Halaman

Sabtu, Ogos 08, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 06(13)nota6(121)

Daurah tafsir 2019 sesi 06(13)nota6(121)
sesi 06(11,12,13,14)

Surah Ar rad.
Tertib surah 13 
Bilangan ayat 43
Bilangan rukuk 6
Surah Makkiyah
Tertib turun yg 96
Bilangan paragraf  3
Paragraf 1ayat 1-18 Seruan Islam kepada aqidah dan kepercayaan pada hari akhirat adalah benar .
Paragraf 2 ayat 19-29 Orang yg menerima tauhid  bijak cerdik dan berakal dan orang-orang musyrik bodoh. 
Paragraf 3 Ayat 30-43 Kesudahan orang yg beriman dan bijaksana lagi berakal dan baik.

Mesej utama didlm surah ini.
1.Orang2 yg menerima aqidah tauhid dan hari akhirat yakni aqidah tentang adanya hari akhirat dan Al-Quran daripada Muhamad adalah bijaksana اولو الألباب
2.Orang2 yg tidak menerima aqidah tauhid dan hari akhirat dan selain jahat mereka juga bodoh.
3.Pertentangan yg berlaku diantara mereka adalah pertentangan diantara Hak dan Batil(benar dan syirik)
4. Sebagaimana sifat mereka berbeza dalam kehidupan ini kesudahannya juga berbeza(hasil mereka dapat masing-masing tak sama)

121


Tiada ulasan:

Catat Ulasan