Halaman

Sabtu, Jun 06, 2020

Qawaid tafsir 2018 nota 7(0104)

Qawaid tafsir 2018 nota 7(0104)


إِنَّكَ لَا تُسۡمِعُ ٱلۡمَوۡتَىٰ وَلَا تُسۡمِعُ ٱلصُّمَّ ٱلدُّعَاۤءَ إِذَا وَلَّوۡا۟ مُدۡبِرِینَ


80. Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati mendengar
dan (tidak pula) menjadikan orang-orang yang tuli (pekak) mendengar panggilan,
apabila mereka telah berpaling membelakang. 
(an-Naml: 80).

Orang yang salah faham mungkin berkata, memanglah orang tuli tidak mendengar
seruanmu, tetapi ia boleh faham jika engkau memahamkarrnya dengan bahasa isyarat
misalnya. Untuk menghilangkan kekeliruan itulah Allah menutup firmanNya dengan
berkata: "apabila mereka telah berpaling membelakang". Dalam keadaan berpaling
membelakang bagaimana orang tuli akan faham bahasa isyaratmu?
(3)

فَفَهَّمۡنَـٰهَا سُلَیۡمَـٰنَۚ وَكُلًّا ءَاتَیۡنَا حُكۡمًا وَعِلۡمًاۚ وَسَخَّرۡنَا مَعَ دَاوُۥدَ ٱلۡجِبَالَ یُسَبِّحۡنَ وَٱلطَّیۡرَۚ وَكُنَّا فَـٰعِلِینَ



79. Maka Kami beri (Nabi) Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi
masalah itu dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat
kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) dan Kami mudahkan gunung-ganang dan
unggas memuji Kami bersama-sama dengan (Nabi) Daud dan adalah Kami berkuasa
melakukan semuanya itu.

Oleh kerana firman Allah di permulaan ayat,
iaitu   فَفَهَّمۡنَـٰهَا سُلَیۡمَـٰنَۚ (mungkin disalah
fahami oleh sesetengah orang, bahawa kedudukan Daud di segi kefahaman kurang
daripada Sulaiman, maka ia diiringi terus dengan firmanNya  وَكُلًّا ءَاتَیۡنَا حُكۡمًا وَعِلۡمًا (dan
masing-masing dari mereka berdua Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu
yang banyak) dan selepas itu dikemukakan pula keistimewaan Daud secara
khusus     وَسَخَّرۡنَا مَعَ دَاوُۥدَ ٱلۡجِبَالَ یُسَبِّحۡنَ وَٱلطَّیۡرَۚ   (dan Kami mudahkan gunung-ganang dan
unggas memuji Kami bersama-sama dengan (Nabi) Daud).

Kaedah tafsir 56

قاعدة  ٥٦ اَلنَّيُ الْمَقْصُودُ بِهِ الْمَدْحُ لَا بُدَّ مِنْ أَنْ يَكُوْ مُتَضَمِّنًا لِإِثْبَاتِ كَمَالِ ضِدِّهِ

Penafian yg bermaksud pujian semestinya mengandungi  lawan yg dinafikan dalam keadaan yg paling sempurna.

104

Tiada ulasan:

Catat Ulasan