Halaman

Ahad, Jun 07, 2020

Qawaid tafsir 2018 nota 9(0124)

Qawaid tafsir 2018 nota 9(0124)

sendiri ialah kerana lafaz khabar menunjukkan kekuatan dan kepentingan sesuatu
yang diperintah atau disuruh 
مأمور بة 
Seolah-olahnya sesuatu yang disuruh begitu
penting dan ia terus dilaksanakan. Setelah itu barulah diceritakan tentang apa yang
telah dilaksanakan dan telah dibuat.
Antara contohnya di dalam al-Qur'an ialah firman Allah berikut: لا تعبدون الا الله
Walaupun jumlah ini khabariyyah pada lafaz dan pada zahirnya kerana perkataan لا di
dalamnya merupakan لا nafi, namun dari segi ma'nanya ia adalah jumlah insya'iyyah,
perkataan لا padanya dipakai sebagai perkataan لا  nahi, bukan   لا nafi. Walaupun ma'na
lafzinya ialah kamu tidak boleh menyembah selain Allah, tetapi ma'na sebenar yang
dikehendaki daripadanya ialah ma'na insya'nya iaitu janganlah kamu menyembah
selain Allah.
Apabila dikatakan kamu tidak boleh menyembah selain Allah, bererti kamu dilarang
daripada menyembah selain Allah. Seolah-olahnya dikatakan kepadamu, 'Jangan
kamu menyembah selain Allah".
Insya' dalam rupa khabar (خبريه لفظا إنشائية معنا) itu terbahagi kepada dua:
(1) Sighah nafi dipakai dengan erti nahi.
(2) Sighah mudhari' dipakai dengan erti amar (perintah / suruh).
Di bawah ini dikernukakan beberapa contoh sighah nafi dipakai dengan erti nahi:

(1)
ٱلۡحَجُّ أَشۡهُرٌ مَّعۡلُومَـٰتٌۚ فَمَن فَرَضَ فِیهِنَّ ٱلۡحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِی ٱلۡحَجِّۗ وَمَا تَفۡعَلُوا۟ مِنۡ خَیۡرٍ یَعۡلَمۡهُ ٱللَّهُۗ وَتَزَوَّدُوا۟ فَإِنَّ خَیۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُونِ یَـٰۤأُو۟لِی ٱلۡأَلۡبَـٰبِ


197. (Musim) haji adalah beberapa bulan yang dima'lumi, barang siapa yang
menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji,___ maka tidak boleh rafats.
berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masamengerjakan haji___. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan
sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa dan bertaqwalah kepadaKu hai orang-
orang yang berakal. 
(al-Baqarah:197).


124

Tiada ulasan:

Catat Ulasan