdoa begini:
Aali-Imran 3:8
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةًۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْوَهَّابُ 
8. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

(7) Melalui firmanNya  تُؤْتِى ٱلْمُلْكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلْمُلْكَ مِمَّن تَشَآءُ    mengisyaratkan kepada rahsia disebalik penukaran sesebuah kerajaan dan pemerintahan. Bani Israil dahulu pernah dikurniakan kerajaan dan pemerintahan. Mereka bahkan pernah dimahkotai sebagai pemimpin sekalian alam.وَأَنِّى فَضَّلْتُكُمْ عَلَى ٱلْعَٰلَمِينَ . Tetapi kerana kesalahan dan jenayah yang dilakukan oleh mereka, akhirnya mahkota di atas kepala mereka ditanggalkan lalu ia dipakaikan di kepala umat Islam yang mendapat penghormatan dan
gelaran sebagai umat terpilih امة وسطا (Ayat:26).

(8) Di dalam Surah ini Allah menyatakan sifat-sifat orang-orang yang ber'aqal menggunakan lafaz أولو الألباب dan أولو الأبصار. Siapakah mereka?
(a) Mereka ialah orang-orang yang tidak menta'wil ayat-ayat mutasyabihaat, sebaliknya mereka mengikut dengan patuh ayat-ayat muhkamaat.(Ayat: 8).
(b) Mereka adalah orang-orang yang selalu mengingati Allah, sentiasa berfikir dan merenungi kejadian
Allah, baik di langit mahupun di bumi, lalu memilih akidah tauhid. Untuk terhindar dari azab neraka mereka berdoa kepada Allah.(Ayat: 190).
(c) أولو الأبصار(orang-orang yang berfikiran dan celik mata hatinya) diseru supaya mengambil i'tibar dan pengajaran daripada peperangan Badar, bahawa bagaimana Allah telah memenangkan golongan yang kecil terhadap golongan yang besar. (Ayat: 13).
(9) Di dalam Surah Aali 'Imraan beberapa kali selepas menyebut tentang Nabi Ibrahim, Ahli Kitab diseru kepada agama Islam.
(a) Allah telah memilih keluarga Nabi Ibrahim a.s. melebihi orang-orang lain di zamannya. (Ayat: 33).
(b) Taurat dan Injil diturunkan selepas zaman Nabi Ibrahim a.s.(Ayat: 65). Nabi Ibrahim hidup kira-kira 2,100 tahun sebelum Masihi. Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s. 1,300 tahun sebelum Masihi.Selepas 1,300 tahun barulah Injil diturunkan kepada Nabi 'Isa a.s.
(c) Nabi Ibrahim bukan beragama Yahudi atau Nashrani (Kristian).(Ayat: 67).
(d) Orang yang paling dekat kepada Ibrahim ialah orang-orang yang mengikutinya dan Nabi Muhammad beserta orang-orang yang beriman (kepada Muhammad). (Ayat: 68).
(e) Orang Islam beriman kepada sekalian nabi yang diutuskan oleh Allah. mereka tidak fanatik seperti
orang-orang Yahudi. (Ayat 84).
(f) Bani Israil diperintahkan supaya mengikuti ugama Nabi Ibrahim yang lurus (berdasarkan Tauhid).
Ibrahim tidak termasuk orang-orang yang musyrik. (Ayat: 95). Jika mereka bersedia mengikuti agama Nabi Ibrahim, tiada sebab mereka tidak dapat mengikuti agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad.Kerana ajaran mereka berdua sama saja. Sama-sama menegakkan tauhid.
(g) Maqam Ibrahim ialah sebuah batu tempat Nabi Ibrahim berdiri ketika membina Ka'bah. Batu itu merupakan mu'jizat yang pernah diberikan kepada Baginda. (Ayat: 97).la berada di Mekah. Sekarang terletak dekat Ka'bah.

Dua Bahagian Besar Surah Aali'Imraan Dan Struktur Makronya
Surah Aali 'Imraan terdiri daripada 200 ayat dan ia dapat dibahagikan kepada dua bahagian besar.
Paragrafnya ada tujuh. Bahagian pertamanya terkandung dalam empat paragraf dan bahagian keduanya
pula terkandung dalam tiga paragraf. Bahagian pertama mengandungi 101 ayat. Ia berkaitan dengan
Ahli Kitab, khususnya golongan Kristian. Bahagian keduanya pula bermula dari ayat 102 hingga ayat
200. Di dalamnya terdapat arahan dan kritikan yang konstruktif supaya umat Islam beroleh kemenangan
dan pertolongan dari Allah apabila mereka menghadapi Ahli Kitab dan golongan kafir yang lain.


Struktur Makro Surah Aali'Imraan

(1) Ayat 1 hingga 9 membentuk paragraf pertama yang merupakan pendahuluan bagi Surah Aali 'lmraan.

Al-Qur'an adalah al-Furqaan yang tersebut di permulaan Surah ini. Ia dinamakan al-Furqaan kerana mendedahkan mana yang betul dan mana yang salah (telah dipesong dan diselewengkan) di dalam Kitab Taurat dan Injil. Di dalamnya terkandung seruan tauhid dan Islam kepada Ahli Kitab, khususnya orang-orang Kristian. Di dalamnya al-Qur'an diperkenalkan. Al-Qur'an sama seperti kitab Taurat dan Injil
merupakan wahyu dari Allah. Ia membezakan di antara yang benar dan yang salah. Allah s.w.t. boleh membentuk rupa manusia dalam rahim ibu sebagaimana yang dikehendakiNya, meskipun tanpa bapa.Orang-orang Kristian telah menjadi sesat kerana terperangkap dalam ayat-ayat mutasyabihaat (ayat-ayat yang samar-samar dan tidak jelas ma'nanya). Umat Islam dianjurkan agar memilih sikap orang-orang yang berakal dan celik mata hatinya dalam menghadapi ayat-ayat mutasyabihaat dan muhkamaat.Kedua-dua jenis ayat itu haruslah diimani. Tetapi mereka hendaklah mengelak diri daripada menta'wil
ayat-ayat mutasyabihaat. Kerana orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan,
mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari ta'wilnya serta memutarkan maksudnya menurut hawa nafsu.
Supaya hati tidak terpesong dan cenderung kepada kesesatan, kita diajar berdoa begini:
Aali-Imran 3:8
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةًۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْوَهَّابُ 
8. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

(2) Ayat 10 hingga 32. Ia membentuk paragraf kedua surah ini. Di dalamnya terdapat seruan Islam kepada Ahli Kitab. terutamanya golongan Kristian.

