Daurah tafsir 2019 sesi 04(4)nota 4(066)
Zaman Turun Surah
Kebanyakan bahagian Surah an-Nisaa' diturunkan selepas peperangan Uhud, iaitu di penghujung tahunke-3 Hijrah atau pada tahun ke-4 Hijrah. Sesetengah ayat Surah an-Nisaa' pula turun di antara Ghazwah Uhud (Syawwaal 3 Hijrah) dan Ghazwah Bani al-Mushthaliq (Sya'baan 6 Hijrah). Setelah kesyahidan ramai pejuang-pejuang Islam dalam peperangan Uhud, timbullah pelbagai masalah kemasyarakatan berkaitan dengan janda-janda dan anak-anak yatim. Timbul juga persoalan-persoalan berkenaan perkahwinan, mas kahwin, pusaka dan lain-lain. Di satu pihak yang lain, orang-orang munafiq pula
kelihatan lebih bersemangat.Sebelum qabilah Yahudi Banu an-Nadhir dibuang negeri (pada bulan Rabi'ul Awwal 4 Hijrah), sikap permusuhan dan kebencian orang-orang Yahudi dan munafiq begitu ketara dan terserlah. Untuk
mengukuhkan negara Islam yang baru setahun jagung, segala pergerakan dan aktiviti mereka yang boleh
menggugat kedudukan negara Islam perlu sekali diberikan perhatian khusus. Di dalam surah ini dinyatakan tentang sistem kemasyarakatan,kerqaan dan sistem keadilan Islam. Hukum-hukum tentang shalat khauf (Lihat ayat 102) diturunkan dalam peristiwa Ghazwah Dzati ar-Riqa' (4 Hijrah). Hukum- hukum tayammum (Lihat ayat 43) diturunkan dalam peristiwa Ghazwah Bani al-Mushthaliq (Sya'baan 6Hijrah).
Ciri-Ciri Khusus Surah Ini
Seperti dua surah sebelum ini, di dalam Surah an-Nisaa' juga seruan kepada Ahli Kitab supaya memeluk agama Islam diberikan, cuma seruan Islam untuk Ahli Kitab lebih bertentuk tanggungjawab kemasyarakatan dan kenegaraan.
Kesinambungan Surah An-Nisaa' Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam bahagian kedua Surah Aali 'Imraan telah diberikan beberapa garis panduan tentang
pembentukan dan perpaduan ummat. Di dalam Surah an-Nisaa', keterangan yang lebih mengenainya diberikan bahawa ia tidak terhad di medan perang sahaja, malah ia meliputi institusi kekeluargaan dan juga institusi-institusi negara.
2. Di dalam Surah an-Nisaa' terdapat isyarat tentang kewujudan kerajaan Islam. Di dalam Surah al-Maa'idah selepasnya pula terdapat isyarat tentang kewujudan mahkamah-mahkamah Islam yang bertanggungjawab melaksanakan sistem kehakiman dan undang-undang jenayah.
66
Tiada ulasan:
Catat Ulasan