Halaman

Sabtu, Julai 04, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 05(08)(s2)nota5(094)

Daurah tafsir 2019 sesi 05(08)(s2)nota5(094)

إِذْ يُوحِي رَبُّكَ إِلَى الْمَلَائِكَةِ أَنِّي مَعَكُمْ فَثَبِّتُوا الَّذِينَ آمَنُوا ۚ

(d) Allah s.w.t. memerintahkan orang-orang Islam supaya teguh pendirian dalam menghadapi musuh dan pada ketika itu juga mereka dikehendaki mengingati Allah dengan banyak supaya mereka mendapat kejayaan. (Ayat: 45)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

4. Di dalam Surah al-Anfaal, dua kali digunakan perkataan.فَشِلْ  memberi erti kelemahan (Lihat ayat
43 dan 46). Allah s.w.t. mahu orang-orang Islam bebas daripada segala kelemahan ketika menghadapi musuh di medan perang, Allah mahu mereka teguh dan tetap pendirian dalam menghadapi pihak musuh.

(a) Allah s.w.t. telah menunjukkan pihak musuh yang terdiri daripada musyrikin Mekah di dalam mimpi Rasulullah berjumlah sedikit, kalau tidak orang-orang Islam,berasa lemah semangat danakan bertelagah. (Ayat: 43)

إِذْ يُرِيكَهُمُ اللَّهُ فِي مَنَامِكَ قَلِيلًا ۖ وَلَوْ أَرَاكَهُمْ كَثِيرًا لَفَشِلْتُمْ وَلَتَنَازَعْتُمْ فِي الْأَمْرِ 

(Ingatlah wahai Muhammad) ketika Allah memperlihatkan mereka kepadamu dalam mimpimu sedikit bilangannya; 
dan kalaulah Ia perlihatkan mereka kepadamu ramai bilangannya, tentulah kamu akan merasa gerun dan tentulah kamu akan berbantah-bantahan dalam urusan (perang) itu. 

(b) Orang-orang Islam diperintah supaya taat kepada Allah dan Rasul, mereka diperintah supaya patuh dan taat,jangan bertelagah. Kalau tidak, mereka akan lemah. Mereka juga diminta supaya berpendirian teguh. Kepada pejuang-pejuang yang berpendirian teguh diberikan berita gembira bahawa Allah akan menolong mereka. (Ayat 46)
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ 
إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan(sesama sendiri atau bantah ketua); kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); 
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.


5. Di dalam Surah al-Anfaal beberapa kali Allah memerintahkan supaya orang-orang Islam taat kepada
Allah dan RasulNya supaya dengan itu mereka terus mendapat kejayaan di masa akan datang.

(a) Dikatakan kepada orang-orang Islam bahawa tuntutan iman yang benar dan suci menghendaki Allah dan RasulNya ditaati, mereka diperintah supaya bertaqwa dan mengadakan hubungan yang mesra sesama Islam sedapat mungkin. (Ayat: 1)
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَصْلِحُوا ذَاتَ بَيْنِكُمْ ۖ وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Bertaqwalah kamu kepada Allah (,ini asas nak selamat)
dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah(syariat )dan RasulNya(sunnah)
jika betul kamu orang-orang yang beriman".

(b) Hati dan fikiran umat Islam diperteguh. Allah menghendaki mereka menyahut seruan Allah dan RasulNya, dengan begitu kehidupan mereka akan abadi. (Ayat:24)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ 
Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; 

(c) Setelah mendengar perintah Allah dan Rasul, orang-orang Islam hendaklah mematuhinya tanpa dolak-dalik. Mereka juga diajar supaya berdisiplin.
(Ayat : 20)

94

Tiada ulasan:

Catat Ulasan