Orang-orang yang berakal dan celik mata 
hatinya atau أولى الأبصار    dianjurkan supaya mengambil i'tibar daripada kebinasaan Firaun dan kebinasaan pembesar-pembesar kafr Quraisy Mekah dalam peperangan Badar. Ahli Kitab diseru kepada agama Islam. Dikatakan kepada mereka bahawa agama yang benar dan
diterima di sisi Allah hanyalah agama lslam. 
Aali-Imran 3:19إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَٰمُۗ  (Ayat: 19).Ahli Kitab dan orang-orang musyrikin diajak memeluk agama Islam dengan pertanyaan أأسلمتم (apakah kamu hendak memeluk Islam?).(Ayat: 20). Dikatakan kepada mereka, "Kalau kamu betul-betul cintakan Allah seperti da'waanmu, maka ikutlah aku, niscaya Allah akan membalas kasih dan cintamu."
(Ayat: 31).Mereka juga diseru supaya ta'at kepada Allah dan RasulNya yang terakhir. (Ayat:32).

(3) Ayat 33 hingga 63 membentuk paragraf ketiganya.Di dalamnya terdapat penolakan terhadap akidah tritunggal (Triniti) menerusi kisah benar Maryam dan Zakaria.

Nenek Nabi'Isa a.s. iaitu ibu Maryam a.s. pernah bernazar bahawa beliau akan mewaqafkan anak dalam
kandungannya untuk berkhidmat di Baitul Maqdis. Setelah Maryam dilahirkan, maka untuk penjagaannya dia diserahkan kepada Nabi Zakariya. Maryam beribadat di Baitul Maqdis dan beliau sering mendapat rezeki secara luar biasa. Zakaiya kehairanan melihat keajaiban yang berlaku kepada Maryam. Beliau tidak mempunyai anak dan pada ketika itu beliau sudah terlalu tua, menurut adat beliau tidak mungkin akan dapat anak lagi pada umur setua itu, namun timbul juga keinginan untuk mendapat anak di dalam dirinya setelah melihat keajaiban pada Maryam. Maka berdoalah Zakaiya kepada Allah agar Allah mengurniakan kepadanya seorang anak. Allah menerima doanya lalu mengumiakan kepada Zakariya seorang anak lelaki sebagai mu'jizat pada dirinya. Melalui peristiwa itu dibuktikan Nabi 'Isa bukan anak Allah. Ia bahkan dilahirkan tanpa bapa sebagai mu'jizat daripada Allah untuknya.
Sebagaimana kelahiran Nabi Yahya merupakan mu'jizat daripada Allah untuk Zakaiya dan anaknya Yahya, maka begitulah juga dengan Nabi 'Isa a.s.Setelah mengemukakan beberapa mu'jizat Nabi'Isa, Allah menukilkan kata-kata'Isa sendiri yang mengakui Allah sebagai Tuhannya. Beliau bahkan menyuruh orang ramai menyembah
Allah إن الله ربي وربكم فاعبدو هذا صراط مستقيم. Pengikut-pengikut setia Nabi 'Isa juga mengaku mereka Muslim. Pada ketika itu telah pun diramalkan bahawa pada suatu hari nanti orang-orang yang percaya kepada beliau akan lebih ramai jumlahnya daripada orang-orang yang tidak percaya kepadanya.

Untuk menolak akidah tritunggal juga kisah kejadian Adam dikemukakan. Adam diciptakan bukansahaja tanpa bapa tetapi juga tanpa ibu sebagai mu'jizat untuknya.

Cabaran Bermubahalah: Setelah mengemukakan semua dalil-dalil tersebut, jika orang-orang Kristian tidak mahu menerima seruan Islam, maka bolehlah mereka diajak bermubahalah. Kita bawa anak isteri kita dan mereka pula bawa anak isteri mereka bersama,kemudia masing-masing bersumpah jika ia berdusta, la'nat Allah akan menimpanya. Akhir sekali, diulangi seruan kepada tauhid.

(4) Ayat 64 hingga 101 merupakan paragraf keempat Surah Aali 'Imraan. Umat Islam didedahkan dengan keburukan-keburukan Ahli Kitab dan mereka diarah supaya berwaspada dengannya.

Ahli kitab diseru supaya berdialog (Ayat: 64).Nabi Ibrahim adalah seorang Muslim yang hanif. Orang-orang Yahudi dan Kristian hendaklah mengikut jejak langkah moyang mereka (Nabi Ibrahim).Diterangkan keburukan dan kebaikan Ahli Kitab. Mereka menganggap harta orang-orang bukan Yahudi harus diambil dengan cara yang tidak benar, di kalangan mereka ada juga orang-orang baik dan jujur. Didalamnya didedahkan penyelewengan yang dibuat oleh 'ulama-ulama' Yahudi terhadap kitab suci mereka. Mereka dengan lunak meyakinkan orang ramai bahawa itu ialah hukum Taurat, sedangkan hukum seperti itu tidak ada di dalam Taurat.

Di dalamnya juga ditolak sikap fanatik kekeluargaan orang-orang Yahudi, mereka hanya dapat percaya
kepada rasul-rasul daripada keluarga dan keturunan mereka. Sedangkan orang-orang Islam tidak bersikap begitu, mereka percaya kepada nabi-nabi daripada kedua-dua keluarga anak Ibrahim.Dinyatakan dengan terang kepada Ahli Kitab bahawa tidak diterima agama lain dari mereka selain Islam.

Aali-Imran 3:85
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ ٱلْإِسْلَٰمِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى ٱلْءَاخِرَةِ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ 

85. Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam. maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

AhIi Kitab diperintah supaya memilih agama tauhid yang tulen seperti moyang mereka Nabi Ibrahim.
Mereka juga diperintah supaya mengikuti agama Nabi Ibrahim.

Aali-Imran 3:95
قُلْ صَدَقَ ٱللَّهُۗ فَٱتَّبِعُوا۟ مِلَّةَ إِبْرَٰهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ 
95. Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid),dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik.

Ahli Kitab diseru kepada Islam dengan cara berdiskusi dan berdialog dengan mereka.

(5) Ayat 102-120: Merupakan paraqraf kelima Surah Aali 'Imraan. Di dalamnya orang-orang lslam diperintah supaya bertaqwa dan diberikan panduan bermasyarakat.

Orang-orang Islam hendaklah benar-benar bertaqwa dan bersatu padu, sesuai dengan firman Allah.
Aali-Imran 3:103
وَٱعْتَصِمُوا۟ بِحَبْلِ ٱللَّهِ جَمِيعًا
Mereka diarahkan supaya berpegang teguh dengan tali Allah dalam membina masyarakat. Di kalangan umat Islam perlu sentiasa ada satu golongan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada keburukan, berda'wah dan menyampaikan ajaran agama merupakan suatu
kewajiban kemasyarakatan.

Umat Islam adalah sebaik-baik umat (خير أمة), matlamatnya ialah menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). Umat Islam dibawa ke pentas dunia untuk menyampaikan mesej Islam kepada manusia sekaliannya ( أخرجت للنس).Simpati dinyatakan terhadap Ahli Kitab bahawa alangkah baiknya jika mereka juga beriman (menerima Islam).(Ayat 110).
Setelah itu dinyatakan contoh-contoh keburukan Ahli Kitab di samping dinyatakan juga kebaikan tersembunyi pada mereka.

