Qawaid tafsir 2018 nota 7(0099)
di'athafkan kepada yang satu lagi sebagai ma'thuf 'alaihnya, dengan menganggap
(menta'wilkan) masing-masing daripadanya sebagai zat yang berlainan, ialah:
(1)
سَبِّحِ ٱسۡمَ رَبِّكَ ٱلۡأَعۡلَى
1. Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat
kekurangan),
ٱلَّذِی خَلَقَ فَسَوَّٰ
2. Yang telah menciptakan
وَٱلَّذِی قَدَّرَ فَهَدَىٰ
3. Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya)' serta memberikan
hidayat petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);
وَٱلَّذِیۤ أَخۡرَجَ ٱلۡمَرۡعَىٰ
4. Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,
(al-A'la: 1-4).
Rangkaian perkataan وَٱلَّذِی قَدَّرَ فَهَدَىٰ dan وَٱلَّذِیۤ أَخۡرَجَ ٱلۡمَرۡعَىٰ merupakan ma'thuf.
Dan ٱلَّذِی خَلَقَ فَسَوَّٰ merupakan ma'thuf 'alaih bagi kedua-kedua ayat yang tersebut selepasnya.
Bentuk 'athaf seperti ini diharuskan kerana setiap perkataan ٱلَّذِی yang terdapat
padanya dianggap sebagai zat-zat atau maushuf-maushuf yang berlainan. Padahal
semuanya adalah sifat bagi maushuf yang sama iaitu perkataan رَبِّكَ yang terletak di
ayat pertama Surah al-A'la.
(2)
ٱلَّذِینَ یُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَیۡبِ وَیُقِیمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ یُنفِقُونَ
3. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan
(mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari
rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
وَٱلَّذِینَ یُؤۡمِنُونَ بِمَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡكَ وَمَاۤ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡـَٔاخِرَةِ هُمۡ یُوقِنُونَ
4. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan
99
Tiada ulasan:
Catat Ulasan