Rabu, Jun 10, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(050)

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(050)

Empat Tema Utama Surah Aali'Imraan.

1. Berdialoq. berdiskusi. berdebat bahkan bermubahalah dengan Ahli Kitab.

Perkara pertama yang tersebut di dalam Surah Aali 'Imraan ialah Ahli Kitab perlu diajak dan diseru kepada agama Islam. Perlu diadakan dialog, diskusi, debat dan jika perlu, mubahalah dengan mereka.
1.Agama yang benar di sisi Allah hanyalah 
Islam   إِنَّ الِّيْنَ  عِنْدَ الله الاِسْلَامُ Punca Ahli Kitab terpesong dan menjadi beberapa golongan (Yahudi dan Kristian) tidak lain melainkan kerana setelah mereka mendapat pengetahuan sebenar tentang kebenaran, mereka saling berebut kuasa untuk menguasai orang lain.
Aali-Imran 3:19

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَٰمُۗ وَمَا ٱخْتَلَفَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلْعِلْمُ بَغْيًۢا بَيْنَهُمْۗ وَمَن يَكْفُرْ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلْحِسَابِ 

19. Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang(Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang
kebenarannya;(perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad denski yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

2.Jika mereka masih membantahmu wahai Muhammad, maka katakanlah kepada mereka: "Aku dan pengikut-pengikutku tunduk dan menyerah diri kepada Allah" kemudian tanyalah kepada Ahli Kitab dan bukan Ahli Kitab (ummiyyin): "Adakah kamu hendak memeluk agama Islam?"jika mereka memeluk agama Islam bererti mereka telah mendapat petunjuk dan jika mereka berpaling, tanggungjawabmu hanyalah menyampaikan mesej dari Allah sahaja (Ayat 20).

3.Ahli Kitab selain diseru supaya kasih kepada Allah, mereka juga diseru supaya ta'at dan mengikut seruan Muhammad, Rasul Allah yang terakhir (Ayat: 31-32).
Nabi 'Isa sendiri menyeru kepada ajaran tauhid. Allah adalah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu
Dia sahaja patut kamu sembah, itulah jalan yang betul (Ayat: 51).

5.Kejadian Nabi 'Isa seperti kejadian Adam.
Aali-Imran 3:59

إِنَّ مَثَلَ عِيسَىٰ عِندَ ٱللَّهِ كَمَثَلِ ءَادَمَۖ خَلَقَهُۥ مِن تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُۥ كُن فَيَكُونُ 

50

Tiada ulasan:

Catat Ulasan