Antara mereka ada yang membelanjakan harta dan kekayaan kerana dunia, bukan kerana Allah.
Diperingatkan kepada mereka akibat buruknya: Umat Islam diberi peringatan agar tidak menjadikan orang-orang bukan Islam sebagai teman rapat atau orang yang mengetahui rahsia mereka.

Aali-Imran 3:118
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا۟ مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ ٱلْبَغْضَآءُ مِنْ أَفْوَٰهِهِمْ وَمَا تُخْفِى صُدُورُهُمْ أَكْبَرُۚ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلْءَايَٰتِۖ إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ

118. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil oranq-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka
lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

Ini adalah polisi luar negara Islam. Didedahkan juga bahawa orang-orang Islam sahaja yang suka dan kasih kepada Ahli Kitab sedangkan Ahli Kitab tidak begitu sikapnya terhadap kamu.

Aali-Imran 3:119
هَٰٓأَنتُمْ أُو۟لَآءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِٱلْكِتَٰبِ كُلِّهِۦ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوٓا۟ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوْا۟ عَضُّوا۟ عَلَيْكُمُ ٱلْأَنَامِلَ مِنَ ٱلْغَيْظِۚ قُلْ مُوتُوا۟ بِغَيْظِكُمْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ 
119. Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah vang suka (dan
percayakan mereka. sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Kitab
Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

Akhir sekali dinyatakan, dengan bersabar dan bertaqwa, umat Islam dapat menghindarkan diri daripada
keburukan dan kejahatan Ahli Kitab.

Aali-Imran 3:120
إِن تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ وَإِن تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَفْرَحُوا۟ بِهَاۖ وَإِن تَصْبِرُوا۟ وَتَتَّقُوا۟ لَا يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْـًٔاۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ 

120. Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan
hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan
bertaqwa. (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah
meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.
terhadap sebab kekalahan orang-orang Islam dalam peperangan Uhud. 


(6)Ayat 121-189 merupakan paragraf ke enam Surah Aali Imran,didalamnya  dikemukalan ulasan terhadap sebab kekalahan orang2 Islam dalam perang Uhud.Selain itu dinyatakan juga peranan orang-orang munafiq dalam peristiwa itu.

Di dalam paragraf ini disebutkan kelemahan dua golongan. Akhlak orang-orang Islam diperbaiki dengan menganjurkan mereka supaya bersabar dan bertaqwa, menghindarkan diri dari amalan riba,membelanjakan sebanyak mungkin dengan ikhlas, ta'at kepada Allah dan RasulNya, membelanjakan harta dan berjihad demi mencapai keampunan Allah dan syurga.Dalam melakukan usaha-usaha itu,umat Islam hendaklah 
berlumba-lumba سَارِ عُوْا إِلَى مَغْفِرَةِ. Orang-orang yang beriman tetap berbelanja dijalan Allah dalam kesempitan dan juga dalam kesenangan, mereka mengawal sifat marah, memaafkan,mengasihi dan menyayangi masyarakat, jika berlaku perkara keji atau mereka tersasul melakukan dosa
mereka terus memohon keampunan kepada Allah, tidak terus menerus melakukan dosa, jika mereka bersikap demikian mereka akan diampunkan Allah dan akan dikurniakan syurga.
Dikatakan, jika orang-orang Islam benar-benar beriman maka mereka akan mengatasi orang-orang lain

Aali-Imran 3:139
وَلَا تَهِنُوا۟ وَلَا تَحْزَنُوا۟ وَأَنتُمُ ٱلْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ 

139. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yanq tertinggi (mengatasi musuh denean mencapai kemenanqan)jika kamu oranq-orang yanq (sungguh-sungguh) beriman.

Dinyatakan hikmat kekalahan dalam peperangan Uhud iaitu untuk Allah memilih dan menapis orang-orang mu'min yang sebenar (Ayat; 140).Umat Islam diarahkan supaya bersabar dan teguh pendirian dimedan perang, di samping itu mereka hendaklah menjalin hubungan yang teguh dengan Allah (Ayat:141-147).

Para sahabat diingatkan bahawa andai kata Rasulullah s.a.w. mati atau terbunuh syahid supaya tidak
meninggalkan agama Islam. Orang-orang Islam diperingatkan bahawa mereka akan mendapat kerugian
dengan ta'at kepada orang-orang kafir (Ayat: 149).

Orang-orang Islam dihiburkan dan ditenangkan jiwa mereka dengan disebutkan Allah sebagai مولى(pelindung) mereka dan Allah akan menimbulkan rasa gerun dan takut di dalam hati orang-orang kafir terhadap mereka.

Antara sebab kekalahan orang-orang Islam dalam peperangan Uhud ialah:
(1) Kelemahan sesetengah pihak.
(2) Perselisiahan dan perbezaan pendapat .
(3) Inginkan harta ghanimah .
(4) Tidak menurut pesanan Rasulullah dan
(5) Mahukan dunia.(Ayat 152).

Di dalam paragraf ini juga disebutkan tentang peranan orang-orang munafiq dalam peperangan Uhud dan keinginan terhadap kekuasaan di dalam diri mereka. Orang-orang munafiq menganggap kalangan mereka lebih baik dalam kepimpinan. Rasulullah s.a.w. dianjurkan supaya bersikap lembut, sentiasa bermesyuarat dan bertawakkal kepada Allah. Dinyatakan tertibnya bahawa mula-mula sekali hendaklah bermesyuarat. Setelah membuat keputusan, hendaklah bertawakkal kepada Allah, dengan berbuat begitu kasih sayang Allah akan diperolehi mereka. (Ayat: 159). Umat Islam diberi berita gembira bahawa mereka akan menang dan mengatasi pihak musuh apabila mereka berusaha membela agama Allah(Ayat:160).

Kedudukan sebenar Rasulullah s.a.w. didedahkan kepada orang-orang munafiq bahawa Baginda adalah guru, rasul dan juga مزكي (pembimbing jiwa dan kerohanian). Dengan mengutuskan Rasulullah, Allah telah memberikan satu ni'mat yang sangat besar kepada orang-orang mu'min. Setelah itu dinyatakan beberapa sifat orang-orang munafiq dan diperkuatkan semangat orang-orang Islam. Orang-orang Islam diingatkan supaya tidak gerun dan gentar dengan segala usaha dan perancangan jahat orang-orang kafir.Mereka diarahkan supaya tidak bakhil dan bermurah hati. Dalam menghadapi Ahli Kitab pula, mereka
hendaklah bersikap sabar dan bertaqwa terhadap keburukan dan gangguan-gangguan Ahli Kitab. Ahli Kitab adalah golongan yang tidak boleh dipegang janji mereka dan mereka termasuk dalam golongan yang derhaka, kerana itu mereka berhak dihukum.


