Halaman

Khamis, Ogos 06, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms028

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms028.

Misykatul masabiih kitab iman sesi 00B
23 dis 12

Misykatul masabiih 28

mukmin itu tidak ada langsung melakukan maksiat. Hakikat ma'shiat ialah melakukan sesuatu perkara yang bercanggah dengan ketentuan agama.Dengan itu iman boleh ada,walaupun tidak ada amal-amal yang baik bersamanya. Secara tidak langsung  ia membuktikan itu iman boleh amal bukan juzuk (bahagian yang  tidak dapat dipisahkan daripada) iman. (10) Rasulullah s.a.w. pernah mengesahkan iman hamba wanita dengan adanya tashdiq (membenarkan dengan hati sebagai komponen utama iman) dan iqrar (mengaku dengan lidah scbagai komponen keduanya) sahaja tanpa ada juzu' (komponen) ketiganya iaitu amal dengan anggota badan. 
Lihat haditsnya: 
أن رجلا من الأنصار جاء إلى رسولا الله صلى الله عليه وسلم بِجَارِيَة لهُ سَوْدَا فَقَالَ يَارَسُول الله عَلي رَقَبَة مُؤْمنَة أَفاعتق هَذَا فَقَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم أتشهدين أن لَا إله إلَّا الله قَالت نَعم قَالَ أتشهدين أن مُحَمَّدًا رسول الله قَالت نعم قال أتؤمنين  بعد المَوْت قَالت نعم فقال رَسُول الله صلَّى الله عَلَيهِ وَسلم فاعتقها


Bermaksud: Sesungguhnya ada seorang lelaki Anshaar datang menemui Rasulullah s.a.w. sambil membawa bersamanya seorang hamba perempuan Yang hitam (warna kulitnya). Lelaki itu bertanya: "Wahai Rasulallah! Saya kena merdekakan seorang hamba Yang beriman. Bolehkah saya memerdekakan dia ini?" Rasulullah s.a.w. lantas bertanya: "Adakah engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah?" Jawab hamba perempuan itu, Ya. Rasulullah s.a.w. terus bertanya. "Adakah engkau bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah?" Jawab perempuan itu, "Ya." Rasulullah s.a.w. seterusnya bertanya: "Adakah engkau percaya kepada kebangkitan sesudah mati?" Jawab perempuan itu, "Ya." Maka Baginda s.a-w. bersabda: "Merdekakanlah dia." 
(Malik di dalam Muwatha'nya, Ahmad, 'Abdur Razzaaq, Ibnu al-Jaarud, at-Thabaraani dan Iain-Iain). 
Hadits ini jelas menunjukkan amal bukanlah komponen yang tidak dapat dipisahkan sama sekali dari iman. Kerana itulah Rasulullah s.a.w. langsung tidak bertanya tentangnya. 

Mu'tazilah, Asya'irah, muhadditsin, Syafi'e, Ahmad, Bukhari dan ramai lagi tokoh ulama berpendapat, iman boleh bertambah dan berkurang. 

Misykatul masabiih kitab iman sesi 00C 13 Jan 13.

Demi mengelak daripada menyerupai fahaman Khawarij, Imam Malik teragak-agak dalam menerima   iman juga boleh berkurang. Demikianlah tersebut di dalam Hasyiah Faidhu al-Baari.

Imam Ibnu al-Mubaårak juga sependapat dengan Malik dalam masalah ini. Imam Abu Hanifah, tokoh-tokoh ulama , pendokong mazhabnya, Imam al-Haramain dan ramai lagi tokoh-tokoh yang Iain berpendapat, iman tidak bertambah dan tidak berkurang. Perbezaan pendapat dalam masalah ini  sebenarnya berpunca daripada perbezaan pendapat mereka tentang iman itu sendiri, adakah ia murakkab (terbentuk daripada beberapa juzu' .atau komponen) atau basith (tunggal tidak berjuzub? Adakah amal merupakan juzu' iman atau tidak? 

Orang-orang yang berpendapat iman itu murakkab dan amal adalah salah satu juzu' daripada tiga juzu' iman seperti telah disebutkan sebelum ini, mengatakan iman bertambah dan berkurang. 

Orang-orang yang berpendapat iman itu basith dan amal bukan juzu' iman pula mengatakan iman tidak bertambah dan tidak berkurang. 

Pada hakikatnya   kedua-dua golongan di atas berbeza hanya dalam pendekatan dan pada lafaz sahaja. Sebabnya ialah kalau golongan pertama ditanya, bukankah semua juzu' (mukawwin) bagi hakikat sesuatu itu sama kedudukannya? Kalau sama, kenapa kamu mengatakan jika tashdiq (membenarkan di dalam hati) tiada, maka tiadalah iman. Seseorang yang tidak bertashdiq kafir. 

Sepatutnya kamu juga mengatakan orang yang tidak beramal kafir seperti orang yang tidak bertashdiq. Kenapa kamu hanya mengatakan fasiq kepada orang yang tidak beramal?? Jawab mereka, amal sebenarnya bukan juzu' asasi dan hakiki iman, sehingga boleh dikatakan iman yang murakkab dan merupakan kull itu akan terus lenyap apabila tidak ada amal. Amal hanya juzu' urfi (menurut istilah golongan tertentu sahaja) dan juzu' mukammil (penyempurna) bagi Iman. Apabila ia ada, iman akan bertambah sempurna. Apabila ia tiada pula, akan berkuranglah kesempurnaan iman. Golongan kedua walaupun tidak menganggap amal juzu' hakiki iman, mereka tidaklah seperti golongan Murji'ah yang langsung tidak mementingkan amal dalam kehidupan berugama. Mereka bahkan sangat mengambil berat tentang amalan dan mengangapnya sebagai sebab yang menyempurnakan iman juga. Dengan itu jelaslah bahawa golongan kedua tidak menolak amal sebagai juzu' penyempurna (mukammil) yang diterima oleh golongan pertama. Sikap golongan kedua yang tidak menerima amal sebagai juzu' hakiki atau juzu' mukawwin (komponen yang membentuk hakikat) iman juga sebenarnya tidak bercanggah dengan

28

Tiada ulasan:

Catat Ulasan