Halaman

Selasa, Julai 21, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 06(11)nota6(111)

Daurah tafsir 2019 sesi 06(11)nota6(111)
sesi 06(11,12,13,14)

Zaman Diturunkan Surah Dan Latar belakangnya
Surah Hud diturunkan bersama-sama Surah Yunus di zaman pertengahan bahagian ke empat dan terakhir kehidupan Rasulullah s.a.w. di Madinah. Zaman terakhir kehidupan Rasulullah s.a.w. bermula dari tahun ke-11 Kenabian hingga ke tahun 13 Kenabian, bagaimanapun Surah Hud berkemungkinan besar diturunkan pada tahun 12 Kenabian, itulah zaman di mana Rasulullah s.a.w. dituduh dengan pelabagai tuduhan, seruan Baginda dipandang dengan penuh keraguan dan kesangsian, al-Qur'an dikatakan sihir yang nyata.

Ciri-Ciri Khusus Surah
1. Surah Hud merupakan surah yang menyatakan sifat jalal Allah, di dalamnya disebutkan bagaimana Allah memurkai bangsa-bangsa yang derhaka, berdosa dan melampaui batas dan bagaimana Allah membinasakan mereka, surah ini telah membuatkan Rasulullah s.a.w. menjadi tua.
2. Di dalam paragraf pertama dan terakhir surah ini terdapat ayat yang menuntut manusia supaya mentauhidkan ibadat kepada Allah semata-mata (توحيد عبادة)(Ayat 2 dan ayat 123).
3. Surah ini juga menerangkan bagaimana Allah melaksanakan sunnahNya dalam membinasakan
bangsa-bangsa dan sunnahNya dalam menggantikan mereka dengan yang lain, bahawa Allah membinasakan bangsa-bangsa setelah memberikan sedikit masa dan peluang kepada mereka, pada ketika itu Dia menyelamatkan orang yang baik-baik dan untuk memimpin dunia pula dibawakan umat yang lain sebagai gantinya.
4. Dari segi nazm (struktur makronya), Surah Hud menyerupai Surah al-A'raaf, kedua-duanya
mempunyai lapan paragraf, di dalamnya terdapat pendahuluan dan penutup, di antara pendahuluan dan
penutupnya pula terdapat kisah enam kaum yang dibinasakan secara berturut-turut dalam sejarah
kemanusiaan.
5. Apa yang berbeza ialah di dalam surah ini terdapat seruan para nabi kepada umat masing-masing
supaya mereka bertaubat dan beristighfar, supaya mereka terhindar daripada kemurkaan Allah.

Kelebihan Surah
Rasulullah s.a.w. bersabda:
شَيّبَتْنِي هُودٌ وَالْوَاقِعَةُ وَالمُرْ سَلَاتُ وَ عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ وَ إِذَا الشّمْسُ كُوّرَتْ
 Maksudnya:
Surah Hud, al-Waqi'ah, al-Mursalat, Surah an-Naba' dan Suah at-Takwir telah membuatkan aku beruban (menjadi tua)" - Jami' At-Tirmizi, Kitab Tafsir, Bab Surah al-Waqi'ah,
Hadits ٣٢97.Ia adalah satu hadits sahih.

Perkaitan Surah Hud Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Bermacam-macam dalil telah diberikan di dalam Surah Yunus sebagai menyempurnakan hujjah

111

Tiada ulasan:

Catat Ulasan