Ahad, Jun 07, 2020

Qawaid tafsir 2018 nota 8(0111).

Qawaid tafsir 2018 nota 8(0111).


۞ ٱللَّهُ ٱلَّذِی خَلَقَكُم مِّن ضَعۡفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعۡدِ ضَعۡفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعۡدِ قُوَّةٍ ضَعۡفًا وَشَیۡبَةًۚ یَخۡلُقُ مَا یَشَاۤءُۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِیمُ ٱلۡقَدِیرُ


54. Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lernah, selepas
berkeadaan lemah itu Dia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Dia menjadikan kamu
lernah pula serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya dan Dialah
jua yang Maha Mengetahui,lagi Maha Kuasa. 
(ar-Ruum: 54).

Di dalam ayat ini perkataan  ضَعۡفٍ   berulang sebanyak tiga kali. Pada ketiga-tiga
kalinya ia digunakan dalam bentuk nakirah. Kerana itu ma'nanya juga berbeza dan
ada beberapa. Yang dimaksudkan dengan kelemahan pertama ialah ketika manusia
sebagai nuthfah atau ketika ia merupakan tanah. Yang dipaksudkan dengan
kelemahan kedua ialah ketika manusia sebagai janin di dalam perut ibu. Dan yang
dimaksudkan dengan kelemahan ketiga pula ialah kelernahan manusia ketika baru
dilahirkan dan ketika masih kanak-kanak. Mungkin juga yang dimaksudkan dengan
kelemahan ketiga ialah kelemahan manusia semasa tuanya.

(2)
وَٱتَّقُوا۟ یَوۡمًا لَّا تَجۡزِی نَفۡسٌ عَن نَّفۡسٍ شَیۡـًٔا وَلَا یُقۡبَلُ مِنۡهَا شَفَـٰعَةٌ وَلَا یُؤۡخَذُ مِنۡهَا عَدۡلٌ وَلَا هُمۡ یُنصَرُونَ


48. Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya
seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan
azab) dan tidak diterima syafaat daripadanya dan tidak pula diambil daripadanya
sebarang tebusan dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang
pertolongan. 
(al-Baqarah: 48).

Perkataan نَفۡسٌ  diulang sebanyak dua kali di dalam ayat di atas. Pada kedua kalinya ia
disebutkan dalam bentuk nakirah. Dari itu difahami bahawa نَفۡسٌ ke-dua lain
hakikatnya daripada hakikat   نَفۡسٌ di pertama.

Contoh aplikasi isim dalam bentuk ketiga iaitu apabila sesuatu isim mula-mula
disebut dalam bentuk nakirah, kemudian baru disebut dalam bentuk ma'rifah ialah:


111

Tiada ulasan:

Catat Ulasan