Sahih muslim kitab muqadimah sesi 002
Sahih muslim dgn syarah imam nawawi.
Keistimewaan kitab sahih muslim.
Muqadimah ada 2
1.muqadimah kitab
2.muqadimah ilmu
Panduan dan kaedah yg diguna pakai dalam kitabnya .
Muqadimah ini ada terbahagi 2 pula:
Pertama dalam kitab yg sama.
Kedua dibuat kitab yg berasingan untuk membincangkan ilmu itu.Ia bukan pendahuluan kepada sesabuah kitab.
Ia pendahuluan kepada sesabuah ilmu.
Contoh dalam ilmu hadis muqadimah Ibnu Solah.Ini nak bincang kaedah2 ilmu hadis.Muqadimah Ibnu Khadun.
Muqadimah muslim membincanglan kaedah yg imam muslim gunanya untuk menilai hadis bukan membincangkan semua sudut ilmu hadis.Dia mengambil mana2 yg penting.Mungkin berbeza dari segi penilaiannya berbanding dengan orang lain.
Kitab Tadriburawi=ulumulhadis ilmu asas hadis.
Fauzulkabir=satu manhaj yg lain untuk menilai alquran.
Sepatutnya kena belajar umulhadis dahulu sebelum belajar kitab muqadimah muslim ini.
Muqadimah memberitahu kaedah yg dipakai dalam kitab muslim.
Kitab2 hadis yang dipanggil Sunan Sittah(6) ialah sukatan kitab2 hadis yg dipelajari oleh pelajar hadis .
1.Kitab Sunan Tirmizi.
Imam tirmizi maksudnya menyatakan khilaf ulamak dan punca berlaku khilaf dikalangan ulamak dalam bab sunan atau fikh.Puncanya adalah al hadis .Sebab itu kitab dia dlm bab sunan pada umumnya dia akan 2 bab .Misalnya bab hadis yg menyatakan batal air sembahyang dengan menyentuh kemaluan.Ada pula satu bab yg tidak batal.
Dalam kitabnya akan ada seperti tersebut ini.
Tujuannya nak beritahu kenapa mazhab ini kata batal dan mazhab itu kata tak batal .Masing2 ada hujjahnya berupa hadis.Olehkerana hadis itu berbeza,golongan ini tarjihkan hadis ini dan golongan itu tarjih hadis itu.Dia cuba kemukakan dan inilah alasanya ,bukan saja2 mengikut nafsu kata batal atau tidak batal bahkan ada dalilnya atau hujjahnya.Dia juga menyatakan pula siapa yg berpendapat begini dan siapa pula yg berpendapat begitu.Dia memperkenalkan khilaf diantara mujtahid.Itu tujuan asalnya atau utamanya.Kemudian dia perkenalkan kepada kita tentang perawi2 dari segi namanya ,kedudukannya dan dia tentukan kedudukan hadis ini dan itudhaifkah,gharibkah atau macam mana.
Tujuannya nak ajar pelajar2 yg menggunakan kitabnya membiasakan diri menilai sesuatu hadis .Kalu dia kata gharib ,kenapa?Cuba pelajari perawi2 hadis itu.Itulah tujuannya.Dengan sebab itu tak kena kalau kita nak cari yang hadis dalam tirmizi yg tinggi kedudukannya sahihnya itu.ini silap.Bukan disitu tempat kita cari.
Kadang2 ada yg sangat sahih atau tinggi kedudukannya sama dengan hadis Bukhari.Kadang2 Dia tahu sebab gurunya Imam Bukhari.Dia tidak kemukakan hadis itu tetapi dia kemukakan yg lemah atau pun tidak sesahih yg pertama.Jangan kita kata dia tak tahu hadis yg sahih itu sebab tujuan dia adalah untuk kemukakan hadis yg lemah itu untuk bagi tau kita kenapa hadis itu lemah.Siapa perawi yg menyebabkan hadis itu lemah.Kalu dia kemukakan seperti Imam Bukhari tiadalah kita nak kenal perawi2 lemah itu dimana.
Jadi itu tujuannya.
2.Kitab Sunan Abu Daud .
Maksudnya adalah nak menyatakan dalil masing2 imam.
3.Kitab Sahih Bukhari
Tujuan Imam Bukhari nak menyimpulkan apa yg kita dapat dari sesuatu hadis dengan menggunakan kaedah apa.
Menggunakan qias aulawi ke atau macam2 lagi kaedahnya.
Atau dengan kata lain dia nak ajar macam mana cara nak faham sesuatu hadis.
Tujuannya pertama bg imam mujtahidin yg berijtihad ialah bagaimana dia tengok sesuatu hadis dan macam mana dia berijtihad atau cara dia nilai sehingga dia dapat hasil begitu.
Jadi maksud imam bukhari adalah untuk melatih pelajar2 menjadi mujtahid.