(7)Ayat 190-200:Bahagian  ini merupakan paragraf yang ke tujuh dan yang terakhir bagi Surah Aali Imran,didalamnya terkandung intisari surah sepenuhnya.

(a) Orang-orang yang ber'aqal hendaklah sentiasa merenungi rahsia kejadian alam ciptaan Tuhan.
Mereka dianjurkan supaya mengeratkan lagi hubungan dengan Allah.
(b) Menyahut seruan orang yang menyeru bagi pihak Rasulullah s.a.w.
(c) Orang-orang yang berhijrah, membelanjakan harta benda dijalan Allah, berjihad dan teguh pendirian
dalam menghadapi ujian Allah akan dikumiakan syurga sebagai balasan.
(d) Orang-orang Islam jangan sekali-kali terpedaya dengan pelbagai propaganda orang-orang kafir diserata negeri, mereka seharusnya ingat bahawa kuasa Allah mengatasi segala kuasa yang lain.

Aali-Imran 3:196
لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فِى ٱلْبِلَٰدِ 
196. Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang
kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).

(e) Dinyatakan sifat-sifat Ahli Kitab yang memeluk agama Islam (Ayat: 199).

(f)Di dalam ayat terakhir sebagai khulasah, diberikan empat panduan untuk umat Islam mencapai
kemenangan dalam menghadapi orang-orang kafir:
(1) Sabar 
(2) Saling menyabarkan satu sama lain 
(3)Sentiasa bersiap sedia menghadapi musuh 
(4) Bertaqwa, iaitu dengan takut kepada Allah dan menjaga
batas-batas dan ketentuan Allah.

Ayat terakhir Surah Aali 'Imraan ini, iaitu Firman Allah:
Aali-Imran 3:200
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱصْبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 

200. Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Ayat ke-200 ini sebenarnya merupakan jawapan kepada doa yang terdapat di akhir Surah al-Baqarah.
Empat perkara yang tersebut di akhir surah inilah yang menjamin kemenangan orang-orang Islam dalam
menghadapi orang-orang kafir.

Mesej Utama Surah
Dengan mengamalkan empat langkah yang tersebut di akhir surah ini, orang-orang Islam dapat mengalahkan orang-orang kafir, khususnya Ahli Kitab dan doa yang dipinta mereka di akhir Surah al-Baqarah akan menjadi kenyataan.

1. Ahli Kitab hendaklah diseru supaya memeluk agama Islam. Perlu diadakan dialog, diskusi,perdebatan bahkan jika perlu, sampai ke peringkat bermubahalah dengan mereka.
2. Kebaikan yang terdapat pada Ahli Kitab perlu diketahui dan ia perlu digunakan untuk kepentingan Islam.
3. Keburukan yang ada pada Ahli Kitab juga perlu diketahui, ia perlu dijauhi dan sedapat mungkin mengelak diri daripadanya.
4. Umat Islam perlu disatupadukan, asas pergerakan mereka hendaklah ditegakkan di atas ketaqwaan.
Dengan mempastikan sebab-sebab kekalahan orang-orang Islam dalam peperangan Uhud, umat Islam hendaklah memeriksa kelemahan-kelemahan dalaman mereka khususnya sifat nifaq.



Empat Tema Utama Surah Aali'Imraan.

1. Berdialoq. berdiskusi. berdebat bahkan bermubahalah dengan Ahli Kitab.

Perkara pertama yang tersebut di dalam Surah Aali 'Imraan ialah Ahli Kitab perlu diajak dan diseru kepada agama Islam. Perlu diadakan dialog, diskusi, debat dan jika perlu, mubahalah dengan mereka.
1.Agama yang benar di sisi Allah hanyalah 
Islam   إِنَّ الِّيْنَ  عِنْدَ الله الاِسْلَامُ Punca Ahli Kitab terpesong dan menjadi beberapa golongan (Yahudi dan Kristian) tidak lain melainkan kerana setelah mereka mendapat pengetahuan sebenar tentang kebenaran, mereka saling berebut kuasa untuk menguasai orang lain.
Aali-Imran 3:19
إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَٰمُۗ وَمَا ٱخْتَلَفَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلْعِلْمُ بَغْيًۢا بَيْنَهُمْۗ وَمَن يَكْفُرْ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلْحِسَابِ 
19. Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang(Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang
kebenarannya;(perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad denski yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

2.Jika mereka masih membantahmu wahai Muhammad, maka katakanlah kepada mereka: "Aku dan pengikut-pengikut  ku tunduk dan menyerah diri kepada Allah" kemudian tanyalah kepada Ahli Kitab dan bukan Ahli Kitab (ummiyyin): "Adakah kamu hendak memeluk agama Islam?"jika mereka memeluk agama Islam bererti mereka telah mendapat petunjuk dan jika mereka berpaling, tanggungjawabmu hanyalah menyampaikan mesej dari Allah sahaja (Ayat 20).

3.Ahli Kitab selain diseru supaya kasih kepada Allah, mereka juga diseru supaya ta'at dan mengikut seruan Muhammad, Rasul Allah yang terakhir (Ayat: 31-32).
Nabi 'Isa sendiri menyeru kepada ajaran tauhid. Allah adalah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu Dia sahaja patut kamu sembah, itulah jalan yang betul (Ayat: 51).

5.Kejadian Nabi 'Isa seperti kejadian Adam.
Aali-Imran 3:59
إِنَّ مَثَلَ عِيسَىٰ عِندَ ٱللَّهِ كَمَثَلِ ءَادَمَۖ خَلَقَهُۥ مِن تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُۥ كُن فَيَكُونُ
59. Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi 'Isa di sisi Allah adalah sama seperti (.kejadian)Nabi Adam.Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilahengkau!" maka menjadilah ia.

6.Ayat Mubahalah, setelah mereka mengetahui kebenaran seruanmu, jika masih ada di kalangan mereka berkeras membantahmu, maka katakanlah kepada mereka wahai Nabi: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta
perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya la'nat Allah ditimpakan kepada orang-oran g yafig berdusta".
(Ayat 61).

7.Berdialog dan berdiskusi dengan Ahli Kitab. Firman Allah:
Aali-Imran 3:64
قُلْ يَٰٓأَهْلَ ٱلْكِتَٰبِ تَعَالَوْا۟ إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَآءٍۭ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا ٱللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِۦ شَيْـًٔا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ ٱللَّهِۚ فَإِن تَوَلَّوْا۟ فَقُولُوا۟ ٱشْهَدُوا۟ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ 

64. Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami densan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita
mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".

8. Berdebat dengan Ahli Kitab, katalah kepada Ahli Kitab: "Jangan kamu menyelewengkan perjuangan dan aqidah Nabi Ibrahim yang telah berlalu 2100 tahun sebelum Masihi, Taurat diturunkan kepada Musa 1300 tahun sebelum Masihi dan Injil diturunkan kepada Nabi 'Isa. Nabi
Ibrahim adalah seorang Muslim, dia bukan seorang Yahudi dan Nasrani, di zartan Nabi Ibrahim belum lagi wujud agamarekaan mereka iaitu Yahudi dan Nasrani"(Ayat: 65).

