Halaman

Sabtu, Jun 06, 2020

Qawaid tafsir 2018 nota 6(0090)

Qawaid tafsir 2018 nota 6(0090)

18. Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta
bendanya. (al-Lail: 17-18).

Para 'ulama' sepakat mengatakan ayat-ayat di atas diturunkan berkenaan dengan Abu
Bakar yang membeli hamba-hamba sahaya lalu memerdehkakannya. Walaupun
namanya tidak tersebut di dalam ayat-ayat itu, tetapi sifat-sifatnya ada disebutkan.
Kerana itulah Imam Fakhruddin ar-Razi menulis 
أجمع المفسرون على أن المر ادمنه أبو بكر
 (Ahli Tafsir ijma' tentang orang yang dimaksudkan dengan ayat itu ialah
Abu Bakar r.a.). 
(Mafatih al-Ghaib j.31 m/s 187).
Hadits-hadits sahih juga menyebutkan ,الأتقى(orang yang paling bertaqwa) yang
tersebut di dalam ayat itu ialah Abu Bakar. Maka kelebihan dan keutamaan yang
tersebut di dalam ayat itu hanya khusus dengannya sahaja. Ia tidak  dikongsi oleh
orang-orang lain, meskipun mereka mungkin melakukan seperti yang dilakukan oleh
Abu Bakar sesudah itu. 
Imam Falchruddin ar-Razi juga beristidlal dengan ayat itu
bahawa selepas para nabi Abu Bakarlah manusia yang paling utama dan paling mulia.
Alasan beliau ialah firman Allah berikut:

إن أكر مكم عند أللّٰه أتقكم
 (Sesungguhnya orang
yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa). Selain itu
kata beliau: 
لأن الأمة مجمعة على أنه أفضل الخلق بعد رسول الله صلى اللّٰه عليهوسلم
 (kerana umat
ijma' tentang dialah manusia yang paling utama selepas Rasulullah s.a.w.). 
(Mafatih
al-Ghaib j.31 m/s 188).

Kesimpulannya ialah walaupun dua ayat dari Surah al-Lail itu tidak menyebut dengan
terang nama orang berkenaan, jumhur mufassirin tetap mengatakan ia khusus dengan
Abu Bakar kerana dua dalil di bawah ini:
(1) Perkataan ,الأتقىtelah digunakan dalam bentuk isim ma'rifah. Alif Laam di
permulaannya adalah للعهد yang memberi erti khusus dan tertentu dengan seseorang
sahaja. Semestinya orang itu dima'lumi semua orang pada ketika itu.
(2) Hadits-hadits sahih yang menyatakan sebab turun ayat itu mengaitkannya dengan
Abu Bakar yang sangat banyak mengorbankan harta bendanya demi agama. Jika ada
orang lain membelanjakan hartanya di jalan Allah sebanyak Abu Bakar atau mungkin
lebih banyak lagi daripadanya,tetapjuga ia tidak akan melebihi Abu Bakar, walaupun
tentu juga ia akan mendapat pahala yang banyak.
.90

Tiada ulasan:

Catat Ulasan