Daurah tafsir 2019 sesi 05(08)(s2)nota5(092)
Zaman Diturunkan Surah Ini Dan Latar Belakangnya.
Perang Badar telah berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-2 Hijrah. Surah al-Anfaal adalah satu Surah Madaniyyah yang diturunkan sekitar bulan Zul Qa'dah tahun ke-2 Hijrah, selepas berlakunya peperangan Badar. Sebelum perang Badar sudah turun Surah at-Thalaq dan Surah Muhammad.
Kesinambungan Surah Al-Anfaal Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam surah sebelum ini iaitu Surah al-A'raaf dinyatakan bagaimana bangsa-bangsa yang durjana
telah dibinasakan secara langsung oleh Allah, di dalam Surah al-Anfaal ini pula mereka dibinasakan secara tidak langsung, dengan berperang melawan orang-orang Islam. Akibatnya mereka menerima kekalahan dan sebahagian beras dpd mereka terbunuh. Kaum yang menderhakai Allah perlu dihapuskan supaya hilang kerosakan dan fitnah yang besar dari muka bumi (dunia). (Ayat:62)
هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ
Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.
Untuk menghukum kaum yang jahat, Allah telah mentaqdirkan berlaku peperangan di antara orang-orang kafir Quraisy dan orang-orang Islam, ia juga merupakan ujian kepada orang-orang Islam.
2. Di dalam paragraf permulaan Surah al-Anfaal dan paragraf terakhirnya disebutkan hasil baik daripada
jihad iaitu orang-orang Islam mendapat keampunan Allah dan mendapat rezeki yang mulia, ia secara tidak langsung memberi mafhum bahawa bangsa yang tidak berjihad akan hidup dengan penuh kehinaan.
3. Di dalam Surah al-Anfaal dijelaskan tentang Falsafah Jihad, sementara di dalam Surah at-Taubah selepasnya pula diarahkan supaya tiga golongan manusia diperangi.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Perkataan مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيم tersebut di dalam Surah al-Anfaal sebanyak dua kali. Satu dalam paragraf
permulaannya dan satu lagi dalam paragraf terakhirnya (Lihat Ayat 4 dan 74). Sebagaimana terdapat didalam kebanyakan surah-surah al-Qur'an perkara yang dianggap penting disebutkan di permulaan dan dibahagian penutupnya. Dari itu dapat disimpulkan bahawa jihad membawa manusia kepada keampunan Allah di akhirat dan kehidupan mulia di dunia. Pejuang-pejuang yang mengorbankan nyawa mereka dalam jihad dikatakan sebagai orang-orang mu'min sebenar هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ
(a) (Ayat 4)
أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
(b) (Ayaf 74)
92
Tiada ulasan:
Catat Ulasan