Ahad, Jun 07, 2020

Qawaid tafsir 2018 nota 8(0113).

Qawaid tafsir 2018 nota 8(0113).

yang tidak berperi sakitnya. 
(asy-Syura : 4l -42).

Terdapat dua kali perkataan   سَبِیلٍ   dalam dua ayat di atas. 
Di dalam ayat ke-41 ia
digunakan dalam bentuk nakirah. Di dalam ayat ke-42 pula ia digunakan dalam
bentuk ma'rifah   سَبِیلٍ. Pada hakikatnya perkataan   سَبِیلٍ  yang disebut di dalam ayat
ke-42 dalam bentuk ma'rifah itu tidak lain, ia sebenarnya adalah   سَبِیلٍ yang tersebut di
akhir ayat ke-41 jua. Ma'na kedua-duanya adalah sama.
Contoh aplikasi isim dalam bentuk ke-empat iaitu apabila sesuatu isim mula-mula
disebut dalam bentuk ma'rifah, kemudian baru disebut dalam bentuk nakirah ialah:
(l)

فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ یُسۡرًا (5)
إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ یُسۡرًا(6)

5. Bahawa sesungguhnya tiaptiap kesukaran disertai kemudahan,
6. (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kernudahan. 
(as-Syarh: 5-6).

Di dalam dua ayat di atas perkataan  ٱلۡعُسۡرِ disebut dua kali. Pada ke-dua-dua kalinya ia
disebut dalam bentuk ma'rifah. Begitu juga dengan perkataan   یُسۡرًا 
ia juga disebut
dua kali. Pada kedua-dua kalinya ia disebut dalam bentuk ma'rifah. Maka berdasarkan
qaedah ke-58 yang sedang dipelajari sekarang, ٱلۡعُسۡرِ (kesukaran) kedua yang tersebut
di dalam ayat ke-6 tidak lain adalah ,   ٱلۡعُسۡرِ (kesukaran) pertama yang tersebut di dalam
ayat ke-5 sebelumnya.      یُسۡرًا (kemudahan) kedua yang tersebut di dalam ayat ke-6 pula
adalah lain daripada   یُسۡرًا  kemudahan) pertama yang tersebut di dalam ayat ke-5
sebelumnya. Ini bererti ٱلۡعُسۡرِ (kesukaran) lebih sedikit jumlahnya berbanding
یُسۡرًا   kemudahan). Kalau ٱلۡعُسۡرِ   (kesukaran) anda terpaksa hadapi, maka یُسۡرًا   
(kemudahan) pula anda dapat dua. Ia mengisyaratkan kepada kesukaran yang dialami
manusia dalam kehidupannya lebih sedikit berbanding kemudahan yang dikurniakan
oleh Allah kepadanya.
Apa yang disebut di dalam dua ayat di atas diperincikan lagi oleh rasulullah s.a.w.
menerusi sabda Baginda berikut: 
لَنْ يَغْلِبَ عُسْرٌ يُسْريْنِ

 Bermaksud: Satu kesukaran sekali-
kali tidak akan dapat mengalahkan dua kemudahan.
 (Hadits mursal riwayat al-Haakim

113

Tiada ulasan:

Catat Ulasan