Supaya jika tengok hadis jangan tengok sahaja.
Tengok hadis berapa banyak perkara yang boleh dikeluarkan dari satu hadis dan audut mana sehingga kita boleh mengeluarkan begitu banyak hasil dari satu hadis.
Sebab itu seperti hadis Bariral ,dia bawa 25 kali dia kemukakan sebab ada maksud lain2.
Dia nak cerita kalu kita nak faham daripada hadis ini suatu perkara boleh. Kemudian Hadis yang sama untuk masalah itu juga boleh.Bermakna macam2 kita boleh guna dengan satu hadis itu kalu kita pandai.Itulah tujuan utama kitabnya.
Bgmnpun untuk satu2 bab tak banyak hadis yg dibawa atau dikemukakan.Kadang2 satu atau dua shj.
4.Kitab Sahih Muslim
Tetapi Imam Muslim pula memperbanyakan hadis2 yang syaratnya ketat itu atau tinggi kedudukannya dalam setiap bab itu tujuan Imam Muslim.
Dan itu kitab Muqadimah Muslim ini penting untuk kita tahu tentang perawinya.Yakni sanad itu perlu sangat diketahui sebab jangan ingat sanad ini benda baru.Tidak.
Bahkan mengikut ulamak2 dahulu ia sebahagian daripada ugama.Sanad inilah yang menentukan sesuatu hadis itu sahih atau tidak.
Kalu orang ni kata, dia ini perawi yang baik dan ada yang lain pula kata tidak.Macam mana kita nak buat?Disitu dia pandu kita melalui Muqadimah dia.
Jadi Muqadimahnya untuk menjelaskan kepada kita tentang kaedah isnad atau ilmu isnad itu.
Sanadlah yg menentukan segala2nya.
Kalau dalam hadis ini pergilah cerita mana sekalipun kalu selain alquran mesti kena ada sanad atau tanya sanadnya macam mana.Yakni kepentingan sanad dalam menilai dalil2 agama berupa hadis.Iru yang Imam Muslim nak ceritakan selain nak bagi tau hadis sahih yang tinggi kedudukannya.
5.Kitab Nasaei pula nak menceritakan ilal kafiyah.
Sesuatu hadis kadang2 kita tengok sudah ok sanadnya dan matannya pun ok ,pada sekali tengok sudah tiada masalah.Tidak boleh terus anggap semuanya sebab ada kalanya sesuatu hadis itu ada kecacatan atau kelemahan .
Jika hadis itu direka ,ada panduan untuk mengenal ketulinannya seperti seorang jauhari mengenal mutu manikamnya.Itulah diberitahu oleh Imam Nasaei.
6.Kitab Ibnu Majah pula kitab hadisnya bermaksud melatih pelajar hadis untuk menilaikan sesuatu hadis sesudah belajar perkara2 kitab 1-5 diatas.
Masing2 memulakan hadis dengan cara masing2.
Imam Bukhari mulakan kitabnya dengan cara masalah.
Imam Malik mulakan kitabnya dengan waktu atau masa.
Imam Muslim dengan memulakan tentang perbincangan sanad.
💖👮♀️
Kitab2 hadis yang dipanggil Sunan Sittah(6) ialah sukatan kitab2 hadis yg dipelajari oleh pelajar hadis .
1.Kitab Sunan Tirmizi.
Imam tirmizi bermaksudnya untuk menyatakan adanya khilaf ulamak dan punca berlaku khilaf dikalangan ulamak dalam bab sunan atau fikh.
Khilaf ini puncanya adalah al hadis .Dalam kitabnya pada umumnya dia akan bahagi kepada 2 bab.
Misalnya bab hadis yg menyatakan batal air wuduk dengan menyentuh kemaluan.Ada pula satu bab lagi satu yg tidak batal wuduk.Tujuannya untuk beritahu kenapa mazhab ini kata batal dan kenapa mazhab itu kata tak batal.Masing2 ada hujjahnya berupa hadis.Olehkerana hadis itu berbeza,golongan ini tarjihkan hadis ini dan golongan itu tarjih hadis itu.Itulah alasannya yang dia kemukakan bukan saja2 mengikut nafsu di kata batal atau tidak batal bahkan ada dalilnya atau hujjahnya.Dia juga menyatakan siapa yg berpendapat begini dan siapa pula yg berpendapat begitu yakni dia memperkenalkan khilaf diantara mujtahid.Itu tujuan utamanya .Kemudian dia perkenalkan kepada kita j tentang perawi2 dari segi namanya dan kedudukannya serta tentukan kedudukan hadis itu dhaifkah,gharibkah atau macam mana.
