Halaman

Sabtu, Jun 06, 2020

Qawaid tafsir 2018 nota 7(0096)

Qawaid tafsir 2018 nota 7(0096)

masa, kemudian dia bersemayam di atas 'Arsy, (Dialah) Yang Maha Pemurah, maka
tanyakanlah (tentang Allah) kepada yang lebih mengetahui (Muhammad) tentang Dia.
(al-Furqaan: 59).

Perkataan-perkataan    ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَیۡنَهُمَا  merupakan tiga benda atau hakikat yang
berlainan, ia diikat dalam satu rangkaian 'athaf. Keharusannya berada dalam
rangkaian 'athaf adalah kerana kelainan hakikat setiap satu daripadanya. Masing-masing daripadanya bukan merupakan juzu' kepada yang lain, bukan juga ketiga tiga
perkataan itu berlaziman antara satu sama lain.

Ini maktuf hakikatnya lain.tahu dr mana?
Dri wau sebiji tu.
Tulisan A.Hasan...
Kuda bgma tangkas ada masa ia jatuh.
Orang alim pun ada masa cakap mengarut.
A .hasan kata tiada azab kubur.
Neraka ditunjuk kepada mereka pada pagi dan petang....jadi azab kubur tiada.

Cuba bc hadis..ya allah aku berlindung dari azab kubur dan azab neraka.
Jika lemah kaedah akan terlepas dan tidak tahu dimana silap kita atau silap orang..
Tak boleh kata bila benda sama dgn wau.

Keharusannya berada dalam
rangkaian 'athaf adalah kerana kelainan hakikat setiap satu daripadanya. Masing-masing daripadanya bukan merupakan juzu' kepada yang lain, bukan juga ketiga tiga
perkataan itu berlaziman antara satu sama lain.


Yg kedua...

نَزَّلَ عَلَیۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ مُصَدِّقًا لِّمَا بَیۡنَ یَدَیۡهِ وَأَنزَلَ ٱلتَّوۡرَىٰةَ وَٱلۡإِنجِیلَ

3. Dia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan
mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah
diturunkan dahulu daripadanya dan Dia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan
lnjil.

Yg kita nak sini...
وَأَنزَلَ ٱلتَّوۡرَىٰةَ وَٱلۡإِنجِیلَ
Makna cerita taurat dan injil tak sama.
Jika dianggap sama ,tak betul sebab ada wau .


مِن قَبۡلُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَأَنزَلَ ٱلۡفُرۡقَانَۗ إِنَّ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ بِـَٔایَـٰتِ ٱللَّهِ لَهُمۡ عَذَابٌ شَدِیدٌۗ وَٱللَّهُ عَزِیزٌ ذُو ٱنتِقَامٍ

4. Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia dan Dia juga
yang menurunkan Al-Furqan (yang membezakan antara yang benar dengan yang
salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah
itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi
berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah). 
(Aali 'Imraan:
3-4).

Perkataan   ٱلتَّوۡرَىٰةَ   dan  وَٱلۡإِنجِیلَ  berada dalam rangkaian 'athaf. Kedua-duanya adalah kitab
yang berlainan hakikatnya. Kelainan hakikat kedua-duanyalah yang mengharuskan
kedua-dua perkataan itu diikat dalam satu rangkaian'athaf dengan و.Masing-masing
daripadanya bukan merupakan juzu' kepada yang lain, bukan juga kedua-dua
perkataan itu berlaziman antara satu sama lain.

Hakikat ,Injil bukan juzuk dari injil.
Kaedah 53
Contoh 'athaf pada tahap kedua, iaitu apabila ma'thuf dan ma'thuf 'alaih saling
berlaziman. Dan setiap satu daripadanya tidak dapat dipisahkan daripada satu sama

96

Tiada ulasan:

Catat Ulasan