Qawaid tafsir 2018 nota 6(0085)
berikut:
(a)
هُوَ ٱلۡأَوَّلُ وَٱلۡـَٔاخِرُ وَٱلظَّـٰهِرُ وَٱلۡبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَیۡءٍ عَلِیمٌ
3. Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah
Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(al-Hadid:3).
Apa yang tersebut di dalam ayat ini ialah sifat-sifat Allah jua. Oleh kerana ia berbeza
dan berlawanan, maka semuanya diikat dengan haraf 'athaf.
(b)
وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ
وَأَنَّهُ هُوَ أَمَاتَ وَأَحْيَا
43.Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira)
tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
44. Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang mematikan dan menghidupkan;
(an-
Najm:43-44).
Apa yang tersebut di dalam dua ayat di atas adalah sifat-sifat Allah semuanya. Ia diikat dengan haraf 'athaf kerana ma'na-ma'nanya berbeza dan berlawanan, seolah-
olahnya ia adalah sifat-sifat bagi maushuf yang berlainan.
Kaedah 51
Sifat bagi isim nakirah
mentakhsiskan(ma' na)nya. Jika ia
menjadi sifat bagi isim ma'rifah,
maka ia menerangkan(ma' na)nya.
قاعده51 اَلصَّفَةُ وَقَعَتْ لِلنَّكِرَةِ فَهِيَ مُخَصِّصَةٌ وَإِنْ جَاءَتْ لِلْمَعْرِفَةِ فَهِيَ مُوَضِِحَةٌ
Keterangan: Sifat, sama ada ia berupa mufrad, jumlah atau Syibhu jumlah bagi isim
nakirah, bertindak mentakhsis atau mengkhususkan ma'nanya. Jika ia menjadi sifat
bagi isim ma'rifah pula, maka ia menerangkan dan menjelaskan ma'na maushufnya.
Contoh pengaplikasian qaedah ini untuk bahagian pertama, iaitu sifat bagi isim
nakirah dapat dilihat pada dua firman Allah di bawah ini:
.85
Tiada ulasan:
Catat Ulasan