Sabtu, Jun 06, 2020

Qawaid tafsir 2018 nota 7(0095)

Qawaid tafsir 2018 nota 7(0095)

Kaedah 53
قاعدة ٥٣  العَطْفُ(بالْوَاوِ)يَقْتَضِي الْمُغَايَرَةَ بَيْنَ الْمَعْطُوفِ وَالْمَعْطُوْفِ عَلَيْهِ مَعَ اشْتِرَاكِهِمَا فِى الْحُكْمِ الَّذِيْ ذُكِرَ لَهُمَا


Athaf(dengan و)mengkehendaki ada kelainan dan perbezaan diantara ma'thuf dan ma'thuf'alaih,walaupun kedua2nya berkongsi pada perkara yg disebutkan untuk kedua2nya.


Keterangan: Meng'thafkan sesuatu perkataan kepada sesuatu perkataan yang lain
tidak diharuskan semata-mata kerana dua perkataan berkenaan berbeza pada lafaznya.
Apa yang diperlukan dalam 'athaf ialah ma'na kedua-duanya mestilah berbeza. 

Cuma
perbezaan itu ada beberapa tahapnya.

Tahap pertamanya ialah apabila ma'thuf dan ma'thuf 'alaih memang berbeza dan
berlainan hakikatnya, dengan erti ma'thuf bukan merupakan sebahagian daripada
ma'thuf 'alaih atau sebaliknya. Atau masing-masing daripadanya bukan merupakan
lazim bagi satu sama lain. Inilah bentuk 'athaf yang paling popular.

Tahap keduanya ialah apabila ma'thuf dan ma'thuf 'alaih saling berlaziman.
Maksudnya ialah bukanlah ma'thuf merupakan ma'thuf 'alaih itu sendiri, akan tetapi
setiap satu daripadanya tidak dapat dipisahkan daripada satu sama lain.

Tahap ketiganya ialah apabila  juzu' bagi sesuatu di'athafkan kepada sesuatu yang
merupakan kulnya atau keseluruhannya.

Tahap keempatnya ialah apabila perbezaan sifat dianggap sebagai perbezaan zat.
Maksudnya ialah ada dua sifat atau lebih bagi sesuatu. Satu daripadanya di'athafkan
kepada yang satu lagi sebagai ma'thuf 'alaihnya, dengan menganggap masing-masing
daripadanya sebagai zat yang berlainan.

Kita ada 4 tingkat kaedah atof dgn wau yg boleh diguna pakai.
Athaf(dengan و)mengkehendaki ada kelainan dan perbezaan diantara ma'thuf dan ma'thuf'alaih,bukan sama .
Contoh.
Roaitu sayaroh wal masjididal..
Kereta saya tengok ,masjid pun saya tengok.
Tengok dikongsi oleh kedua2.
Tetapi adakah hakikat kereta dan masjid itu sama?
Tidak sama.
Nama saidina umar dan kunyahnya..
Rohaitu abu hafsin umar..ini betul
Hakikatnya orang sama.
Rohaitu abu hafsin wa umaro..salah.

4tu ada perbezaan dan  tetapi tak sama juga.jika sama betul tidak akan diatof dgn wau.
Dia ada tahap kelainan.
Contoh lelakiperempuan...manusia sama tetapi jantina tak sama.

Contoh 'athaf tahap pertama, iaitu apabila ma'thuf dan ma'thuf 'alaih memang
berbeza dan berlainan hakikatnya, dan ma'thuf bukan merupakan sebahagian daripada
ma'thuf 'alaih atau sebaliknya(contoh kereta dan masjid). Selain itu, ma'thuf dan ma'thuf 'alaih juga tidak
berlaziman:

(1)
ٱلَّذِی خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَیۡنَهُمَا فِی سِتَّةِ أَیَّامٍ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِۖ ٱلرَّحۡمَـٰنُ فَسۡـَٔلۡ بِهِۦ خَبِیرًا
59. Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam 

95

Tiada ulasan:

Catat Ulasan