Qawaid tafsir 2018 nota 7(0106)
(hendak) bertaqwa; (al-Baqarah:2).
Lawan keraguan ialah keyakinan. Dikatakan tidak ada sebarang keraguan di dalam al-
Qur'an dengan maksud memuji al-quran. Maka maksudnya ialah al-Qur'an itu adalah
kitab yang dapat diyakini sepenuhnya.
(4)
لِلۡفُقَرَاۤءِ ٱلَّذِینَ أُحۡصِرُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ لَا یَسۡتَطِیعُونَ ضَرۡبًا فِی ٱلۡأَرۡضِ یَحۡسَبُهُمُ ٱلۡجَاهِلُ أَغۡنِیَاۤءَ مِنَ ٱلتَّعَفُّفِ تَعۡرِفُهُم بِسِیمَـٰهُمۡ لَا یَسۡـَٔلُونَ ٱلنَّاسَ إِلۡحَافًاۗ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِنۡ خَیۡرٍ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِیمٌ
273. (Beinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah;
mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi; orang yang tidak tahu menyangka
mereka orang kaya kerana memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka
dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orans secara mendesak.
Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka
sesungguhnya All ah Maha Mengetahui.
(al-Baqarah 273).
Disebutkan یَسۡـَٔلُونَ ٱلنَّاسَ إِلۡحَافًاۗ sebagai memuji sikap para sahabat yang berjuang dan
berjihad. Maksudnya ialah mereka adalah orang-orang mulia dan memelihara diri
daripada meminta-minta.
105
Kaedah 57
Fiil yg terletak dihalaman nafi atau mulhaqaaynya memberi erti umum
Keterangan: Fi'il yang dimaksudkan dalam qaedah ini ialah ketiga-tiga bentuk f il,
f il 'Amar, f il madhi dan f il mudhari'. Yang dimaksudkan dengan mulhaqaat nafi
pula ialah nahi, syarat dan istiftram. Inilah perkataan-perkataan yg sama kerjanya
dengan perkataan nafi. Menurut qaedah ini, mana-mana
fiil yang terletak selepas
perkataan nafi dan mulhaqaatnya akan memberi erti umum.
Contoh fi'il di halaman nali atau fi'il yang terletak selepas perkataan nafi adalah
seperti berikut:
106
Tiada ulasan:
Catat Ulasan