9. Wahai Ahli Kitab, kenapa kamu ingkari ayat-ayat Allah sedangkan kamu sendiri menyaksikannya (Ayat 70).

10. Ahli Kitab ditempelak dan secara tidak langsung diseru supaya menerima ajaran Islam.

Aali-Imran 3:83
أَفَغَيْرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُۥٓ أَسْلَمَ مَن فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ 

83. Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk ta'at sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi,sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.

11. Orang-orang Islam tidak fanatik seperti Ahli Kitab, mereka percaya dan beriman kepada nabi-nabi daripada kedua-dua aliran keturunan Nabi Ibrahim (Ayat 84).

12. Seseorang yang memilih agama selain Islam, sama sekali ia tidak akan diterima daripadanya dan di akhirat nanti ia menjadi orang-orang yang rugi.
Aali-Imran 3:85
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ ٱلْإِسْلَٰمِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى ٱلْءَاخِرَةِ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ 

85. Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya,dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

13. Bagaimana Allah akan memberikan hidayat kepada orang-orang yang setelah mendapat ni'mat,memilih kekufuran. Sedangkan mereka telahpun bersaksi bahawa Rasul terakhir adalah benar.Mereka juga mendapat tanda-tanda yang terang tentangnya. Allah tidak akan memberi hidayat kepada orang-orang yang zalim (Ayat 86).

14. Ahli Kitab diseru supaya memeluk agama Islam sebelum kematian mereka. Di hari kiamat nanti
tidak akan diterima tebusan daripada mereka (Ayat: 91).

15. Ahli Kitab diseru supaya mengikut jejak langkah moyang mereka Nabi Ibrahim a.s.
Aali-Imran 3:95
قُلْ صَدَقَ ٱللَّهُۗ فَٱتَّبِعُوا۟ مِلَّةَ إِبْرَٰهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ 
95. Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik.

16. Ahli Kitab diingatkan bahawa segala usaha dan aktiviti negatif mereka diketahui mereka (Ayat:98).



2.Kebaikan-kebaikan Ahli Kitab juga perlu diketahui dan ia perlu digunakan untuk menegakkan Islam.
Perkara kedua yang merupakan tema utama Surah Aali 'Imraan ialah kebaikan Ahli Kitab, apa kebaikan mereka perlu diketahui dan ia perlu dipakai untuk menegakkan agama Islam.

1. dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya),tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (Ayat: 110).

2.Tetapi Ahli Kitab itu tidak sama semuanya, ada di antara mereka yang tegak di atas kebenaran,di waktu malam mereka membaca ayat-ayat Allah dan bersujud kepadaNya (Ayaf 113).

3.Ada di antara Ahli Kitab itu orang yang percaya kepada Allah dan hari kemudian,mereka menyeru orang melakukan kebaikan, menegah mereka daripada melakukan keburukan, mereka aktif melakukan kerja-kerja kebajikan, inilah orang-orang soleh di kalangan mereka (Ayat: 114).

4.Ada di antara Ahli Kitab orang yang percaya kepada Allah, percaya juga kepada kitab yang diturunkan kepadamu, dan kitab yang diturunkan sebelumnya untuk mereka, mereka tunduk di hadapan Allah dan tidak menjual agama Allah dengan harga yang murah. Untuk mereka Allah
menyediakan ganjaran yang istimewa dan Allah Maha Cepat Menghitung (Ayat 199).

3. Setelah mengetahui keburukan dan kejahatan Ahli Kitab. umat Islam diingatkan supaya berwaspada dengannya dan sedapat mungkin mengelak diri daripadanya.


Perkara ketiga yang merupakan tema utama Surah Aali 'Imraan ialah peringatan Allah supaya umat Islam berwaspada dengan keburukan dan kejahatan Ahli Kitab dan sedaya upaya mengelak diri daripadanya.

1. Ahli Kitab telah bertindak zalim terhadap orang ramai dengan mereka berselisih pendapat tentang al-Bayyinat (keterangan yang datang dari Tuhan) (Ayat 19).

2. Ahli Kitab bukan sahaja telah membunuh nabi-nabi
(Ayat 21,112). Mereka juga telah membunuh orang-orang yang menegakkan keadilan dan agama tauhid (Ayat 21).

3. Ahli Kitab tidak mendaulatkan undang-undang Allah.
Aali-Imran 3:23
أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ نَصِيبًا مِّنَ ٱلْكِتَٰبِ يُدْعَوْنَ إِلَىٰ كِتَٰبِ ٱللَّهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ يَتَوَلَّىٰ فَرِيقٌ مِّنْهُمْ وَهُم مُّعْرِضُونَ 
23. Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) sikap orang-orang (Yahudi) yang telah diberikan sebahagian daripada Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang timbul) di antara mereka. Ahli-ahli
satu puak dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (seruan dan hukum Kitab Allah itu).

4.Ahli Kitab perasan mereka akan masuk neraka hanya beberapa hari sahaja (Ayat 24).

5.Ahli Kitab (Bani Israil) bersikap fanatik terhadap Bani Ismail (golongan Ummiyyin). Mereka menganggap berlaku zalim dan kejam terhadap golongan Ummiyyin begitu juga merampas harta benda mereka tidak menjadi kesalahan.
Aali-Imran 3:75
وَمِنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ مَنْ إِن تَأْمَنْهُ بِقِنطَارٍ يُؤَدِّهِۦٓ إِلَيْكَ وَمِنْهُم مَّنْ إِن تَأْمَنْهُ بِدِينَارٍ لَّا يُؤَدِّهِۦٓ إِلَيْكَ إِلَّا مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَآئِمًاۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا۟ لَيْسَ عَلَيْنَا فِى ٱلْأُمِّيِّۦنَ سَبِيلٌ وَيَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ 

75.Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula diantara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan
mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu
ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan, mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang merekamengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).

6. Ahli Kitab telah menolak ayat-ayat Allah dengan penuh kesedaran (A,yat 70).

7.Ahli Kitab telah membatalkan perjanjian mereka dengan Allah dan mereka boleh membatalkan sumpah-sumpah mereka kerana habuan dunia yang sedikit (Ayat 77).

8. 'Ulama'-'ulama' dan pendita-pendita Ahli Kitab membaca kitab Taurat dengan cara yang tidak betul, orang ramai menganggap mereka membaca kitab Taurat dengan betul sedangkan tidak(Ayat: 78). Sebaliknya orang-orang Islam tidak bersikap fanatik terhadap nabi-nabi Bani Israil,
mereka berkata لا نُفَرِّقُ أَحَدٍ مِنْهُمْ (Ayat: 84). Orang-orang Islam juga percaya kepada semua kitab-kitab yang diturunkan Allah sama ada yang diturunkan kepada nabi-nabi dari kalangan Bani Israil atau Bani Ismail iaitu Nabi Muhammad. Sedangkan Ahli Kitab pula tidak begitu  وَتُؤْمِنُوْنَ بِاكِتَابِ كُلِّهِ (Ayat: 119).

