Halaman

Rabu, Julai 22, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 06(11)nota6(112)

Daurah tafsir 2019 sesi 06(11)nota6(112)
sesi 06(11,12,13,14)

kepada orang-orang yang tidak percaya kepada keesaan tuhan (tauhid), kerasulan Muhammad s.a.w. dan juga hari akhirat. Di dalam Surah Hud ini, Allah mengemukakan enam peristiwa yang benar-benar telah berlaku dalam sejarah, di mana Allah membinasakan orang-orang yang kafir dan menyelamatkan orang-orang yang beriman sebagai menyempurnakan hujjah dari pihakNya.
2. Hujjah yang lengkap kepada orang-orang yang berada dalam keraguan.
Di dalam Surah Yunus sebelum ini tersebut bahawa al-Qur'an adalah kalam رب العالمين yang suci
daripada segala bentuk keraguan (Ayat: 37). Ketika menyatakan kesalahan orang-orang musyrikin Mekah, dikatakan mereka juga berada dalam keraguan (Ayat: 94). Di dalam ayat 104 surah yang sama
dikemukakan dalil kepada orang-orang yang ragu bahawa Tuhan yang mematikan manusia sahaja yang layak disembah. Di dalam Surah Hud dikemukakan bukti sejarah bahawa kaum Tsamud juga pernah berada dalam keraguan (Ayat: 62). Fir'aun dan pengikut-pengikutnya juga terperangkap dalam penyakit yang sama. (Ayat 110).
3. Cabaran kepada kaum musyrikin Ouraisy kerana menuduh Nabi s.a.w. mengada-adakan al-Qur'an.Di dalam Surah Yunus orang-orang musyrikin dicabar bahawa kalau kamu mengatakan al-Qur'an ini bukan kalam Allah dan ia hanya rekaan Muhammad, maka kamu dicabar supaya membawa hanya satu saja surah seumpamanya sebagai bukti kebenaran kamu (Ayat: 38) dan di dalam Surah Hud ini pula mereka dicabar bahawa jika kamu menuduh Muhammad berdusta kerana mengatakan al-Qur'an itu kalam Allah padahal ia tidak lebih daripada rekaannya semata-mata, maka kamu dicabar supaya membawa 10 surah seumpamanya jika kamu benar dalam da'waanmu itu. (Ayat: 13).
4. Jawapan kepada tuduhan sihir.
Di dalam Surah Yunus dinyatakan bahawa orang-orang musyrikin Mekah telah menuduh Rasulullah s.a.w. sebagai tukang sihir kerana Baginda menyampaikan berita gembira dan ancaman menerusi ayat-ayat al-Qur'an (Ayat: 2). Sikap mereka tak ubah seperti sikap Fir'aun dan pembesar-pembesar negaranya yang menuduh mu'jizat yang diberikan kepada Musa a.s. sebagai sihir yang nyata (Ayat: 76).
Di dalam Surah Hud dinyatakan bahawa orang-orang musyrikin Mekah telah menuduh kepercayaan kepada akhirat yang dikemukakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai sihir yang nyata, mereka tidak dapat menerima manusia setelah mati akan dibangkitkan kembali. (Ayat:7).
5. Di dalam Surah Yusuf akan datang diberikan berita gembira kepada orang-orang yang bersabar dalam menghadapi kesukaran hidup, bahawa orang-orang yang beriman akan berjaya menghadapi tipu daya pihak yang menipu dan membuat perancangan jahat, orang-orang yang beriman juga akhirnya akan diberikan kekuasaan dan kemenangan.

112

Tiada ulasan:

Catat Ulasan