Halaman

Sabtu, Jun 06, 2020

Qawaid tafsir 2018 nota 6(0093)

Qawaid tafsir 2018 nota 6(0093)

Kesimpulannya ialah qaedah ke-52
قاعدة 52 الْعِبْرَةُ بِعُمُومِ اللَّفْظِ لَا بِخُصُصِ السٌَبَبِ

 (Yang dikira ialah
umum lafaz (ayat), bukan sebab (turun)nya yang khusus), hanya terpakai untuk dua
bahagian terakhir ini sahaja, iaitu عام مربوط بقرينة التعيم
(umum yang terikat dengan
petunjuk umum) dan

عام مجرد عن القرينة
(Umum yg kosong daripada dalil yang menunjukkan
khususnya). 
Ia tidak melibatkan dua bahagian yang pertama.

Dua golongan 'ulama' yang berbeda pendapat tentang bahagian yang keempat ini
sebenarnya berbeda pada zahirnya sahaja. Pada hakikatnyamereka sama sahaja dalam
penerimaan ma'na umumnya. Apa yang membezakan mereka hanyalah golongan
pertama tidak memakai ma'na umum yang terdapat di dalam ayat berkenaan itu
sendiri untuk memasukkan kes-kes lain ke dalamnya. Mereka menggunakan dalil-
dalil yang lain untuknya, seperti hadits, ijma' atau qias. Sementara jumhur 'ulama'
pula memakai ayat berkenaan itu sendiri untuk memasukkan kes-kes lain juga, tanpa
melihat lagi kepada dalil-dalil yang lain.
Ayat di bawah ini merupakan salah satu contohnya:


وَإِن كَانَ ذُو عُسۡرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَیۡسَرَةٍۚ وَأَن تَصَدَّقُوا۟ خَیۡرٌ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ


280. Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai
dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih
baik bagimu, jika kamu mengetahui. 
(a1-Baqarah:280).

Sebab turun ayat ini ialah Banu Mughirah ada berhutang dengan Banu 'Amar bin
'Umair. Setelah riba diharamkan, Banu 'Amar bin 'Umair hanya menuntut hutang
asal (pokok) sahaja supaya dibayar oleh Banu Mughirah. Banu Mughirah meminta
supaya ditangguhkan pembayarannya, kerana pada ketika itu dalam kesempitan. Banu
'Amar berkeras. Mereka tidak mahu menerima penangguhan hutang oleh Banu
Mughirah, maka turunlah ayat 280 Surah al-Baqarah itu.
Para 'ulama' bersepakat tentang hukum yang terdapat di dalam ayat ini umum. Ia
tidak khusus dengan Banu Mughirah dan Banu 'Amar sahaja. Pemiutang (yg bg hutang)mana pun
dikehendaki dan dianjurkan agar memberi tempoh kepada penghutang yang berada
dalam kesukaran. Perbuatan menangguhkan pembayaran hutang kepada penghutang-
penghutang yang berada dalam kesempitan adalah satu pekerti yang mulia.
93

Tiada ulasan:

Catat Ulasan