9. Ada di antara Ahli Kitab yang menda'wa dan faqir(miskin) (Ayat 181).

10. Ada di antara Ahli Kitab mengatakan kami tidak akan menerima sesiapa pun sebagai Rasulmselagi dia tidak membawa binatang korban ke hadapan kami dan binatang korban itu di makan oleh api yang datang dari alam ghaib (Ayat 183).

11. Ahli Kitab telah meletakkan janji mereka dengan Allah di belakang, mereka telah berjanji untukmenyebarkan ajaran Taurat yang benar kepada umum dan sama sekali tidak akan menyembunyikannya (Ayat 1 87).

12. Orang-orang Islam jangan terpedaya, jangan takut dan gentar kepada aktiviti-aktiviti ketenteraan orang-orang kafir untuk menentang Islam (Ayat 196).

13. Infaq Ahli Kitab kerana dunia disia-siakan Allah pahalanya (Ayat 117).



Hubungan antara Ahli Kitab dan orang-orang Islam.

1.Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu meninggalkan orang-orang mu'min, sebaliknya mengambil orang kafir sebagai kawan.
Aali-Imran 3:28
لَّا يَتَّخِذِ ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلْكَٰفِرِينَ أَوْلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلْمُؤْمِنِينَۖ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ ٱللَّهِ فِى شَىْءٍ إِلَّآ أَن تَتَّقُوا۟ مِنْهُمْ تُقَىٰةًۗ وَيُحَذِّرُكُمُ ٱللَّهُ نَفْسَهُۥۗ وَإِلَى ٱللَّهِ ٱلْمَصِيرُ 

28. Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meningqalkan oranq-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir
itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.
Umat Islam perlulah mengambil langkah-langkah untuk menyelamatkan diri daripada keburukan dan kejahatan Ahli Kitab.

2.Ahli Kitab mahu dengan apa cara pun agar orang-orang Islam itu menjadi sesat.
Aali-Imran 3:69
وَدَّت طَّآئِفَةٌ مِّنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ لَوْ يُضِلُّونَكُمْ وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّآ أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ 

69. Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu; padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu).

3.Ada di antara Ahli Kitab satu golongan yang berkata, kamu berimanlah kepada apa yang diturunkan kepada Nabi ini pada waktu pagi. Pada waktu petang pula kamu tolak dan kufur terhadapnya supaya dengan cara itu,
pengikut-pengikut Muhammad meninggalkan agamanya.
Aali-Imran 3:72
وَقَالَت طَّآئِفَةٌ مِّنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ ءَامِنُوا۟ بِٱلَّذِىٓ أُنزِلَ عَلَى ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَجْهَ ٱلنَّهَارِ وَٱكْفُرُوٓا۟ ءَاخِرَهُۥ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ 
72.Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab (sesama sendiri): "Berimanlah kamu kepada Alquran yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman itu: pada sebelah pagi. dan kufurlah(ingkarlah) pada petang,supaya mereka (merasa ragu-ragu. lalu) kembali menjadi kafir semula".

4. Wahai Ahli Kitab, kenapa kamu hendak membengkokkan ajaran tauhid yang betul dan kenapa kamu hendak memesongkan orang-orang Islam daripada ajaran Islam.
Aali-Imran 3:99
قُلْ يَٰٓأَهْلَ ٱلْكِتَٰبِ لِمَ تَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ مَنْ ءَامَنَ تَبْغُونَهَا عِوَجًا وَأَنتُمْ شُهَدَآءُۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ 
99. Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu menghalansi orang-orang yang beriman daripada menurut ialan jalan (ugama Islam). kamu hendak meniadikan jalan Allah itu bengkok terpesong, padahal kamu menyaksikan (kebenarannya)? "Dan (ingatla, Allah tidak sekali-kalilalai akan apa yang kamu lakukan.

5. Wahai orang-orang Islam, kalau kamu mengikut Ahli Kitab, nescaya mereka akan menjadikan kamu kafir kembali.
Aali-Imran 3:100
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن تُطِيعُوا۟ فَرِيقًا مِّنَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ يَرُدُّوكُم بَعْدَ إِيمَٰنِكُمْ كَٰفِرِينَ 

100. Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu ta'at akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu. nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.


6. Orang-orang Islam akan sentiasa diganggu gugat oleh Ahli Kitab.
Aali-Imran 3:111
لَن يَضُرُّوكُمْ إِلَّآ أَذًىۖ وَإِن يُقَٰتِلُوكُمْ يُوَلُّوكُمُ ٱلْأَدْبَارَ ثُمَّ لَا يُنصَرُونَ 

111. Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu. kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejekan dan tuduhan yane tidak berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya); sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan.

7. Ahli Kitab sentiasa mencari peluang untuk merosakkan umat Islam, merugikan mereka.Kebencian mereka terhadap orang-orang Islam kadang-kadang terkeluar daripada mulut mereka.Oleh itu janganlah kamu menjadikan mereka sebagai teman setia.

Aali-Imran 3:118
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا۟ مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ ٱلْبَغْضَآءُ مِنْ أَفْوَٰهِهِمْ وَمَا تُخْفِى صُدُورُهُمْ أَكْبَرُۚ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلْءَايَٰتِۖ إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ 
118. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mensambil orans-orang yang bukandari kalanqan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu.
Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

8. Ahli Kitab tidak sayang kepada orang-orang Islam, orang-orang Islam pula sebaliknya sayang kepada mereka.
Aali-Imran 3:119
هَٰٓأَنتُمْ أُو۟لَآءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِٱلْكِتَٰبِ كُلِّهِۦ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوٓا۟ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوْا۟ عَضُّوا۟ عَلَيْكُمُ ٱلْأَنَامِلَ مِنَ ٱلْغَيْظِۚ قُلْ مُوتُوا۟ بِغَيْظِكُمْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ 
119. Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi .apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

9. Ahli Kitab bergembira dengan kerugian yang dialami orang-orang Islam, mereka sedih apabila dapat tahu tentang kejayaan orang-orang Islam.
Aali-Imran 3:120
إِن تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ وَإِن تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَفْرَحُوا۟ بِهَاۖ وَإِن تَصْبِرُوا۟ وَتَتَّقُوا۟ لَا يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْـًٔاۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ 
120. Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian)menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, merekabergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu
sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.

10. Wahai orang-orang Islam, orang-orang Yahudi dan Kristian tidak akan puas hati dengan kamuselagi kamu tidak ikut cara mereka. (Surah al-Baqarah: 120).

