Isnin, Jun 08, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 2(035)

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 2(035)

perkara yang sama disebutkan dengan agak panjang dan terperinci menerusi firmanNya:


Ayat 26
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

26. Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau
kehendaki dan Engkauiah yang rnenghina scsiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(10) Di dalam Surah al-Baqarah Allah menceritakan bagaimana lafaz doa Nabi Ibrahim a.s. untuk Nabi kita Muhammad s.a.w. Firman Allah:

رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

129. Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka,yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada
mereka al-Kitab (al-Qur'an) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka.Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana .

Di dalam Surah Aali 'Imraan ini pula lihat bagaimana doa Nabi Ibrahim itu menjadi kenyataan. Dan Allah menyebut kebangkitan Rasulullah s.a.w. sebagai kurnia dan anugerahNya untuk orang-orang mu' min:

Ayat 164
لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ 
وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

164. Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah(kandungan Al-

35

Tiada ulasan:

Catat Ulasan