Halaman

Sabtu, Julai 18, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms022

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms022

Misykatul masobih-kitab iman-sesi 00A
09-Dis-12

Kitab iman³⁷
___________________________________________________________
³⁷ Oleh kerana iman adalah  sesuatu yang paling  penting dalam kehidupan  beragama dan ia merupakan syarat  penerimaan  segala  amalan   dan ibadat sesaorang manusia, maka pengarang memulakan kitabnya dengan kitab iman. 
Erti iman.
Dari segi bahasa Arab iman bererti  mempercayai, menyakini , menerima dan membenarkan . Penggunan perkataan ini dari sudut bahasa dapat dilihat umpamanya dalam firman Allah berikut ini:
Yusuf 12:17
 وَمَآ أَنتَ بِمُؤْمِنٍ لَّنَا وَلَوْ كُنَّا صَٰدِقِينَ 
Bermaksud:Ayah sudah tentu tidak akan percaya kepada kami, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar.”

Perkataan iman berasal  daripada  perkataan  أَمْنٌ yang bererti  keamanan, keselamatan dan ketenteraman.Seolah-olahnya orang  yang membenarkan sesaorang, meletakannya dalam  keamanan dan ketenteraman  daripada dibantahi dan didustainya.

Dari segi istilah syariat pula, beberapa takrif iman telah dikemukakan oleh para ulamak. Antara lainnya ialah:
(1)Kebanyakan  ulama berpendapat iman menurut istilah syariat ialah 
 الَّصْدِيقُ بِمَا عَلِمَ بِالضَّرُورَة مِنَ الدِّينُ كَالْإِيْمَانِ بِاللهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ
Bermaksud : Membenarkan  apa yang diketahui sebagai ajaran agama Islam oleh semua orang seperti percaya kepada Allah , malaikat,kitab-kitab suciNya, rasul-rasulNya dan hari kemudian.

(2)Mahmud Al-Aalusi berkata didalam  kitabnya Ruh al-Maani mentakrifkannya  dengan berkata 
هُوَ التَّصْدِيْقُ بِمَا عَلِمُ مُجِيءَ النَّبِيِ بِهِ ضَرُورَةً تَفْصِيلًا فِي  عَلِمَ تَفْصِيلَا وَإِجْالَا فِيمَا  عُلِمَ إِجْمَالًا
Bermaksud :Iman ialah membenarkan  ajaran-ajaran yang diketahui semua orang telah dibawa oleh Nabi saw. Yang dikemukakan oleh Rasullah  saw secara terperinci ,perlu  diimani  secara terperinci   dan yang dikemukakan oleh Baginda saw secara borong  pula, perlu  diimani  secara borong. Setelah mengutarakan  takrif  tersebut Al-Alusi  berkata وَهَذَا مَذْهَبُ جُمْهُوْرِ المُحَقِّقِينَ ( ini adalah  pegangan kebanyakan ahli tahqiq-ulama yg boleh bagi dalil dari kajiannya/pakar)

(3)Iman ialah membenarkan  ajaran-ajaran yang diyakini  sebagai  agama  yang dibawa oleh  Rasullah saw. Justeru ajaran-ajaran  yang tsabit berdssarkan dzan semata-mata,seperti  ysng tsabit  melalui  hadits-hadits aahaad dan qias tidak termasuk dalam bidang  imaniyaat(perkara-perkara yang wajib diimani) .

(4)Iman Ghazali  didalam  Faishalatul atTafriqah Baina al-Islam Wa az-Zandaqah mentakrifkan iman dan kufur  dengan katanya 
اَلإِيْمَانِ هُوَ تَصْدِيقَ النَّبِي عَلَيهِ وَالسَّلَامِ فِي جَمِيعِ مَا جَاءَ بِهِ وَالْكُفْرِ هُوَ تَكْذِيْبُهُ فِي شَيْءٍ مِمَّا جَاءَبِهِ 
Bermaksud:Iman ialah  membenarkan  segala apa yang dibawa oleh Nabi saw dan kufur  ialah  mendustakan  apa saja  yang dibawa Baginda saw . Jadi mengikut takrif ini, sesaorang  itu baru  dikatakan  beriman  apabila ia membenarkan semua perkara yang  dibawa oleh Rasullah saw  . Dan untuk menjadi kafir pula tidak perlu ia mendustakan semua  perkara  yang dibawa oleh  Rasullah saw. Memadailah  dengan ia mendustakan satu saja ajaran  yang dibawa Baginda saw.
(5)Imam Raazi kurang puas hati  dengan takrif yang dikemukakan  oleh al-Ghazali itu  kerana  beberapa alasan . Salah satunya  ialah  takrif itu tidak merangkumi orang  yang tidak membenarkan  dan tidak  juga mendustakan Rasullah saw. Padahal semua ulama  sepakat  mengatakan  orang  seperti itu juga dikira kafir. Maka beliau mengubah sedikit takrif yang dibuat al-Ghazali tadi dengan berkata:
اَلإِيْمَانِ هُوَ تَصْدِيقَ النَّبِي عَلَيهِ وَالسَّلَامِ فِي جَمِيعِ مَا جَاءَ بِهِ وَالْكُفْرِ هُوَ تَكْذِيْبُهُ فِي شَيْءٍ مِمَّا جَاءَبِهِ 
Bermaksud : Iman ialah membenarkan  Nabi saw serta ajaran  yang dibawanya dan kufur pula ialah tidak  membenarkan apa saja yang dibawa Nabi saw. Dengan itu  tidak terlepaslah orang yang tidak  membenarkan dan tidak juga me dustakan  Rasullah saw daripada kekufuran.
(6)Syah Abdul Aziz dinukilkan berpendapat bahawa iman itu bererti menerima Kitab Allah,zahir dan batinnya sesuai dengan kehendak alQuran dan  Sunnah Nabi saw .
Sesaorang tidak akan terlepas daripada menjadi mulhid(kafir) dan zinddiq walaupun setelah  menerima Kitab Allah zahir dan batin,sekiranya ia masih lagi mentakwilkannya dengan takwilan-takwilan  yang tidak  bersesuaian dengan Kitab Allah dan Sunnah rasulNya. Misalnya ia percaya bahawa syurga dan neraka yang tersebut didalam alQuran itu benar, tetapi  ditakwilnya  syurga dengan ketenangan jiwa dan neraka pula  dengan penderitaan jiwa. Takwilan seumpama ini bercanggah sama sekali  dengan alQuran dan asSunnah. Firman Allah   فاخلع نعليك sebagai contoh kedua, diterimanya sebagai firman Allah. Tetapi maksudnya sughra dan 

22

Tiada ulasan:

Catat Ulasan