Halaman

Jumaat, Ogos 07, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms029

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms029

Misykatul masabiih kitab iman sesi 00C
13 jan 13

Misykatul masabiih 29
 
pegangan golongan pertama. Dengan itu juga perbezaan pendapat tentang amal sebagai juzu' iman atau tidak pada hakikatnya tidak lebih daripada perbezaan lafzi jua. Maka perbezaan kedua golongan di atas tentang iman itu bertambah dan berkurang atau tidak juga sebetulnya termasuk dalam perbezaan lafzi jua, tidak lebih dari itu.

Latar belakang semasa merupakan salah satu faktor penting yang melahirkan perbezaan pendapat di antara golongan pertama dan kedua yang tersebut tadi. Kewujudan gelombang Murji'ah telah mendorong golongan pertama bertegas mengatakan 'amal bil arkaan sebagai juzu' iman. Walaupun pada hakikatnya 'amal bil arkaan itu di sisi mereka tidak lebih daripada juzu' penyempurna atau juzu' mukammil sahaja. Ini kerana golongan Murji'ah percaya amal sama ada baik atau buruk tidak memberi apa-apa kesan kepada iman seseorang. Menerima agama Islam sebagai agama yang benar di dalam hati sahaja sudah memadai untuk dianggap seseorang itu mu'min yang pasti akan masuk syurga. Walaupun ia tidak pernah melakukan apa-apa kebaikan dalam kehidupannya. Penerimaan agama sekadar itu cuma, sudah memadai untuk menghalang seseorang masuk neraka, walaupun di sepanjang hayat ia hanya melakukan kejahatan dan dosa.

Golongan kedua pula menghadapi gelombang puak Khawarij dan Mustazilah yang percaya bahawa seseorang akan terus menjadi kafir atau terkeluar dari batas iman sebaik sahaja ia tidak melakukan apa-apa suruhan agama yang wajib atau melanggar apa-apa perintah dan larangan agama yang menyebabkan pelakunya berdosa besar. Ini kerana dalam asas kepercayaan mereka, amal adalah juzu' asasi dan juzu' mukawwin (komponen yang membentuk hakikat) iman sama seperti tashdiq. Latar belakang inilah yang mendorong golongan kedua menafikan amal bil arkaan sebagai juzu' iman. Oleh kerana golongan kedua menafikan amal bil arkaan sebagai salah satu juzu' iman seperti golongan Murji'ah, mereka kadang-kadang dituduh Murji'ah. Padahal Murji'ah menafikan kedua-dua bentuk juzu' mukawwin dan mukammil. 
Golongan kedua pula hanya menafikan amal bil arkaan sebagai juzu' mukawwin sahaja. Mereka tidak pernah menafikannya sebagai juzu' mukammil. Inilah sebenarnya perkara yang menjadi punca kepada tuduhan melulu seperti itu. Puncanya ialah kejahilan tentang perbezaan di antara juzu' mukawwin dan juzu' mukammil. Kalaulah semata-mata menyerupai sesuatu golongan yang menyeleweng pada pandangan sepintas lalu, membolehkan anda mengaitkan sesuatu aliran yang benar dengan golongan yang menyeleweng itu, niscaya boleh juga anda kaitkan aliran pertama dengan aliran Khawarij dan Mu'tazilah. Kerana bukankah dua golongan yang menyeleweng itu juga mempercayai iman murakkab? Membenarkan dengan hati, mengaku dengan lidah dan mengamalkan segala titah perintah Allah dan rasulNya adalah tiga komponennya?? Kenapa tidak pula golongan pertama dikaitkan dengan dua golongan yang menyeleweng itu??? Jika jawapannya ialah keserupaan yang kelihatan kepadamu itu adalah akibat pandangan sepintas lalu, maka begitulah juga dengan golongan kedua.

Sebabnya golongan pertama tidak boleh dikaitkan dengan Khawarij dan Mustazilah ialah kerana mereka tidak menganggap amal bil arkaan sebagai juzu' mukawwin iman seperti dua aliran yang meneleweng itu. Mereka hanya menganggapnya juzu' mukammil atau mutammim semata-mata. Tuduhan terhadap golongan kedua sebagai Murji'ah agak meluas di suatu ketika dahulu sehingga asySyahristaani di dalam kitabnya al-Milal wa an-Nihal membahagikan Murji'ah kepada dua puak Pertama: Murji'ah ahli bidah. Mereka ini langsung tidak memandang penting terhadap sebarang amalan dalam kehidupan berugama. Kedua: Murji'ah Ahli as-Sunnah. Mereka ini meskipun tidak menganggap amal bil arkaan sebagai juzu' iman, tetapi sangat mengambil berat tentangnya. Selain sangat kuat beramal, mereka juga merupakan pengikut Sunnah yang setia. Daripada keterangan asy-Syahristaani itu dapat disimpulkan golongan kedua tadi kalau pun telah dipanggil sebagai Murji'ah, ia bukanlah Murji'ah yang sesat tetapi termasuk dalam Murji'ah Ahli asSunnah yang sangat mengambil berat tentang amalan dan sangat kuat beramal mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w. Satu lagi sebab kenapa Imam Abu Hanifah yang merupakan salah seorang tokoh penting dari golongan kedua dikatakan Murji'ah ialah kerana adanya seorang tokoh Murji'ah yang bernama Nukman. Dia juga telah memàkai kunyah yang sama dengan Imam Abu Hanifah. Masyarakat kemudian terkeliru. Mereka menyangka Abu Hanifah Nu'man tokoh

29

Tiada ulasan:

Catat Ulasan