Halaman

Jumaat, Julai 03, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 05(08)(s2)nota5(093)

Daurah tafsir 2019 sesi 05(08)(s2)nota5(093)

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوْا وَنَصَرُوا أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

2. Surah al-Anfaal menyebutkan perang Badar sebagai perang di antara kebenaran dan kebatilan.
(a) Orang-orang Islam pada mulanya hanya mahu menghadapi rombongan dagang kaum Quraisy sahaja, sedangkan Allah mahukan pertempuran ketenteraan antara orang-orang Islam dan orang-orang kafir berlaku supaya kebenaran agama Islam menjadi kenyataan. (Ayat:7)
Al-Anfal 8:7
وَإِذْ يَعِدُكُمُ ٱللَّهُ إِحْدَى ٱلطَّآئِفَتَيْنِ أَنَّهَا لَكُمْ وَتَوَدُّونَ أَنَّ غَيْرَ ذَاتِ ٱلشَّوْكَةِ تَكُونُ لَكُمْ وَيُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُحِقَّ ٱلْحَقَّ بِكَلِمَٰتِهِۦ وَيَقْطَعَ دَابِرَ ٱلْكَٰفِرِينَ 
Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepadamu bahwa salah satu dari dua golongan (yang kamu hadapi) adalah untukmu, sedang kamu menginginkan bahwa yang tidak mempunyai kekuatan senjatalah untukmu. Tetapi Allah hendak membenarkan yang benar dengan ayat-ayat-Nya dan memusnahkan orang-orang kafir sampai ke akar-akarnya,

(b) Allah s.w.t. mahu menegakkan agama yang benar dan menghapuskan agama yang salahwalaupun ia tidak disukai oleh pemimpin-pemimpin orang-orang musyrikin dan orang-orang yang jahat. (Ayat 8)
Al-Anfal 8:8
لِيُحِقَّ ٱلْحَقَّ وَيُبْطِلَ ٱلْبَٰطِلَ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْمُجْرِمُونَ 

agar Allah memperkuat yang hak (Islam) dan menghilangkan yang batil (syirik) walaupun orang-orang yang berdosa (musyrik) itu tidak menyukainya.


(c) Pemimpin-pemimpin musyrikin Quraisy juga mahu kebenaran menjadi kenyataan, kerana itu mereka berdoa. (Ayat: 32)
Al-Anfal 8:32
وَإِذْ قَالُوا۟ ٱللَّهُمَّ إِن كَانَ هَٰذَا هُوَ ٱلْحَقَّ مِنْ عِندِكَ فَأَمْطِرْ عَلَيْنَا حِجَارَةً مِّنَ ٱلسَّمَآءِ 

Dan (ingatlah), ketika mereka (orang-orang musyrik) berkata, “Ya Allah, jika (Al-Qur'an) ini benar (wahyu) dari Engkau, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, 


3. Pada beberapa tempat di Surah al-Anfaal, Allah s.w.t. telah mengarahkan tentera Islam supaya tetap dan teguh pendiriannya, Allah juga telah menyebutkan keteguhan dan ketetapan pendirian dalam peperangan itu merupakan salah satu kurniaanNya.

(a) Betul-betul sebelum berlaku peperangan, Allah telah membuatkan pasukan tentera Islam mengantuk dan tertidur sementara waktu, setelah sedar dari tidur mereka berasa cukup bertenaga dan segar. (Ayat: 11)
إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِنْهُ 
(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu).

(b) Kemudian Allah telah menurunkan hujan, dengannya kekotoran syaitan dihilangkan dan hati orang-orang Islam menjadi teguh. Dengan hujan yang diturunkan itu, kedudukan pasukan tentera Islam menjadi medan yang cukup sesuai. (Ayat: 11)
وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ وَيُذْهِبَ عَنْكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ 
وَلِيَرْبِطَ عَلَىٰ قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الْأَقْدَامَ

Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya 
dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, 
dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).


(c) Allah memerintahkan kepada para malaikat supaya memberi semangat dan keteguhan jiwa kepada orang-orang Islam di medan perang. (Ayat: 12)


93


Tiada ulasan:

Catat Ulasan