Juga tujuannya nak ajar pelajar2 yg menggunakan kitabnya membiasakan diri menilai sesuatu hadis .Kalu dia kata gharib ,kenapa?Cubalah pelajari perawi2 hadis itu.Dengan sebab itu adalah tidak kena kalau nak cari yang hadis dalam tirmizi yg tinggi kedudukannya kesahihannya, itu bukan tempatnya.Ini adalah kerana kadang2 ada hadis yg sangat sahih atau tinggi kedudukannya sama dengan hadis Bukhari dan ada kalanya tidak. Dia sebenarnya tahu kedudukan sesuatu hadis sebab gurunya juga Imam Bukhari tetapi tidak di kemukakannya hadis yg kuat itu tetapi dia kemukakan yg lemah atau pun tidak sesahih yg pertama sebab tujuan dia adalah untuk kemukakan hadis yg lemah itu untuk bagi tau kenapa hadis itu lemah.Siapa perawi yg menyebabkan hadis itu lemah.Kalu dia kemukakan sepertimana Imam Bukhari tiadalah ruang ingin lagi untuk kenal perawi2 lemah itu.
Jadi itu tujuannya.
2.Kitab Sunan Abu Daud .
Imam Abu Daud bermaksud nak menyatakan dalil masing2 imam.Imam itu dalilnya bagian-bagian dan imam yg lain dalilnya lain pula.
3.Kitab Sahih Bukhari
Tujuan Imam Bukhari nak menyimpulkan apa yg kita dapat dari sesuatu hadis dengan menggunakan kaedah apa.
Menggunakan qias aulawi ke atau macam2 lagi kaedahnya.
Atau dengan kata lain dia nak ajar macam mana cara nak faham sesuatu hadis.
Tujuannya juga untuk imam mujtahidin berijtihad iaitu bagaimana dia tengok sesuatu hadis dan macam mana dia berijtihad atau cara dia nilai sehingga dia dapat hasil begitu.Jadi maksud imam bukhari adalah untuk melatih pelajar2 hadis menjadi mujtahid.Dimana jika tengok hadis jangan tengok sahaja.Tengok hadis berapa banyak perkara yang boleh dikeluarkan dari satu hadis dan sudut mana sehingga boleh mengeluarkan begitu banyak hasil dari satu hadis contoh seperti hadis Bariral ,dia kemukakan sebanyak 25 kali sebab ada maksudnya atau tujuannya yang berlainan.Dia nak cerita kalu kita nak faham daripada hadis ini suatu perkara boleh. Kemudian Hadis yang sama untuk masalah lain juga boleh.Bermakna ada banyak yang kita boleh guna dengan satu hadis itu kalu kitapandai.
Itulah tujuan utama kitabnya.
Bgmnpun untuk satu2 bab tak banyak hadis yg dibawa atau dikemukakannya.Kadang2 satu atau dua shj.
4.Kitab Sahih Muslim
Tetapi Imam Muslim pula memperbanyakan hadis2 yang syaratnya ketat itu atau tinggi kedudukannya dalam setiap bab itu tidak seperti mana gurunya Imam Bukhari yg cuma kemukakan satu atau dua hadis sahaja pada satu2 bab.
Kitab Muqadimah Sahih Muslim ini penting untuk kita tahu tentang perawinya.Yakni sanad itu perlu sangat diketahui sebab jangan ingat sanad ini benda baru.Tidak.
Bahkan mengikut ulamak2 dahulu ia sebahagian daripada ugama.Sanad inilah yang menentukan sesuatu hadis itu sahih atau tidak.Kalu orang ni kata, dia ini perawi yang baik dan ada yang lain pula kata tidak.Macam mana kita nak buat?Disitu Imam Muslim pandu kita melalui Muqadimah dia.Jadi Muqadimahnya untuk menjelaskan kepada kita tentang kaedah isnad atau ilmu isnad itu.
Sanadlah yg menentukan segala2nya.Kalau dalam hadis ini pergilah cerita sejauh mana sekalipun mesti kena ada sanad atau tanya sanadnya macam mana.Yakni kepentingan sanad dalam menilai dalil2 agama berupa hadis.Itu yang Imam Muslim nak ceritakan selain nak bagi tau hadis2 sahih yang tinggi kedudukannya.
5.Kitab Nasaei pula nak menceritakan ilal kafiyah.
Sesuatu hadis kadang2 kita tengok sudah ok sanadnya dan matannya pun ok ,pada sekali tengok sudah tiada masalah.Bagaimanapun tidak boleh terus anggap semuanya ok sebab ada kalanya sesuatu hadis itu ada kecacatan atau kelemahan .
Jika hadis itu direka ,ada panduan untuk mengenal ketulinannya seperti seorang jauhari mengenal mutu manikamnya.Itulah diberitahu oleh Imam Nasaei.
6.Kitab Ibnu Majah pula kitab hadisnya bermaksud melatih pelajar hadis untuk menilaikan sesuatu hadis sesudah belajar perkara2 kitab 1-5 diatas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan