Sabtu, Jun 06, 2020

Qawaid tafsir 2018 nota 7(0097)

Qawaid tafsir 2018 nota 7(0097)

lain ialah:

(1)
وَلَا تَلۡبِسُوا۟ ٱلۡحَقَّ بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتَكۡتُمُوا۟ ٱلۡحَقَّ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu
sembunyikan yang benar itu pula, padahal kamu semua mengetahuinya. 
(al-Baqarah:
42).

Mencampur adukkan yang benar dengan yang salah dan menyembunyikan yang benar
itu adalah dua perkara yang berbeza. Tetapi masing-masing daripadanya saling
berlaziman. Ini kerana semakin kuat seseorang mencampur adukkan yang benar
dengan yang salah bererti semakin kuatlah ia menyembunyikan kebenaran. Orang
yang menyembunyikan kebenaran pula semestinya mengemukakan kebatilan atau
sesuatu yang salah sebagai ganti kebenaran atau sesuatu yang benar. Dengan begitu,
semestinya akan berlaku perbuatan mencampur adukkan yang benar dengan yang
salah.

(2)
وَمَن یُشَاقِقِ ٱلرَّسُولَ مِنۢ بَعۡدِ مَا تَبَیَّنَ لَهُ ٱلۡهُدَىٰ وَیَتَّبِعۡ غَیۡرَ سَبِیلِ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ نُوَلِّهِۦ مَا تَوَلَّىٰ وَنُصۡلِهِۦ جَهَنَّمَۖ وَسَاۤءَتۡ مَصِیرًا


115. Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah teranq nyata
kepadanya kebenaran petunjuk (yane dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yanq
lain dari jalan orang-orang yane beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk
melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam Neraka Jahannam dan Neraka Jahannam itu adalah
seburuk-buruk tempat kembali. 
(an-Nisaa' : I 1 5).


Menentang (ajaran) Rasulullah s.a.w. sesudah terang nyata kepada seseorang
kebenaran petunjuk yang dibawanya dan mengikut jalan yang lain dari jalan orang-
orang yang beriman adalah dua perkara yang berbeza dan berlainan hakikatnya.
Tetapi kedua-duanya saling berlaziman. Kerana apabila seseorang menentang (ajaran)
Rasulullah s.a.w. sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk yang dibawa 


97

Tiada ulasan:

Catat Ulasan