Jumaat, Julai 24, 2020

Qawaid tafsir 2018 nota 9(0127)

Qawaid tafsir 2018 nota 9(0127)

Keterangan: Di dalam al-Qur'an ada perkataan-perkataan yang apabila digunakan secara berasingan ia akan memberi ma'nanya yang umum dan luas, dan apabila ia digunakan bersama perkataan-perkataan tertentu pula ia akan menunjukkan sebahagian daripada ma'nanya sahaja. Sementara ma'na-ma'nanya yang lain akan diberikan oleh perkataan tertentu yang disebutkan bersamanya itu.
Sebenarnya perkataan dalam bahasa 'Arab ada dua macam. Pertama perkataan yang menunjukkan satu ma'na tertentu sahaja, tidak kira sama ada ia disebut secara berasingan atau disebutkan bersama perkataan lain. Kedua ialah perkataan yang apabila disebut secara bersendirian dalam ayat ia akan memberi ma'nanya yang lengkap, dan jika ia disebutkan bersama perkataan lain yang hampir sama erti
dengannya, maka ia akan menunjukkan sebahagian daripada ma'nanya sahaja, adapun ma'na-ma'nanya yang lain maka diberikan oleh perkataan yang disebutkan
bersamanya itu.

Lihat contoh-contohnya pada beberapa firman Allah di bawah ini:
(a)Al-Baqarah 2:273

لِلْفُقَرَآءِ ٱلَّذِينَ أُحْصِرُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ لَا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِى ٱلْأَرْضِ يَحْسَبُهُمُ ٱلْجَاهِلُ أَغْنِيَآءَ مِنَ ٱلتَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُم بِسِيمَٰهُمْ لَا يَسْـَٔلُونَ ٱلنَّاسَ إِلْحَافًاۗ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ 

273. (Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa
saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengatahui. 
(al-Baqarah: 273).

(b)At-Taubah 9:60

إِنَّمَا ٱلصَّدَقَٰتُ لِلْفُقَرَآءِ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱلْعَٰمِلِينَ عَلَيْهَا وَٱلْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَٱلْغَٰرِمِينَ وَفِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِۖ فَرِيضَةً مِّنَ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ 




127

Tiada ulasan:

Catat Ulasan