Halaman

Ahad, Jun 07, 2020

Qawaid tafsir 2018 nota 8(0115)

Qawaid tafsir 2018 nota 8(0115)

Perkataan    ٱلۡقُرۡءَانِ  telah digunakan dua kali. Pada kali pertama di dalam ayat ke-27, ia
digunakan dalam bentuk ma'rifah. Kali kedua pula ia digunakan dalam bentuk
nakirah dalam ayatke-28. Adakah hakikat kedua-duanya atalu tidak? Jawabnya, sama.
Sebab qarinah menunjukkan hakikat kedua-duanya sama, lantaran tidak ada dua al-
Qur'an yang berbeza dalan dunia ini. Sernuanya sama.
Contoh isim dalam bentuk ke-empat yang ada qarinah menunjukkan hakikat kedua-
duanya tidak sama, bahkan berlainan sama sekali ialah firman Allah berikut:

وَیَوۡمَ تَقُومُ ٱلسَّاعَةُ یُقۡسِمُ ٱلۡمُجۡرِمُونَ مَا لَبِثُوا۟ غَیۡرَ سَاعَةٍۚ كَذَٰلِكَ كَانُوا۟ یُؤۡفَكُونَ

55. Dan semasa berlakunya hari kiamat, orang-orang yang berdosa akan bersumpah
mengatakan bahawa mereka tidak tinggal (di dalam kubur) melainkan sekadar satu
sa'at sahaja; dernikianlah mereka sentiasa dipalingkan (oleh fahaman sesatnya dari
memperkatakan yang benar). 
(ar-Rum: 55).

Perkataan   ٱلسَّاعَةُ  telah digunakan dua kali di dalam ayat di atas. Mula-mula ia
digunakan dalam bentuk ma'rifah(ٱلسَّاعَةٍُۚ )Kemudian ia digunakan dalam bentuk
nakirah    سَاعَةٍۚ Kedua-duanya mempunyai hakikat yang berlainan. Kerana ma'na yang
pertamanya ialah hari kiamat. Sedangkan makna yang kedua pula ialah satu sa'at.
Kelainan ma'nanya kedua-duanya merupakan qarinah yang menunjukkan entiti kedua
berbeza, tidak sama.

Kaedah 59

(Isim) Nakirah di halaman itsbat
tidak memberi ma'na umum,
kecuali apabila diidhafatkan
kepadanya lafaz كل atau ia berada
dalam ayat yar,g menyatakan
ni'mat (maka pada ketika itu ia
memberi erti umum).
قاعدة 59
اَلنَّكِرَةِ فِي سِيَاقِ الْإِثْبَاتِ لَا تَعُمُّ إِلَّا إِذَا أُضِيْفَ إِلَيْهَا كُلٌّ أَوْ كَانَتْ فِي سِيَاقِ الاِمْتِنَانِ

Keterangan: Isim nakirah yang terletak selepas f il mutsbat tidak memberi ma'na
umum kecuali dalam dua keadaan: 
(1) Apabila diidhafatkan kepadanya perkata كُلُّ
(2) Apabila ia terletak dalam ayat yang berbicara tentang ni'mat atau ehsan oleh seseorang. Dalam dua keadaan ini isim nakirah akan memberi ma'na umum.
. 115

Tiada ulasan:

Catat Ulasan