Sabtu, Ogos 08, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms030

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms030

Misykatul masabiih kitab iman sesi 00D
24 jan 13

Misykatul masabiih 30


-ulang mukasurat 26
Golongan ahli sunnah pertama, tiga-tiga bahagian iman.Iman bertambah dan berkurang.
Golongan ahli sunnah yg kedua, iman basit atau satu.Iman tidak berubah hanya kesannya dan hasilnya bertambah atau berkurang yakni kesempurnaannya berubah-ubah.
Bila ada ayat quran jelas menyatakan bertambah dan berkurang.lihat mukasurat 32.
Yg bertambah juzuk mukawil(juzuk pembentuk hakikat) atau mukawin(juzuk penyempurna)
Contoh orang bola.kita tetapi mengatakan kemanusiaan sempurna walaupun tangan dan kaki tiada.Tangan dan kaki juzuk mukamil.
Juzuk iman yg menyempurna juzuknya adalah mukkamil
Juzuk imam yg membentuk juzuknya adalah mukawin.
-Nur atau cahaya besar atau kecil yg lahir atau dari hasil dari ibadat.
-lihat muka 32
-orang lain2 pun rukun iman tetap sama ,semua orang mesti percaya kepada rukun2 iman,yg berbeza keadaan sesaorang beriman.
-hakikat nak jadi orang beriman sama tetapi kemanisan atau kesan yg dirasai tidak sama.
-jadi hakikat iman tidak bertambah berkurang.
Yg berkurangbertambah adalah kesan atau hasil 
-Syah waliyullah golongan ke2.


Murji'ah itu Imam Abu Hanifah Nukman bin Tsabit. Padahal dia adalah seorang yang lain. Oleh itu tidak wajar sama sekali mengaitkan golongan kedua dari kalangan Ahli as-Sunnah dengan golongan Murji'ah yang sesat. Tinggal lagi satu kemusykilan yang perlu diselesaikan .Oleh golongan Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah yang kedua iaitu bagaimana dengan ayat-ayat, hadits-hadits dan atsar-atsar yang dengan jelas menunjukkan iman itu memang bertambah dan berkurang? Berikut ialah sebahagian daripada ayat-ayat berkenaan dan perhatikanlah perkataan-perkataan yang bergaris di bawahnya:

Al-Anfal 8:2
إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايَٰتُهُۥ زَادَتْهُمْ إِيمَٰنًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ 


Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman (yang sempurna imannya) ialah mereka yang bila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gemetarlah hati mereka; dan apabila dibacakan ayat-ayatNya   (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (al-Anfaal:2).


Misykatul masabiih kitab iman sesi 00D 27 jan 13
 
Aal-e-Imran 3:173

ٱلَّذِينَ قَالَ لَهُمُ ٱلنَّاسُ إِنَّ ٱلنَّاسَ قَدْ جَمَعُوا۟ لَكُمْ فَٱخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَٰنًا وَقَالُوا۟ حَسْبُنَا ٱللَّهُ وَنِعْمَ ٱلْوَكِيلُ 

Bermaksud: mereka ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita): "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan pasukan untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya." Maka berita itu makin menambahkan iman mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung." (Aali 'Imraan: 173).

At-Taubah 9:124

وَإِذَا مَآ أُنزِلَتْ سُورَةٌ فَمِنْهُم مَّن يَقُولُ أَيُّكُمْ زَادَتْهُ هَٰذِهِۦٓ إِيمَٰنًاۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فَزَادَتْهُمْ إِيمَٰنًا وَهُمْ يَسْتَبْشِرُونَ 

Bermaksud: dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari al-Qur'an), maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): "Siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?" Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, dan mereka berasa gembira (dengan turunnya). (at-Taubah: 124).


Al-Muddaththir 74:31

وَمَا جَعَلْنَآ أَصْحَٰبَ ٱلنَّارِ إِلَّا مَلَٰٓئِكَةًۙ وَمَا جَعَلْنَا عِدَّتَهُمْ إِلَّا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لِيَسْتَيْقِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ وَيَزْدَادَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِيمَٰنًاۙ وَلَا يَرْتَابَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ وَٱلْمُؤْمِنُونَۙ وَلِيَقُولَ ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ وَٱلْكَٰفِرُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلًاۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهْدِى مَن يَشَآءُۚ وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَۚ وَمَا هِىَ إِلَّا ذِكْرَىٰ لِلْبَشَرِ 


Bermaksud: dan tiada Kami jadikan penjaga neraka itu melainkan dari Malaikat dan tidaklah Kami menjadikan bilangan mereka itu melainkan untuk jadi cobaan bagi orang-orang kafir, supaya orang-orang yang diberi al-Kitab menjadi yakin dan supaya orang yang beriman bcrtambah imannya dan supaya orang-orang yang diberi al-Kitab dan orang-orang mu'min itu tidak ragu-ragu dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir (mengatakan): "Apakah yang dikehendaki Allah dengan bilangan ini sebagai suatu perumpamaan?" Demikianlah Allah membiarkan sesat orang-orang yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan tidak ada yang mengetahui tentara Tuhanmu melainkan Dia sendiri. Dan Saqar itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia. (alMuddatstsir.31)

Al-Fath 48:4
هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ ٱلسَّكِينَةَ فِى قُلُوبِ ٱلْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوٓا۟ إِيمَٰنًا مَّعَ إِيمَٰنِهِمْۗ وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا 

Bermaksud: Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mu'min supaya iman mereka bertambah di samping iman mereka (yang sedia ada). Kepunyaan Allah jua tentara langit dan bumi; dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. (al-Fath:4).
 
Al-Ahzab 33:22
وَلَمَّا رَءَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلْأَحْزَابَ قَالُوا۟ هَٰذَا مَا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَصَدَقَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّآ إِيمَٰنًا وَتَسْلِيمًا 

Bermaksud: dan tatkala orang-orang mu'min melihat golongan-golongan yang bersekutu itu,  mereka berkata: "Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita dan benarlah Allah dan RasulNya. dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidaklah menambah kepada

30

Tiada ulasan:

Catat Ulasan