Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms015
___________________________________________________________
diniatkan tadi. Sesuatu amalan baik yang dilakukan oleh dua individu yang berbeza,mungkin kelihatan sama sahaja.Tetapi natijah dan pahalanya mungkin sama sekali tidak sama. Contohnya jika sesaorang pergi ke asjid hanya dengan niat untuk menunaikan solat berjemaah semata-mata, ia akan mendapat pahala solat berjemaah di masjid sahaja sebagaimana yang dijanjikan di dalam hadits-hadits. Tetapi sesaorang yang menyertalan niat hendak bersolat secara berjemaah di masjid dengan niat akan beramah mesra dengan ahli jemaah yang lain, menghadiri majlis ilmu yang diadakan di masjid ,bersolat sunat tahiyyatu al- masjid dan lain-lain akan mendapat ganjaran tambahan yang lain pula. Jika dia juga berniat apabila pulang dari masjid nanti,akan singgah dirumah salah seorang teman yang sakit untuk menziarahinya atau setidak-tidaknya akan membawa pulang buah tangan untuk anak isteri dirumah,tentu dia akan membolot begitu banyak pahala hasil daripada niatnya untuk melakukan amalan-amalan sampingan sebagai bonus daripada tujuan yang asal iaitu berjemaah di masjid. Apa lagi jika amalan yang akan dilakukan sesaorang itu berupa suatu sumbangan yang besar kepada Islam dan umatnya. Sebagai contoh, jika sesaorang berniat hendak menjadi seorang ulamak yang berjasa kepada masyarakat , dia menyertakan niatnya itu dengan usaha yang gigih dan konsisten sesuai dengan matlamatnya yang tinggi dan mulia itu. Pengorbanan demi pengorbanan telah dilakukannya dalam usaha mencapai matlamatnya. Namun sekiranya ditakdirkan niat yang baik dan besar tersebut tidak tercapai , sama ada kerana dirintangi aral yang tidak mampu ditempuhnya atau dijemput ajal sebelum sempat menyempurnkannya, Allah swt tetap akan mengira amalan yang diniatkannya dan mengganjarkan paha sesuai dengan matlamatnya yang asal. Walaupun apa yang diniatkannya dahulu tidak menjadi kenyataan. Balasan yang akan Allah berikan kepadanya adalah sesempurna niatnya. Walhal sekiranya pelajar tersebut berjaya sekadarnya atau berumur panjang dan ternyata dia tidak mampu merealisasi niatnya yang disematkan dulu.Dia hanya akan menerima ganjaran sekadar yang mampu dilaksanakannya sahaha. Inilah faedah dan kelebihan niat. Kerana pahalanya akan tetap diberikan Allah swt tanpa dilaksanakannya amalan tersebut. Malah ganjarannya akan berpanjangan dan berkekalan walaupun setelah di meninggal dunia. Walaubagaimanapun amalan-amalan yang dikira berdasarkan niat tersebut hanyalah amalan-amalan ketaatan dan kebajikan sahaja. Sesuatu ibadat yang tidak disertakan dengan apa-apa niat tidak dikira atau tidak sah. Sesuatu amalan maksiat yang dilakukan dengan niat untuk membuat sesuatu kebajikan ,contohnya melacur untuk membantu anak-anak yatim, pasti tidak akan diterima sebagai amalan kebajikan malah ia tetap dikira berdosa. Begitu juga sebaliknya jika sesuatu amalan ibadat atau kebajikan dilakukan dengan niat yang terpesong ,umpamanya untuk menunjuk-nunjuk ,maka ia tidak akan menghasilkan sebarang pahala malah lebih malang lagi amalan seperti itu mendatangkan dosa pula. Berbeza dengan amalan-amalan atau perkara-perkara mubaahaat(harus) seperti makan, minum dan sebagainya tetap akan menjadi walaupun tanpa ada sebatang niat.
Begitupun jika ia disertakan dengan niat yang baik ,tetap juga akan menghasilkan pahala.
Bahagian kedua hadits niat iaituوإنما لكل امرىء ما نوى (Setiap orang akan mendapat apa yang diniatnya) seimbas lalu tidak lebih daripada pengulangan semula bahagian pertama hadits. Apakah ada sebenarnya perbezaan diantara bahagian pertama dan bahagian keduanya? Berikut dikemukakan beberapa pandangan ulamak hadits tentang perhubungan diantara dua bahagian hadits tersebut.
(1)Iman Qurtubi berpendapat bahagian kedua tidak lebih daripada penguat(تأكيد) kepada bahagian pertama hadits. Olehkerana niat adalah sesuatu yang sangat penting dan ia merupakan penentu kepada sah atau tidaknya sesuatu amalan manusia, Rasullah saw tidak
bersabda إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ semata-mata,malah untuk menguatkan nya Baginda menegaskan pula dengan bahagian kedua hadits dalam susunan ayat dan gaya bahasa yang lain, iaituوَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى. Sedangkan kedua-duanya menyatakan perkara yang sama. Kalau mafhum bahagian pertama hadits ialah amalan sesaorang baru diterima Allah apabila pelakunya betul. Tetapi amalanya tidak akan diterima kalau niatnya tidak betul. Maka mafhum ahagian kedua hadits pula ialah kalau niat sesaorang betul,ia menjadi penyebab kepada balasan baik yang akan diterimanya untuk
15
Tiada ulasan:
Catat Ulasan