Qawaid tafsir 2018 nota 6(0092)
Maha Melihat.
2. Orang-orang yang "zhiharkan" isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang
yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka
tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka dan
sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu
perkara yang mungkar dan dusta dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf
lagi Maha Pengampun.
3. Dan orang-orang yar-g "zhiharkan" isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa
yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah
(suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri)
bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan
mendekati perkara yang mungkar itu) dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam
PengetahuanNya akan apa yangkamu lakukan.
4. Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah dia
berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur.
Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah dia memberi makan
enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu
kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat
Jahiliah) dan itulah batas-batas hukum Allah dan bagi orang-orang yang kafir
disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (al-Mujadilah:1-4).
Dan yang dimaksudkan dengan مجرد عن القرينة
(kosong daripada dalil yang
menunjukkan khususnya) ialah ayat-ayat yang diturunkan sehubungan dengan
peristiwa tertentu, tetapi lafaz yang digunakan adalah umum. Daripada ayat berkenaan
sendiri atau dalil-dalil lain tidak terdapat petunjuk yang jelas mengkhususkannya
dengan peristiwa khusus itu sahaja atau ia merangkumi juga kes-kes lain
seumpamanya. Berhubung dengan bahagian ini, para ahli ilmu ada berbeda pendapat
sedikit. Sebahagian mereka berpendapat ayat seperti itu dikhususkan dengan peristiwa
yang merupakan sebab turunnya. Tetapi jumhur 'ulama' dan fuqaha' berpendapat
sebaliknya. Bagi mereka, ia tidak khusus dengannya sahaja. Malah ia merangkumi
semua kes seumpamanya, sesuai dengan lafaz umum yang digunakan di dalam ayat
berkenaan.
92
Tiada ulasan:
Catat Ulasan