Selasa, Julai 21, 2020

Tafsir asas quran nota 4(042).

Tafsir asas quran nota 4(042).

(9) Memahami Al-Qur'an Berdasarkan Tertib AI-Qur'an Yang Ada (  فهم القرآن على   ضوء  الترتيب الكتابي )

Usul kesembilan ialah memahami al-Qur"an berdasarkan tertib al-Qur'an yang ada didalam Mushaf atau dalam bentuk sebuah buku di tangan umat Islam hari ini. 

Di bawah usul kelapan telah pun dipaparkan bahawa mula-mula sekali lima ayat di permulaan Surah al-'Alaq diturunkan. Kemudian beberapa ayat di permulaan Surah al-Muddattsir, kemudian beberapa ayat di permulaan Surah al-Muzzammil dan seterusnya. Pendek kata, tertib turun al-Qur'an tidak sama dengan tertib al-Qur'an yang ada di dalam Mushaf hari ini. Kenapa berlaku begitu? Kenapa tidak dipakai saja susunan al-Qur'an menurut tertib turunnya? Apakah rahsia di sebalik ketidaksamaan dua tertib tersebut??
Anda akan mendapat jawapannya setelah memahami dengan baik beberapa perkara di
bawah ini:
(a) Tertib Tauqifi (الترتيب توقيفي)
Tertib al-Qur'an seperti yang ada pada hari ini adalah tertib yang diterima para sahabat dari Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w. pula nrenerimanya dari Jibril dan Jibril pula
menerimanya dari Allah s.w.t. Tertib sebegini dinamakan  Tertib Tauqifi   kerana pada hakikatnya  bukan hasil ijtihad manusia. Justeru ia adalah suatu yang dikehendaki
Allah dan direstuiNya. Menurut tertib inilah al-Qur'an itu dihafal oleh para huffaaz dan qurra' semenjak zaman Sahabat,Tabi'inn. Tab'i at-Tabi'in dan generasi-generasi yang datang kemudian hingga ke hari ini. Di sebalik tertib tauqifi ini juga tersimpan banyak sekali hikmat al-Qur'an sebagai kalam Allah swt. Oleh itu ia perlu diteliti dan dikaii.
(b) Jalinan dan paduan yang cukup indah di antara surah-surah Makkiyyah dan Madaniyyah.
Surah al-Faatihah adalah Makkiyyah. Ia disusuli empat surah Madaniyyah, iaitu al-Baqarah, Aali 'lmraan, an-Nisaa'dan al-Maa'idah. Empat surah Madaniyyah ini diikuti pula oleh dua surah Makkiyyah. iaitu al-An'aam dan al-A'raaf. Selepas itu berturutan pula dua surah Madaniyyah, iaitu al-Anfaal dan at-Taubah. Demikianlah berterusan jalinan dan paduan yang penuh makna antara surah-surah Makkiyyah dan Madaniyy'ah.


42

Tiada ulasan:

Catat Ulasan