Ahad, Jun 14, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 04(5)nota 4(070)

Daurah tafsir 2019 sesi 04(5)nota 4(070)

diri di kalangan mereka juga halal untuk dikahwini orang-orang Islam (Ayat: 5).Arak, judi dan
merenung nasib dengan anak-anak panah adalah haram (Ayat: 90).Perburuan binatang darat ketika berihram diharamkan, sementara perburuan binatang-binatang laut
(sungai dan lain-lain) pula halal (Ayat: 95 dan 96).

3. Di dalam Surah al-Maa'idah juga terdapat ayat-ayat berhubung dengan undang-undang jenayah Islam
(Ayat: 33, 38 dan 40).
a) Empat hukuman ditetapkan terhadap perosak-perosak keamanan negara atau orang-orang yang terlibat dalam penggulingan pemerintahan Islam. Hukuman terhadap mereka bagaimanapun bergantung kepada budi bicara dan keputusan pihak kerajaan (Ayat: 33).
b) Hukuman potong tangan dikenakan terhadap pencuri lelaki dan perempuan (Ayat: 38).
c) Hukuman qisas yang terdapat di dalam kitab Taurat dikekalkan iaitu nyawa dibalas nyawa,telinga dibalas telinga dan lain-lain (Ayat: 45).

4. Di dalam Surah al-Maa'idah terdapat keterangan tentang tauhid tasyri' atau tauhid haakimiyyah.Sebagaimana Allah mesti dipercayai sebagai خالق(pencipta),رب، إله  dan معبود (tuhan yang disembah),Allah juga mesti diterima sebagai hakim dan pembuat undang-undang.
a) Melalui firmanNya: إِنَّ اللهَ يَحْكُمُ مَا يُرِيْدُ Allah menyabitkan kedudukanNya sebagai hakim dan pembuat hukum.
b) Orang-orang yang membuat keputusan tidak mengikut hukum yang diturunkan Allah (Qur'an dan Sunnah) sama ada ia kafir, zalim atau fasiq (Ayat: 44, 45, 47).
c) Rasulullah s.a.w. diperintahkan supaya menghukum berdasarkan wahyu yang diturunkan kepada 
Baginda  فَلحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ الله (Ayat: 48 dan49).
d) Tidak ada hakim dan pembuat undang-undang yang lebih baik daripada Allah وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ الله حُكْمًا(Ayat:50).
5. Surah al-Maa'idah juga membentangkan aqidah حُلُوْل(inkarnasi) di kalangan penganut-penganut agama Kristian dan membatalkannya. Di zaman Rasulullah s.a.w. terdapat dua golongan penganut
Kristian:
(a) Golongan yang mengatakan'Isa adalah Allah (tuhan), mereka percaya Allah telah حُلُوْل(menjelma) dalam rupa 'Isa sebagai manusia. 'Isa itulah tuhan sebenarnya, Allah dan 'Isa adalah sama. Al-Qur'an telah menegaskan bahawa orang-orang seperti ini adalah kafir  لَقَدْ كَفَرَ الذين قَالُا إِنَّ اللهَ هُوَ الْمَسِيْحُ ابْنُ مَرْيَمَ(Ayat: 17 dan 72).
(b) Golongan Kristian yang mempercayai aqidah trinity (tritunggal). Golongan ini mempercayai

70

Tiada ulasan:

Catat Ulasan