11. Orang-orang kafr mahu orang-orang Islam mengikut mereka dan berpaling tadah supaya mereka juga menjadi orang-orang yang malang.
Aali-Imran 3:149
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن تُطِيعُوا۟ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ يَرُدُّوكُمْ عَلَىٰٓ أَعْقَٰبِكُمْ فَتَنقَلِبُوا۟ خَٰسِرِينَ 
149. Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu ta'atkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran" lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi.

12. Orang-orang Islam mahu tidak mahu akan dapat mendengar perkara-perkara yarrg menyakitkan hati daripada Ahli Kitab dan orang-orang Musyrikin.
Aali-Imran 3:186
لَتُبْلَوُنَّ فِىٓ أَمْوَٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ مِن قَبْلِكُمْ وَمِنَ ٱلَّذِينَ أَشْرَكُوٓا۟ أَذًى كَثِيرًاۚ وَإِن تَصْبِرُوا۟ وَتَتَّقُوا۟ فَإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ ٱلْأُمُورِ 

186. Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orans-orang yang musyrik banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat(melakukannya).


4. Beberapa Arahan dan Panduan penting untuk penyusunan dan pembentukan.umat Islam.
Perkara ke empat merupakan tema terpenting Surah Aali 'Imraan ialah tentang perpaduan dan kesatuan
umat Islam sebagai satu masyarakat yang kukuh.

1. Perintah supaya orang-orang Islam benar-benar bertaqwa kepada Allah dan mati sebagai orang-orang Islam.
Aali-Imran 3:102
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ 
102. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

2.Orang-orang Islam diperintah supaya bersama-sama berpegang teguh dengan tali Allah.
Aali-Imran 3:103
وَٱعْتَصِمُوا۟ بِحَبْلِ ٱللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا۟ۚ وَٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَآءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِۦٓ إِخْوَٰنًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمْ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ 
103. Dan bepegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam). dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah ni'mat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-
padu dengan ni'mat Islam), maka menjadilah kamu dengan ni'mat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan ni'mat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

3. Mereka dilarang daripada berpecah belah وَلَا تَفَرَّقُوْا(Ayat 103).
Aali-Imran 3:105
وَلَا تَكُونُوا۟ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُوا۟ وَٱخْتَلَفُوا۟ مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلْبَيِّنَٰتُۚ وَأُو۟لَٰٓئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ 

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dalam usama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.

4. Larangan daripada menjadikan orang-orang kafir sebagai teman rapat yang menyimpan rahsia orang-orang Islam (Ayat 118).

5.Dalam keadaan Rasulullah s.a.w. meninggal dunia atau terbunuh sebagai syahid sekalipun, umat Islam diperintah supaya tetap teguh dengan agama. (Ayat 144).

6.Umat Islam diarahkan supaya mencari pahala dan ganjaran akhirat dan menjadi orang-orang yang bersyukur, bukan orang-orang yang mencari habuan dunia semata-mata. (ayat 145).

7.Berita gembira akan mendapat kasih sayang Allah kepada pejuang-pejuang yang sabar dan tetap pendiriannya seperti para nabi dan kekasih-kekasih Allah.

8.Perintah supaya sentiasa berdoa kepada Allah ketika berada di medan perang.
Aali-Imran 3:147
وَمَا كَانَ قَوْلَهُمْ إِلَّآ أَن قَالُوا۟ رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِىٓ أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَٰفِرِينَ 

147.Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami" dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.

9.Arahan supaya tidak berburuk sangka terhadap Rasulullah dan ketua yang dilantik Rasulullah berhubung harta ghanimah (harta rampasan perang) (Ayat 161).

Beberapa Hukum dan Perintah lain untuk orang Islam.
1. Perintah melaksanakan tanggungiawab menyeru manusia kepada kebaikan, menyuruh manusia
melakukan kebaikan dan perkara yang ma'ruf di samping melarang mereka daripada melakukan
kemungkaran (Ayat 104,110,114).

2.Arahan supaya mengelak diri daripada mengamalkan riba, sebaliknya memilih jalan infaq dan jihad di jalan Allah (Ayat 130 sehingga 133).

3.Umat Islam diseru supaya ta'at kepada Allah dan RasulNya di samping berinfaq dan berjihad dijalan Allah dengan segera supaya mendapat keampunan dan syurga Allah سَارِعُوْا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ (Ayat 132 sehingga 138).

4. Umat Islam akan mendapat kasih sayang Allah dengan bermesyuarat, berazam dan kemudian bertawakkal kepada Allah.
Aali-Imran 3:159
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمْۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ ٱلْقَلْبِ لَٱنفَضُّوا۟ مِنْ حَوْلِكَۖ فَٱعْفُ عَنْهُمْ وَٱسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِى ٱلْأَمْرِۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُتَوَكِّلِينَ 
159. Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bemesyuaratlah dengan mereka
dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam
(sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah.Sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

5.Perintah mengelakkan diri daripada sifat bakhil dan perintah berbelanja di jalan Allah (Ayat:180).

6.Di dalam surah ini beberapa kali Allah memerintahkan supaya bertaqwa وَاتَّقُوْا(Ayat 15,28, 50,76, 102, ll5, 120, 123, 125, 130, 131, 133, 138, 172, 179, 186, 198, 200).

7.Di dalam Surah Aali 'Imraan ini terdapat empat tempat di mana orang-orang Islam diperintahkan supaya bersabar dan bertaqwa.

a. Dengan bersabar dan bertaqwa, orang-orang Islam akan terhindar daripada kejahatan Ahli Kitab (Ayat 120).

b. Dengan bersabar dan bertaqwa, orang-orang Islam akan mendapat doa restu para malaikat(Ayat 125).

c. Sabar dan taqwa merupakan عزم الأمور (perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat tentangnya) dalam menghadapi gangguan dan kejahatan Ahli Kitab dan Musyrikin (Ayat 186).


d. Dengan bersabar dan bertaqwa, orang-orang Islam akan mendapat kejayaan (Ayat 200).

8.Berita gembira akan mendapat pahala yang besar kepada orang-orang yang menyahut seruan Allah dan rasulNya setelah mengalami kekalahan. (Ayat 172)

9.Jika orang-orang Islam membela agama Allah, tidak ada seorang pun yang dapat mengalahkannya.

Aali-Imran 3:160
إِن يَنصُرْكُمُ ٱللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا ٱلَّذِى يَنصُرُكُم مِّنۢ بَعْدِهِۦۗ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ ٱلْمُؤْمِنُونَ
160. Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-oran g yang beriman itu berserah diri.

10. Berita gembira akan mendapat kehidupan yang abadi dan rezeki daripada syurga kepada orang-orang Islam yang mati syahid (Ayat 169).

