Isnin, Jun 15, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 04(6)(s2)nota 4(080)

Daurah tafsir 2019 sesi 04(6)(s2)nota 4(080)


قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ ۖ أَلَّا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ 
وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۖ وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ مِنْ إِمْلَاقٍ ۖ نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ ۖ 
وَلَا تَقْرَبُوا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ ۖ وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ 
الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

151.Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa(sungguh2)
dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu 
kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; 
dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina)  yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu,supaya kamu memahaminya.


Berhubung dengan tauhid rahmat, terdapat beberapa ayat seperti berikut:
(a) Di hari kiamat nanti setelah mengumpulkan sekalian manusia, Allah akan menzahirkan rahmat yang telah dijanjikanNya.

قُلْ لِمَنْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ قُلْ لِلَّهِ ۚ كَتَبَ عَلَىٰ نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ ۚ 
لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ ۚ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

12. Bertanyalah (wahai muhammad): "Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan dibumi?" Katakanlah: "(Semuanya itu) adalah milik Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat .Demi sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yng tidak ada sebarang syak padanya . Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dangan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.
(b) Maksud rahmat Allah di hari kiamat ialah manusia diselamatkan daripada azabNya, itulah kejayaan di hari kiamat.

مَنْ يُصْرَفْ عَنْهُ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمَهُ ۚ وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْمُبِينُ

16. Sesiapa yang dijauhkan azab daripadanya pada hari itu, maka sesugguhnya Allah telah memberi rahmat kepadanya; dan itulah kejayaan yang jelas nyata.

(c) Allah telah menetapkan rahmat atas diriNya bahawa orang-orang yang melakukan keburukan
tanpa pengetahuan dan kesedaran dan ia memperbaiki dirinya, Allah akan mengampuninya dan

151. Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apayang telah diharamkan oleh Tuhan kamu

80

Tiada ulasan:

Catat Ulasan