Ahad, Julai 19, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 05(10)(s2)nota5(109)

Daurah tafsir 2019 sesi 05(10)(s2)nota5(109)

Yunus 10:78

قَالُوٓا۟ أَجِئْتَنَا لِتَلْفِتَنَا عَمَّا وَجَدْنَا عَلَيْهِ ءَابَآءَنَا وَتَكُونَ لَكُمَا ٱلْكِبْرِيَآءُ فِى ٱلْأَرْضِ وَمَا نَحْنُ لَكُمَا بِمُؤْمِنِينَ 
Mereka berkata, “Apakah engkau datang kepada kami untuk memalingkan kami dari apa (kepercayaan) yang kami dapati nenek moyang kami mengerjakannya (menyembah berhala), dan agar kamu berdua mempunyai kekuasaan di bumi (negeri Mesir)? Kami tidak akan mempercayai kamu berdua.”


6. Orang-orang musyrikin Mekah yang durjana telah diingatkan dengan bukti-bukti sejarah bahawa Allah pada bila-bila masa sahaja boleh membinasakan orang-orang yang durjana.
(a) Sejarah menjadi saksi bahawa Allah telah membinasakan orang-orang zalim dan durjana yang tidak beriman kepada ajaran rasul yang jelas. (Ayat: 13)
وَلَقَدْ أَهْلَكْنَا ٱلْقُرُونَ مِن قَبْلِكُمْ لَمَّا ظَلَمُوا۟ۙ وَجَآءَتْهُمْ رُسُلُهُم بِٱلْبَيِّنَٰتِ وَمَا كَانُوا۟ لِيُؤْمِنُوا۟ۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْقَوْمَ ٱلْمُجْرِمِينَ 
Dan sungguh, Kami telah membinasakan umat-umat sebelum kamu, ketika mereka berbuat zhalim, padahal para rasul mereka telah datang membawa keterangan-keterangan (yang nyata), tetapi mereka sama sekali tidak mau beriman. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat dosa.


(b) Orang-orang musyrikin yang durjana diberi peringatan dan amaran bahawa azab Allah boleh menimpa mereka pada bila-bila masa baik pada waktu pagi atau waktu petang, oleh itu hendaklah mereka berfikir secara mendalam. (Ayat: 50)
قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِنْ أَتَىٰكُمْ عَذَابُهُۥ بَيَٰتًا أَوْ نَهَارًا مَّاذَا يَسْتَعْجِلُ مِنْهُ ٱلْمُجْرِمُونَ 
Katakanlah, “Terangkanlah kepadaku, jika datang kepada kamu siksaan-Nya pada waktu malam atau siang hari, manakah yang diminta untuk disegerakan orang-orang yang berdosa itu?”



109

Tiada ulasan:

Catat Ulasan