Daurah tafsir 2019 sesi 06(13)nota6(122)
sesi 06(11,12,13,14)
Zaman Diturunkan
Surah ar-Ra'd diturunkan di peringkat akhir kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah, besar sekali kemungkinan ia diturunkan selepas Surah Yusuf pada tahun ke-12 Kenabian, pada ketika itu pakatan jahat dalam menentang Rasulullah s.a.w. sedang dijalankan. Pelbagai tipu daya dan helah jahat dirancang (Ayat: 33 dan 42). Orang-orang musyrikin Mekah semakin kuat berpegang dengan kesyirikan mereka (Ayat: 33), mereka juga semakin kuat mengingkari kerasulan Muhammad (Ayat: 43) dan
mengingkari kepercayaan kepada hari akhirat. Pendek kata, pertentangan antara haq dan bathil pada ketika itu betul-betul berada di kemuncaknya. Sesetengah 'ulama' menganggap surah ini adalah Surah Madaniyyah tetapi yang sebetulnya bukanlah begitu, ia adalah Surah Makkiyyah.
Ciri-Ciri Khusus Surah
Surah ar-Ra'd termasuk dalam surah-surah Makkiyyah yang mempunyai gaya bahasa yang sangat menarik, ia penuh dengan keindahan bahasa dan sangat padat serta ringkas, selain itu ia juga penuh dengan dalil-dalil أفاقيdan أنفسي yang kuat. Dilihat dari sudut ini, banyak sekali keserupaannya dengan Surah Qaf. Surah ar-Ra'd adalah satu surah yang sangat mendalam kesannya dan indah gaya bahasanya.
Perkaitan Surah Ar-Ra'd Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah Yusuf, kebenaran yang berada di pihak Nabi Yusuf dan kebathilan di pihak penentang-penentang nya dikemukakan dalam bentuk sebuah kisah. Di dalam Surah ar-Ra'd pula, kebenaran dan kebathilan dibuktikan berdasarkan dalil-dalil عقلي dan أنفسي. Tauhid adalah benar dan syirik adalah karut, dibuktikan dengan dalil-dalil itu.
2. Di akhir Surah Yusuf, seruan Rasulullah s.a.w. dikatakan sebagai seruan kepada Allah على بصيرة yang bermaksud secara sangat jelas dan terang, di dalam Surah ar-Ra'd ini kebenaran tauhid, kerasulan dan kepercayaan kepada hari akhirat dibuktikan dengan dalil-dalil yang sangat jelas dan terang dengan gaya bahasa yang sungguh menarik.
3. Di dalam Surah Ibrahim akan datang dinyatakan satu hakikat bahawa kerana adanya kesedaran bersyukurlah manusia secara semula jadi akan terdorong untuk menerima tauhid. Di dalam surah ini dan juga surah berikutnya ada disebutkan tentang اولو الالباب (orang-orang yang bijaksana). Ahli tauhidlah golongan yang paling tepat dengan اوالالباب itu
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam Surah ar-Ra'd terdapat tuntutan supaya menerima tauhid uluhiyah dan kepercayaan kepada
hari kemudian. Di dalam Surah ar-Ra'd ini setelah dijelaskan tentang tauhid rububiyah kepada orang-orang musyrikin,
122
Tiada ulasan:
Catat Ulasan