Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms027.
Misykatul masabiih 27
Bermaksud: Nabi s.a.w. selalu berdoa (begini): Ya Allah! Wahai Tuhan yang mengubah hati-hati manusia, tetapkanlah hatiku atas agama Mu.
(Bukhari di dalam al-Adabu al-Mufrad, Tirmizi, Ibnu Abi Syaibah, Ibnu Majah, al-Baghawi di dalam Sy-arah as-Sunnah, Ahmad, Abu Ya'la dan lain-lain).
(3) Kufur Iawannya iman.Kerana itu Allah berfirman:
فَمَن يَكْفُرْ بِٱلطَّٰغُوتِ وَيُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ
Bermaksud: oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia beriman (percaya) kepada Allah, (al-Baqarah:256).
Kufur bererti tidak percaya dan iman pula bererti percaya. Kedua-duanya berkait dengan hati dan saling berlawanan. Apabila ada iman, tiadalah kufur dan apabila ada kufur, tiadalah pula iman. Setelah jelas tempat kufur itu sebenarnya di hati, iman yang merupakan Iawannya juga tentulah Ietaknya di hati, bukan pada amalan atau perbuatan anggota Iahir badan. Logiknya ialah tidak akân berlaku pertentangan dan perlawanan jika tempat iman berlainan . لَا تَضَادَّ عِنْدَ تَغَايُرِ المَلَّيْنَ
(4) Di dalam al-Qur'an seringkali amal diathafkan kepada iman. Sebagai contohnya Iihatlah firman Allah ini:
إن الذين آمنوا الصالحات
Bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh.
Ini menunjukkan kelainan hakikat iman dan amal saleh itu. Kalau tidak, akan berlakulah pengulangan makthuf yang sia-sia. Padahal qaedah Nahu menyebutkan
العطف يقتضي المغايرة
('athaf memberi erti banat ma' thuf dan ma'thuf alaih
adalah berbeza dan berlainan).
(5) Firman Allah di dalam alQuran menegaskan iman boleh berada bersama perbuatan yang bukan merupakan amal saleh atau Iawan amal saleh.
Lihat firmanNya ini:
وَإِن طَآئِفَتَانِ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ ٱقْتَتَلُوا۟
Bermaksud: dan kalau ada dua golongan dan mereka yang beriman itu berperang, (al-Hujuraat:9).
Sedangkan logik menghukum bahawa sesuatu tidak boleh berada bersama Iawan juzu'nya. Tetapi jelas tersebut di dalam ayat di atas bahawa iman boleh berada bersama Iawan amal saleh iaitu berperang. Maka dengan sendirinya ia menunjukkan amal bukan juzu' (sebahagian daripada) iman.
(6) Iman merupakan syarat untuk sahnya sesuatu amal saleh. Hakikat ini dapat dilibat di dalam dua firman Allah berikut ini sebagai contohnya:
فَمَن يَعْمَلْ مِنَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَا كُفْرَانَ لِسَعْيِهِۦ وَإِنَّا لَهُۥ كَٰتِبُونَ
Bermaksud: Sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, tidaklah disiasiakan (amal) usahanya itu; dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya. (al-Ambiyaa':94).
فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَصْلِحُوا۟ ذَاتَ بَيْنِكُمْۖ وَأَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
Bermaksud: bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah perhubungan di antara sesamamu; dan taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika benar kamu orang-orang yang beriman. (al Anfaal:1).
Sedia dimaklumi bahawa syarat sesuatu bukan sebahagian daripada hakikatnya
(7) Setiap kali hendak menyuruh hamba-hambaNya mengerjakan sesuatu amal keta'atan, Allah akan menyeru mereka dengan sifat iman.
Lihatlah misalnya Allah berfirman: يأيها الذين آمنوا
(wahai orang-orang yang beriman) di permulaan ayat-ayat yang memerintahkan hamba-hambaNya bersembahyang, berpuasa, berwudhu' dan sebagainya. Ini jelas menunjukkan amalan itu sendiri tidak termasuk dalam mafhum iman .Kalau tidak, apakah ertinya memerintah atau menyuruh supaya beramal secara berasingan setelah mereka disifatkan dengan beriman?!
(8) Di dalam hadits Jibril tersebut pertanyaannya ما الإيمان(apa itu iman?) Bukankah jawapan Rasulullah saw. kepadanya ialah: ”
تُؤْمِنَ بِا الله وَمَلائكَتِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الاخِرِ تُؤْمِنَ بِالقَدَرِخَيْرهِ وَشَرِّهِ
Engkau percaya kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya dan han kemudian, di samping engkau percaya juga kepada taqdir (ketentuan Allah), baik buruknya.”
Apa yang terkandung di dalam jawapan ini semuanya dengan kepercayaan yang merupakan perbuatan hati semata-mata. Tidak ada satu pun yang berkait dengan amal atau perbuatan anggota badan.
(9) Menerusi ayat berikut Allah memerintahkan orang-orang mu'min supaya bertaubat:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ تُوبُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, (at-Tahrim:8).
Ia secara tidak langsung menunjukkan iman dan ma'shiat dapat berkumpul bersama kerana tidak ada ertinya perintah bertaubat, sekiranya orang-orang
27
Tiada ulasan:
Catat Ulasan