Rabu, Jun 10, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(052)

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(052)

Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk ta'at sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi,sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.

11. Orang-orang Islam tidak fanatik seperti Ahli Kitab, mereka percaya dan beriman kepada nabi-nabi daripada kedua-dua aliran keturunan Nabi Ibrahim (Ayat 84).

12. Seseorangyang memilih agama selain Islam, sama sekali ia tidak akan diterima daripadanya dan di akhirat nanti ia menjadi orang-orang yang rugi.
Aali-Imran 3:85
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ ٱلْإِسْلَٰمِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى ٱلْءَاخِرَةِ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ 

85. Dan sesiapa yane mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya,dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

13. Bagaimana Allah akan memberikan hidayat kepada orang-orang yang setelah mendapat ni'mat,memilih kekufuran. Sedangkan mereka telahpun bersaksi bahawa Rasul terakhir adalah benar.Mereka juga mendapat tanda-tanda yang terang tentangnya. Allah tidak akan memberi hidayat kepada orang-orang yang zalim (Ayat 86).

14. Ahli Kitab diseru supaya memeluk agama Islam sebelum kematian mereka. Di hari kiamat nanti
tidak akan diterima tebusan daripada mereka (Ayat: 91).

15. Ahli Kitab diseru supaya mengikut jejak langkah moyang mereka Nabi Ibrahim a.s.
Aali-Imran 3:95
قُلْ صَدَقَ ٱللَّهُۗ فَٱتَّبِعُوا۟ مِلَّةَ إِبْرَٰهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ 
95. Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik.

16. Ahli Kitab diingatkan bahawa segala usaha dan aktiviti negatif mereka diketahui mereka (Ayat:98).

2.Kebaikan-kebaikan Ahli Kitab juga perlu diketahui dan ia perlu digunakan untuk menegakkan Islam.
Perkara kedua yang merupakan tema utama Surah Aali 'Imraan ialah kebaikan Ahli Kitab, apa kebaikan mereka perlu diketahui dan ia perlu dipakai untuk menegakkan agama Islam.

1. dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya),tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (Ayat: 110).

52

Tiada ulasan:

Catat Ulasan