11.Perintah berhijrah dan berjihad: Berita gembira akan mendapat keampunan Allah dan syurga untuk orang-orang yar,g dikeluarkan dari rumah tangga dan kampung halaman mereka, orang-orang yang berhijrah, orang-orang yang menderita gangguan di jalan Allah dan orang-orang
yang terbunuh atau membunuh orang-orang kafir (ayat 195)

12. Orang-orang Islam diperintahkan supaya mengukuhkan iman mereka. Mereka janganlah bersedih dan lemah semangat. Kerana imanlah orang-orang Islam mendapat ketinggian dan mendapat kemenangan (Ayat 139).

13. Berita gembira untuk orang-orang Islam bahawa Allah akan mencampakkan rasa gerun di dalam hati orang kafir terhadap mereka (Ayat: 151).Orang-orang yang beriman juga akan mendapat limpah kurnia Allah (Ayat:152).

14. Berita gembira juga untuk orang-orang Islam bahawa Ahli Kitab akan cabut lari dalam peperangan menghadapi mereka (Ayat 111).

15. Perintah supaya jangan takut kepada syaitan dan pengikut-pengikutnya, danjangan bersedih hati kerana aktiviti-aktiviti jahat orang-orang kafir (Ayat 175 sehingga 176).

16. Empat panduan terakhir untuk orang-orang Islam: Untuk mendapat kejayaan, mereka hendaklah sabar, saling menyabarkan, مُرابطة (bersiap sedia menghadapi musuh), (bertaqwa kepada Allah). (Ayat:200)


Sebab-Sebab Dan Faktor-Faktor Yang Membawa Kepada Kekalahan Sementara Orang-Orang Islam Pada Peperangan Uhud.
1. Kerana kelemahan تَفْشَلَا(Ayat 122) فَشِلْتُمْ (Ayat152).
2. Berselisih pendapat dan bertelagah تَنَازَ عْتُمْ(Ayat 152).
3. Mahukan harta ghanimah dengan melanggar perintah Rasulullah عَصَيْتُمْ(ayat 152).
4. Ada di antara kamu mahukan dunia مِنْكُمْ مِنْ يُرِيْدُ الدُّنْيَا 
(Ayat 152).
5. Beberapa kelemahan dalaman orang-orang Islam sendiri هُوَ مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِكُمْ (Ayat 165).

Peranan Orang-Orang Munafiq Dalam Perang Uhud
1. Orang-orang munafiq itu gila kuasa.
Aali-Imran 3:154

ثُمَّ أَنزَلَ عَلَيْكُم مِّنۢ بَعْدِ ٱلْغَمِّ أَمَنَةً نُّعَاسًا يَغْشَىٰ طَآئِفَةً مِّنكُمْۖ وَطَآئِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِٱللَّهِ غَيْرَ ٱلْحَقِّ ظَنَّ ٱلْجَٰهِلِيَّةِۖ يَقُولُونَ هَل لَّنَا مِنَ ٱلْأَمْرِ مِن شَىْءٍۗ قُلْ إِنَّ ٱلْأَمْرَ كُلَّهُۥ لِلَّهِۗ يُخْفُونَ فِىٓ أَنفُسِهِم مَّا لَا يُبْدُونَ لَكَۖ يَقُولُونَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ ٱلْأَمْرِ شَىْءٌ مَّا قُتِلْنَا هَٰهُنَاۗ قُل لَّوْ كُنتُمْ فِى بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ ٱلَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ ٱلْقَتْلُ إِلَىٰ مَضَاجِعِهِمْۖ وَلِيَبْتَلِىَ ٱللَّهُ مَا فِى صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحِّصَ مَا فِى قُلُوبِكُمْۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ 
154. Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. Mereka berkata: "Adakah bahagian kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang diianjikan itu?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya)". Mereka sembunyikan dalam hati
mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): "Kalaulah
ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang drjanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?" katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing". Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

2.Orang-orang munafiq menghasut dengan berkata: "Jika kami berkuasa tentu ahli keluarga dan sanak saudara kamu tidak mati dalam peperangan Uhud" (Ayat 154).

3.Pada pandangan orang-orang munafiq, diri sendiri lebih penting daripada Islam (Ayat 154).

4.Allah mahu menguji orang-orang munafiq, mereka selalu mengucapkan apa yang tidak ada didalam hati mereka.
Aali-Imran 3:167
وَلِيَعْلَمَ ٱلَّذِينَ نَافَقُوا۟ۚ وَقِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا۟ قَٰتِلُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَوِ ٱدْفَعُوا۟ۖ قَالُوا۟ لَوْ نَعْلَمُ قِتَالًا لَّٱتَّبَعْنَٰكُمْۗ هُمْ لِلْكُفْرِ يَوْمَئِذٍ أَقْرَبُ مِنْهُمْ لِلْإِيمَٰنِۚ يَقُولُونَ بِأَفْوَٰهِهِم مَّا لَيْسَ فِى قُلُوبِهِمْۗ وَٱللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يَكْتُمُونَ 

167.Dan juga dengan tujuan Ia hendak melahirkan dengan nyata akan dikatakan kepada mereka:Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga dan harta benda kamu)". Mereka menjawab: "Kalaulah kami faham ada peperangan (dengansebenar-benarnya), tentulah kami mengikut kamu (turut berperang)". Mereka ketika (mengeluarkan perkataan) itu lebih dekat kepada.kufur dari dekatnya kepada iman. Mereka selalu menyebut dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan apa yangmereka sembunyikan.

5. Ketua-ketua orang-orang munafiq berkata: ooKalau
 diikuti cakap kami, tentulah mereka ini tidak terbunuh".
Aali-Imran 3:168

ٱلَّذِينَ قَالُوا۟ لِإِخْوَٰنِهِمْ وَقَعَدُوا۟ لَوْ أَطَاعُونَا مَا قُتِلُوا۟ۗ قُلْ فَٱدْرَءُوا۟ عَنْ أَنفُسِكُمُ ٱلْمَوْتَ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ 
168. Merekalah juga yang mengatakan tentang hal saudara-saudaranya (yang telah terbunuh di medan perang Uhud), sedang mereka sendiri tidak turut berperang: "Kalaulah mereka ta'atkan kami (turut menarik diril tentulah mereka tidak terbunuh". Katakanlah (wahai Muhammad):
"Jika demikian, hindarkanlah maut dari diri kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar".

6. Untuk orang-orang munafiq disediakan azab yang dahsyat, mereka gembira dengan sikap-sikap
buruk mereka. Orang-orang munafiq juga mahu kerja-kerja mereka dipuji padahal tidak ada apa pun yang mereka lakukan.
Aali-Imran 3:188
لَا تَحْسَبَنَّ ٱلَّذِينَ يَفْرَحُونَ بِمَآ أَتَوا۟ وَّيُحِبُّونَ أَن يُحْمَدُوا۟ بِمَا لَمْ يَفْعَلُوا۟ فَلَا تَحْسَبَنَّهُم بِمَفَازَةٍ مِّنَ ٱلْعَذَابِۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ 

188. Jangan sekali-kali engkau menyangka.(wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari
seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan